Melihat anak-anak yang dapat menguasai pelbagai bahasa sudah semestinya menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Bagi pelakon, Faezah Elai dia turut berbangga bila mana anak sulungnya cukup petah menguasai pelbagai bahasa.
Video yang dimuat naik pelakon itu ke Instagramnya sudah semestinya menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, anak sulung Faezah Elai, Dealova Heyrinna cukup fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Paling membanggakan, kini anak kecilnya itu sudah mula menguasai Bahasa Mandarin pula dengan begitu baik walaupun hanya mengikuti kelas online.
Melalui Instagramnya, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berkongsi cerita kisah kepetahan anaknya itu sejak kecil lagi.
“She speaks and read mandarin too. So tak kan lah dia tak tau cakap Melayu!
“English fluency is not something that impressive anymore these days, almost 80 percent of children today are fluent in english. English ni lagi mudah compared dgn bahasa melayu.
“Cheq share previous video Dealova bout tips nak naik flight bukan nak tunjuk English dia konon power. Tak terlintas dalam otak pun. She speaks with that accent daripada kecik.
“Kalau betoi nak tunjuk, masa umoq 2 taun ku dah tunjuk,” tulisnya berkongsi.
Ads
Mengulas kata-kata netizen yang membuatkannya kurang senang, kata Faezah Elai lagi dia bukanlah ibu yang suka mempamerkan apa sahaja kebaikan yang dilakukan anaknya.
Cukup hanya berkongsi sebagai simpanan dan kenangan untuknya di masa hadapan tanda begitu berbangga dengan pencapaian anaknya itu.
“Yang dok kalut kata cakap Arab tau dak? Mengaji tau dak? Ehhh cheq ni share video anak 6 bulan sekali pun payah. Ibadah aku pon tak penah share ni kan pulak anak-anak. My ibadah it’s between me and Allah. Haihhh… cuba belajaq jangan busuk peghot.
Malah kata Faezah lagi, dia lebih selesa memilih sekolah kerajaan buat anak-anaknya berbanding International School seperti yang didakwa.
Ads
P/S : And owh, yang dok tanya sekolah, yang dok merapu sendiri konon anak cheq pi international school, ni nak habaq..
Takdak pasai nak buang duit hantaq pi international school or private school!! Cheq hantaq pi sekolah kerajaan sajooooo!!! Convent Girls!!!
Jangan dok pandai-pandai naaa buat pitnah kata sekolah orang kaya.. we are not rich!! We are comfortable Alhamdulillah !!
CHEQ TK MARAH TAU.. CHEQ NASEHATTT!!,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata ramai memuji kepetahan Dealova malah cukup fasih menguasai dua bahasa ini.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham akui pengalaman menguruskan anak pertamanya suatu pengalaman bermakna baginya setelah bergelar seorang bapa. Bukan itu saja, gelagat Issey telah mencuri perhatian netizen baru-baru ini apabila melihat caranya untuk menukar lampin bayi.
Kongsi Issey, 34, pengalaman mengurus anak pertama cukup mencabar hingga ada kalanya dia berdepan situasi panik.
“Pengalaman ni lain sikitlah, sebab saya baru pertama kali jaga baby.
“Lepas tu pula nak kena basuh poop baby semua tu..nasib baik isteri tenang je. Tapi pengalaman ni best sebenarnya,” katanya.
Pada sambutan Hari Merdeka ke-64 baru-baru ini, Issey berkongsi berita gembira apabila isterinya Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan pada jam 1.48 petang.
Bercerita lanjut tentang pengalaman sebagai bapa, Issey berkata dia cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dalam membantu menguruskan bayinya itu.
Kata Issey, banyak perkara baru perlu dipelajarinya terutama dalam memahami kehendak bayi.
“Banyak kali saya jadi panik…waktu malam kena berjaga. Lepas itu apabila baby menangis kita jadi risau walaupun orang kata perkara ni biasa je untuk anak kecil.
“Sejak dah ada baby ni saya tak cukup rehat. Sebaliknya saya bagi isteri rehat yang cukup sebab dia menyusukan anak.
“Melainkan kalau baby menangis kuat nak susu baru la saya kejutkan isteri,” katanya.
Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.
Tiga anak mereka itu ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang musim ibu bapa beli peralatan sekolah, dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu membeli beg sekolah yang betul untuk elak kemudaratan pada anak-anak.
Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
◾ Cara Pilih Beg Yang Betul:
1. Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.
2. Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.
3. Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.
◾Cara Galas Beg Yang Betul:
1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.
2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.
3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.
Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibubapa dan anak-anak!
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan telah mencalarkan 10 buah kereta Audi dengan menggunakan batu kecil yang dipegang olehnya ketika sedang berlari-lari. Kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik pamera kereta di Guilin, China.
Kejadian tersebut menjadi lebih teruk apabila antara kereta yang dicalarkan adalah jenis Audi Q8 terbaru bagi tahun 2020.
Syarikat Tuntut Ganti Rugi
Peniaga kereta pada mulanya menuntut 200,000 yuan (RM118,331) untuk pampasan bagi kerosakan yang ditanggung, tetapi ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak bersetuju untuk membayar ganti rugi itu.
Kereta itu terpaksa dijual di bawah harga pasaran dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan sekiranya pembeli mendapat tahu keretanya telah dicat semula.
Bawa Kes Ke Mahkamah
Gagal mencapai persetujuan, kedua-dua pihak itu kemudian membawa kes itu ke mahkamah untuk dibicarakan.
Pada 3 Disember, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang dan pasangan itu terpaksa membayar ganti rugi kepada pengedar kereta itu sebanyak 70,000 yuan (RM41,415).
Mahkamah Beri Peringatan
Mahkamah turut memberi peringatan kepada pasangan itu untuk mengawasi dan mendidik anak mereka agar tidak merosakkan harta benda orang lain.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.