Padsicle Efektif Untuk Kurangkan Rasa Sakit Selepas Bersalin. Boleh Cuba! Senang Saja Buatnya

Share

Pengalaman melahirkan cahaya mata memang indah. Namun, terselit juga getir di sebaliknya. Selepas melahirkan, adalah perkara biasa bagi kebanyakan ibu untuk mengalami kesakitan. Hal ini terutamanya bagi anda yang melalui prosedur episiotomi untuk membolehkan bayi keluar dengan mudah dan lancar.

Walaupun akan sakit, anda tidak perlu risau keterlaluan. Jangan khuatir kerana anda boleh bersiap sedia untuk menangani rasa sakit atau ketidakselesaan selepas bersalin itu dengan melakukan tip-tip ini. Dengan mengamalkannya nanti, diharapkan anda lebih selesa dan lega.

1. Sediakan padsicle

Padsicle sering digunakan oleh ibu lepas bersalin di negara Barat. Ia diakui dapat mengurangkan rasa sakit. Pembuatannya juga amatlah mudah. Sebab itulah ibu di sana gemar menggunakannya.

Apa yang anda perlukan adalah krim Witch Hazel. Anda boleh mendapatkan krim ini di farmasi atau membelinya di kedai online. Selain itu, diperlukan juga gel aloe vera, tuala wanita bersaiz overnight dan pati minyak lavender atau apa-apa jua wangian yang ada sukai. Berikut adalah cara membuatnya.

  • Buka pembalut tuala wanita. Jangan dibuang pembalutnya kerana anda akan menggunakannya semula.
  • Campurkan semua bahan yang disebutkan di dalam satu bekas. Bahan itu berupa 2 sudu besar krim Witch Hazel, 1 sudu besar gel aloe vera dan beberapa titis pati minyak lavender. Kemudian, sapukan bahan itu di tuala wanita.
  • Lipat dua tuala wanita.
  • Balut semula menggunakan pembalutnya.
  • Simpan tuala wanita ini di dalam beg plastik berzip dan masukkankan ke dalam peti sejuk bahagian beku.

Sebelum anda berangkat ke hospital untuk bersalin, jangan lupa bawa sekali padsicle ini!

2. Makan ubat penahan sakit

Selepas selamat melahirkan, anda akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat bagi membantu anda mengurangkan kesakitan. Antara yang biasa diberi doktor ialah paracetamol yang sememangnya berkesan dalam mengurangkan rasa sakit. Selain itu, ibuprofen yang merupakan ubat bersifat anti-keradangan dan membantu mengurangkan bengkak rasa sakit serta oxycodone. Ia adalah ubat opioid yang berkesan dalam menangani rasa sakit sederhana hingga serius.

Untuk makluman anda, ubat-ubat ini mungkin boleh memberi kesan sampingan. Jadi, pastikan anda mengambilnya dalam dos yang telah ditetapkan.

3. Gunakan pek ais

Anda juga boleh cuba untuk meletakkan pek ais pada bahagian yang sakit selama 10 hingga 20 minit.

Sebelum itu, anda digalakkan untuk melapik bahagian luka episitomi dengan kain nipis terlebih dahulu. Kemudian, letakkan pek ais ke bahagian berkenaan.

4. Gunakan air garam suam

Menggunakan air garam suam untuk mencuci bahagian intim turut boleh membantu anda mengurangkan rasa sakit.

5. Gunakan pelampung

Untuk melegakan rasa sakit bahagian intim, anda perlu mencari posisi yang sesuai sebelum duduk terutamanya ketika memangku bayi. Ada juga di kalangan ibu bersalin yang mengunakan pelampung kecil berbentuk bulat untuk duduk di atasnya. Jadi, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

6. Aplikasi teknik pernafasan

Salah satu lagi cara untuk mengatasi rasa sakit yang dialami selepas bersalin adalah dengan menggunakan teknik pernafasan yang diperlajari di kelas antenatal. Ia adalah teknik yang sama yang anda gunakan ketika dalam proses bersalin.

 

Published by
Intan Jastina