Ahli kumpulan Bocey, iaitu Abam berkongsi kisah lucu di sebalik kelahiran anak sulungnya itu. Sepanjang tempoh kehamilan isterinya, Siti Norhidayah, mereka tidak pernah melakukan sebarang ujian imbasan untuk melihat jantina bayi dalam kandungan.
Artikel Menarik:[Bersalin Confirm Sakit. Cara Ni Boleh Kurangkan Contraction & Mudah Beranak]
Ketika membuat persiapan menyambut kelahiran anak mereka, Abam dan isteri membeli mana yang perlu secara rawak. Di dalam perkongsiannya di laman Instagram, Abam memberitahu ketika dia mengemas barang anaknya, terjumpa sebuah puting merah jambu yang sesuai untuk anak perempuan.
Rata-rata netizen memberikan komen kerana terhibur dengan kenyataan yang dibuat oleh Abam itu.
Abam telah berkahwin pada 8 Disember 2017 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberikan nama Syed Uthman Hamzah pada 14 Jun 2019 yang lalu.
Sumber: Abam Bocik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Comelnya Princess..Putih Gebu. Amar Kongsi Gambar Bayinya Untuk Peminat
Meniti kebahagiaan dengan kehadiran orang baru, rumah tangga pasangan Amar Bahrin dan Amyra Rosli nampaknya semakin lengkap selepas kehadiran bayi perempuan pada 1 Februari lalu.
Bersyukur dengan kehadiran cahaya mata kedua, Amar Bahrin menerusi instagram telah memuat naik beberapa gambar bayi perempuannya dari jarak jauh selain video selepas kelahiran.
View this post on InstagramDay 3 💕 – Daddy’s Point Of View
A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on
Anak perempuan daddy
Nampak gayanya kehadiran buah hati kedua daddy selepas abang Aqeef Anaqi ini bakal menambahkan riuh rendah dalam keluarga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: [“Baby Nak keluar 1 Februari. Dua-Dua Sihat.” Amyra Selamat Lahirkan Bayi Perempuan]
Baru berusia empat hari, dari jauh dah nampak kecomelannya bayi perempuan ini. Berkulit putih gebu, tidak sabar rasanya melihat bayi mereka membesar.
View this post on InstagramAssalamualaikum 😍 . . 01 February 2020
A post shared by @ amyramarjr2020 on
Si abang jaga adik & ibu
Sementara itu, melihat reaksi Aqeef Anaqi seolah-olah faham yang dia dah bergelar abang, nampak sungguh prihatin pada mummynya. Walaupun masih kecil, jelas kelihatan sikap tanggungjawabnya prihatin terhadap mummy dan adik perempuannya.
View this post on Instagramada ni haaa.. busy skit jaga Mommy ☺️ & adik 👶🏻 . . @aamyrarosli @amyramarjr2020
A post shared by Aqeef Anaqi Bin Amar (@aqeefanaqi) on
Belum ada nama lagi
Setakat ini pasagan ini belum lagi mengumumkan nama bayi kedua mereka. Ramai yang dah tak sabar nak tahu selanjutnya sama ada ia bermula dengan huruf ‘A’ juga atau sebaliknya.
Sebelum ini Amyra selamat bersalin pada pagi 1 Februari lalu dan 10 hari lebih awal dari tarikh jangkaan doktor.
Sumber: ig Amar Bahrin; Aqeef Anaqi & amyraamarjr2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Tiba-Tiba Bayi Demam Panas Buat Cara Ini Dulu Nak Turunkan Suhu
Bayi demam panas. Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila si anak mengalami demam panas. Apatah lagi, ia berlaku di tengah malam dan klinik pula sudah tutup!
Melihatkan wajah si anak yang selalu gembira, kini jadi monyok dan tak lalu makan, sudah pasti anda dan suami tak tenang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Demam bukan penyakit, melainkan tanda sistem pertahanan tubuhnya sedang aktif bekerja. Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Mengapa bayi demam panas?
Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa bayi demam panas, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuklah:
- selesema
- sakit tekak
- jangkitan telinga
- jangkitan salur kencing
- masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
- virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut
Oleh itu, ibu bapa hendaklah prihatin dengan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan bayi anda diserang demam panas:
1.Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’).
- Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerak balas yang perlahan apabila dipanggil, menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.
- Kesukaran untuk bernafas, sama ada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.
- Tidak makan atau minum seperti biasa.
- Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.
- Demam yang melebihi 5 hari.
- Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan.
- Bengkak sendi dan angggota badan.
- Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.
- Sawan.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Merawat Bayi Demam Panas
- Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.
- Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.
- Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda.
- Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Paracetamol (panadol syrup) untuk kanak-kanak. Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil ‘supp’ atau nama penuhnya ‘suppository’) digunakan.
- Antibiotik juga boleh digunakan kerana ia membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk. Rujuklah ke doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tip Ekstra!
- Lap dan basahkan badan setiap masa apabila rasa badan anak panas.
- Lap guna air asam jawa (diramas dan ditambah air).
- Sentiasa manjaga dan monitor suhu badan anak.
- Basahkan badan anak atau lap menggunakan perahan daun bunga raya (diramas di dalam air sehingga keluar lendir lalu disapu pada kepala dan badan).
- Pastikan dia mendapat tidur yang cukup (tidur cukup membantu mempercepatkan pemulihan).
Sumber: www.wom.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raja Ilya Kongsi Video Gelagat Talita Nak Turun Dari Stroller, Warganet Terhibur. Punyalah Comel!
Tiada lain yang kita harapkan kecuali mahu melihat anak membesar dengan baik dan sihat. Bagi memastikan anak membesar dan berkembang dengan baik sudah pastilah sebagai ibu ayah kita akan lakukan apa saja kan?
Apa saja yang anak buat mestilah di bawah pemantauan supaya kita boleh mengajar dan memastikan keselamatan mereka juga. Pelakon cantik, Raja Ilya, gemar berkongsi tentang anaknya melalui media sosial.
Si comel Talita kini sudah berusia lapan bulan dan sangat comel. Dia juga bayi yang bijak dan berani mencuba sesuatu yang baharu.
Baca Juga:
Bagusnya Ardell! Cium Urwa Penuh Kasih Sayang, Tapi Ajarkan Anak Tidak Sentuh Bahagian Bibir
Termenung Je! Comel Betul Gaya Alisa Bangun Sahur, Abang Yusuf Pun Ada Temankan Dia!
Terbaharu, Raja Ilya berkongsi video Talita yang sedang membuat percubaan untuk turun dari stroller. Memang lucu! Memang nampak usaha keras Talita, maklumlah nak melalui celah-celah stroller bukanlah mudah.
Tonton video ini;
“Inilah yang berlaku bila anak perempuan saya yang umurnya lapan bulan merasakan dirinya 2 tahun. Nak turun sendiri, nak diri sendiri, nak makan sendiri.”
Antara komen warganet;
Tambahnya lagi, anaknya itu berdikari cepat sangat. Seloroh Raja Ilya, kalau macam tu apa kata lampin pun tukar sendiri kerana ia akan lebih memudahkan hidupnya.
Bagus bila Raja Ilya memberi kebebasan kepada bayinya tetapi pada masa yang sama memantau keselamatan Talita. Sangat penting beri kepercayaan pada anak untuk dia berkembang dengan baik, tapi perlulah sentiasa di bawah pemantauan orang dewasa.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI