Memiliki keluarga bahagia impian setiap pasangan berumah tangga. Dalam keluarga, pelindung yang baik perlu ada bagi seorang suami.
Suami atau bapa bukan sekadar menyara keluarga dan berperanan melindungi isteri, malah bapa jugalah memberi kebahagiaan dan kedamaian keluarga.
Apabila isteri bahagia kerana suaminya bertanggungjawab, dia akan menjadi ibu yang baik kepada zuriat dan hasilnya anak akan membesar dengan kasih sayang, tunjuk ajar serta b berjaya dunia akhirat.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, besar tanggungjawab suami melindungi isteri. Sekali isteri terasa, parut itu mungkin akan kekal diingati sampai bila-bila.
Dah jadi suami, jangan sekali naik tangan pada tubuh badan isteri. Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.
Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga. Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.
Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri. Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.
Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.
ARTIKEL MENARIK [Isteri Suri Rumah Tetap Tinggi Darjatnya. Walaupun Tak Bekerja, Suami Perlu Ucap Terima Kasih!]
Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi.
Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.
Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak. Dia cuma nak mulakan hidup yang baru.
Sumber: Dr Redza Zainol