Pernah tak alami, pagi-pagi tak tahu punca anak buat perangai? Menangis, marah atau pun meragam? Kita pula kelam kabut nak uruskan rutin. Lepas tu dengan nak melayan lagi, akhirnya emosi kita terganggu, kita pula menyirap.
Bagi mama yang mengalami situasi macam ni, cuba semak, 2 jam sebelum anak tidur kita ada tak buat 5 kesilapan ini. Nak tahu lanjut ini perkongsian dari Puan Hanis Athirah Rusli.
1️⃣- Tinggi suara pada anak
2 jam sebelum tidur adalah fasa otak alpha. Ini fasa otak “Ready” untuk tidur. Bila kita tinggi suara atau marah dia, emosi tu akan terbawa bawa sampai ke dalam mimpi dia nanti.
Kesannya anak tak dapat tidur berkualiti. Ada yang meragam, menangis atau terjaga dari tidur di tengah malam. Bila tidur tak betul, emosi pun jadi tak betul.
2️⃣ – Bagi anak tengok tv atau telefon
Cahaya Blue Light dari tv dan telefon ni boleh menganggu “mood” tidur anak. Dia menganggu penghasilan melatonin, iaitu hormon tidur.
Dek kerana ternampak cahaya tv dan telefon je anak boleh jadi liat nak terlelap. Jadi susah nak lena. Pusing kiri, pusing kanan, tak tidur tidur juga. Cahaya blue light punya angkara la tu!
3️⃣- Main yang terlalu penat
Kalau main waktu siang penat tak apa, malam dia senang tidur. Tapi kalau 2 jam sebelum tidur duk bergelinjang sampai berpeluh peluh, alamatnya makin segar la mata anak tu.
Ini kerana apabila mereka bermain hormon adrenalin akan terhasil. Hormon ni buat mereka jadi makin fokus dan makin segar. Kena tunggu berjam jam nak bagi reda adrenalin ni pula baru boleh tidur.
4️⃣- Makan yang berat berat
Bukan sahaja makan lewat malam boleh ganggu kualiti tidur malah ia boleh ganggu juga kualiti kesihatan anak tu. Tinggi risiko masalah obesiti dan gastrik.
Jika kerap sangat anak minta makan waktu malam sebelum tidur ada kebarangkalian anak dah kena NES ( Night Eating Syndrome )
Makan ringan seperti roti, kuih muih tu tak mengapa tapi kalau tengah malam minta mee goreng, nasi goreng tu tak boleh.
5️⃣ – Tidak buat rutin tidur
Ya, tak ada rutin tidur yang baik pun boleh menganggu tidur yang berkualiti. Sebagai contoh rutin sebelum tidur ialah gosok gigi, basuh kaki, cuci muka, bed time story dan berbual.
Nampak remeh tapi rutin ni banyak membantu anak kita untuk masuk dalam “Sleep Preparation State”. Bila ada rutin yang konsisten ni tak ada isu lagi mata tak mengantuk dan tidur lewat.
Tidur sangat penting untuk anak bawah 7 tahun sebab masa tidur la terhasilnya Growth Hormon yang bantu anak membesar lebih sihat dan kuat.
4 hari berturut-turut kurang tidur, tumbesaran anak boleh terbantut setahun tau. Serius takde ibu ayah yang nak anak dia jadi bantut!
Terkejut juga bila tahu perkara ini. Nampak remeh, tapi membawa kesan jangka masa panjang yang sangat merisaukan. Tapi bila diselidik memang betul ada punca yang menyebabkan Ahza atau Afraz bertindak buat perangai keesokkan hari bila Anis terlepas pandang puncanya.
” Motherhood is about raising and caring the child you have, not the child you thought you would have”
Kredit: Hanis Athirah Rusli
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI