Padunya Ayam Masak Merah Versi Utara, Sekali Letak Dah Licin!

Share

Sebut sahaja ayam masak merah, sudah terbayang keenakkannya dimakan bersama nasi tomato panas-panas. Pasti nasi bertambah. Ayam Masak Merah versi orang Utara ini memang lain dari yang lain. Lain macam nampak sedapnya.

Resipi perkongsian Asmiera Cik As ini nampak mudah malah mendapat perkongsian yang tinggi di media sosial. Nak tahu macam mana padunya? Jom cuba!


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (Potong 16) – goreng 1/4 masak ja dan ketepikan jangan garing nanti keras dan tak sedap

Bahan Tumis :
4 sekawan -kayu manis 2, bunga lawang 6, bunga cengkih 2, buah pelaga 6
2 helai daun pandan (ikat)

Bahan Blend: (Gandakan kalau ayam 2,3 ..)
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai – racik
3 inc halia
4 biji cili besaq
3 batang carrot

1 cawan cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 tin susu cair ideal
1 biji bawang holand -potong bulat
1 biji tomato potong 8
Daun sup / daun bawang – potong 1 inc
Bawang Goreng – Hiasan
Kacang Peas – 1 tin kecil
1 sudu kecil – asam jawa paste
5 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
2 kiub ayam / cukup rasa

Panaskan minyak (bekas goreng ayam) masukan 4 sekawan, daun pandan. Bila dah naik bau masukkan bahan blend, cili kisar dan sos cili.

Masak sampai pecah minyak, api tak payah besar. Masukkan gula, garam, kiub ayam, asam jawa dan cukup rasa.

Rasa (bila dah cukup semua) masukkan susu dan ayam. Gaul rata dan masukan bawang potong bulat, tomato dan kacang peas.

Dah mendidih tutup api, taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan cili besar. Siap!

Selamat mencuba!

Menarik: Patutlah Viral, Senangnya Nak Buat Kuih Titisan Hujan Ni, Sedap

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM