Pahang Medical Centre merupakan hospital swasta pertama di Pahang yang berkonsepkan boutique hospital. Hospital ini memberikan kepentingan kepada pendekatan mesra secara menyeluruh dari segi rawatan perubatan dan keselesaan para pesakit dengan servis mesra pelanggan.
Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan kepakaran dalam pelbagai bidang iaitu Perubatan Am, Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan Am, Pediatrik, Anestesiologi, Ortopedik, Radiologi dan Otorinolaringologi (ENT).
Pahang Medical Centre juga menawarkan fasiliti yang lengkap termasuk fisioterapi, makmal diagnostik dan pengimejan diagnostik dengan kelengkapan seperti MRI, CT Scan, Mamogram dan Fluoroskopi. Pahang Medical Centre merupakan satu-satunya hospital hak milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan terletaknya di tengah Pusat Bandaraya Kuantan.
Kemudahan
– 64 katil
– 24 jam unit kecemasan & kemalangan
– Klinik pakar
– Dewan bedah
– ICU
– Wad harian
– Bilik bersalin
– Fisioterapi
– Nurseri bayi
– Makmal
– Farmasi
– Endoskop
– Ujian ‘Stres Test’
Pengimejan Diagnostik
– ‘MRI 1.5 Tesla’ (Cardiac Compatible)
– ‘CT Scan 64 Slices’ (Cardiac Compatible)
– ‘Mammography System’
– ‘Mobile C Arm’
– ‘General X-Ray’
– “Fluoroscopy System’
Pahang Medical Centre (PMC) merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hospital Multidisiplin Pantai Timur Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom tengok di SINI
Tahniah sekali lagi kepada PMC! Teruskan memberi yang terbaik buat papa mama di luar sana. Pa&Ma menghargai PMC sebagai salah satu pilihan jenama kami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Komunikasi Suami Isteri Penting, Cari Solusi Terbaik. Tak Perlu Segan Suarakan Rasa Tak Selesa Ketika ‘Bersama’
Pada 5 November 2024 yang lalu, telah berlangsung Watch Party untuk drama pendek vertical bersiri, Tasik Tandus di Padang Pasir bertempat di TGV One Utama Damansara. Apa yang menarik, drama bersiri yang dibawakan oleh Durex ini mengetengahkan isu rumah tangga yang dianggap taboo berkaitan hubungan intim suami isteri. Bukan sekadar hiburan tetapi siri Tasik Tandus di Padang Pasir sebenarnya ingin mendidik masyarakat tentang kepentingan komunikasi dalam rumah tangga.
Turut hadir untuk memeriahkan acara tersebut adalah para pelakon Tasik Tandus di Padang Pasir iaitu Khaled Asharief, Maryam Elma dan Qayra El. Selain tayangan penuh drama bersiri ini, turut diadakan sesi podcast What The Haze (WTH) bersama Hazeman Huzir yang membicangkan topik Penggunaan Kondom & Pelincir Dalam Perkahwinan, Salah Ke?
Bagi menjawab segala persoalan berkaitan topik yang dibincangkan, podcast ini turut menjemput dua panel istimewa iaitu Dr. Salleha Khalid, Pakar Fertiliti & Ginekologi serta Pn. Nurul yang mempunyai masalah kekeringan faraj selepas bersalin.
Banyak Punca Mengapa Pasangan Tidak Ada ‘Rezeki’
Menjawab persoalan mengapa pentingnya pendidikan seksual, Dr. Salleha memberitahu ia sebenarnya dapat membantu sesebuah pasangan untuk lebih memahami cara yang sesuai dan memberi keselesaan kepada suami dan isteri. Menurut Dr. Salleha, beliau pernah mengendalikan sebuah kes di mana ada pasangan yang merujuk kepadanya kerana masih tidak hamil biarpun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Mengakui ilmu seksual mereka cetek dan agak konservatif, si isteri memberitahu selama ini selepas membuat hubungan intim baju dan bahagian perutnya akan basah. Setelah diselidik, sebenarnya suami telah ‘melepaskan’ air mani pada pusat isteri kerana mereka keliru bagaimana cara yang tepat untuk si suami ejakulasi.
Selain itu, Dr. Salleha juga berkongsi antara punca lain mengapa sesebuah pasangan itu mempunyai masalah untuk mengandung adalah kerana masalah komunikasi. Kebanyakan isteri lebih rela untuk berdiam diri dan tidak mahu memberitahu perasaan mereka kepada suami apabila berkaitan dengan hubungan kelamin.
“Ramai isteri yang tak mahu bercakap dengan suami mereka kerana tak mahu suami kecil hati atau malu. Itulah punca yang menyebabkan masalah berlaku. Isteri memendam perasaan dan rasa sakit tetapi suami pula fikir yang mereka dah buat yang terbaik ketika melakukan hubungan intim.”
Mengalami Kekeringan Faraj Selepas Bersalin
Menurut Pn. Nurul pula, dia mempunyai masalah kekeringan faraj selepas melahirkan anaknya yang kedua. Pada ketika itu, beliau tidak berbincang tentang situasi ini dengan suami dan hanya menahan sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
Pn. Nurul juga pernah mengalami trauma apabila malam tiba kerana memikirkan mungkin akan berlaku hubungan kelamin bersama suami. Malah beliau juga mengelak untuk berada berhampiran dengan suaminya kerana terbayang rasa sakit disebabkan masalah kekeringan faraj.
“Kemudian saya fikir, sampai bila saya nak pendam hal ini. Jadi saya suarakan perasaan pada suami dan bertanya kepadanya jika ada kelainan yang dia rasa ketika ‘bersama’ tapi suami kata semuanya okay. Jadi saya beritahu apa yang saya rasa. Suami menerima baik apa yang saya beritahu dan kami sama-sama mencari solusi terbaik.”
Tambah Pn. Nurul lagi, beliau mengalami masalah kekeringan faraj selepas kelahiran secara normal anak keduannya. Ketika itu, beliau turut menyusukan bayinya secara eksklusif yang menjadikan masalah itu semakin teruk.
Berusaha untuk mengatasi masalah yang dialami, Pn. Nurul dan suami mencuba pelbagai cara termasuk penggunaan kondom, pelincir dan berjumpa pakar. Katanya lagi, dia dan suami memilih kondom kerana dapat membantu perancangan keluarga dan sesetengah kondom juga mempunyai pelincir yang dapat membantu hubungan intim yang lebih selesa untuk kedua-dua mereka.
Dr. Salleha juga memberitahu apabila seorang ibu menyusukan bayi secara ekslusif sememangnya berpotensi untuk mengalami masalah kekeringan faraj kerana ia berkaitan dengan hormon.
Apabila paras estrogen menurun, tisu faraj menjadi kering kerana pelinciran yang tidak mencukupi. Selain menopaus, perubahan hormon lain, seperti semasa hamil, menyusu atau fasa tertentu kitaran haid, boleh menyebabkan kekeringan faraj sementara.
Salah Ke Guna Kondom Dan Pelincir?
Menjawab persoalan tentang salah atau tidak penggunaan kondom dan pelincir, Dr. Salleha memberitahu cara ini tidak salah bahkan sangat digalakkan.
“Kita bercakap tentang penggunaan kondom dan pelincir dalam kalangan pasangan yang berkahwin. Tak ada masalah kerana ia tidak memberi kesan kepada si isteri. Penggunaan kaedah lain seperti pil perancang tetap berisiko seandainya ada hari yang isteri terlupa nak makan. Kebarangkalian untuk hamil sangat tinggi, nak gunakan kaedah apa pun yang penting keselesaan isteri sebab kalau apa-apa jadi dia yang kena tanggung (hamil).”
Bagi Pn. Nurul pula penggunaan kondom dan pelincir untuk suami isteri sebenarnya dapat membantu untuk hubungan yang lebih harmoni kerana ia lebih selesa dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
“Selepas mencuba beberapa cara untuk memperbaiki hubungan kelamin kami, saya dan suami memilih kondom kerana ia lebih murah, mudah didapati dan sangat mudah untuk digunakan. Boleh dibawa ke mana-mana. Apa-apa pun, jika tanya pada saya, komunikasi paling penting. Alhamdulillah, selepas kelahiran anak yang ketiga, masalah kekeringan faraj juga semakin kurang.”
Jangan Segan Dapatkan Bantuan Pakar
Mengakhiri sesi podcast, Dr. Salleha menyarankan untuk berjumpa pakar bagi mengenal pasti masalah yang sebenar sebelum menyelesaikannya. Beliau turut meminta supaya tidak mudah percaya dengan pelbagai produk yang tidak diketahui untuk mengatasi masalah yang ada.
“Malangnya rakyat Malaysia ni mudah terpedaya dengan supplement yang konon-konon makan satu ubat boleh sembuhkan semua penyakit. Sebaiknya rujuk masalah kepada pakar untuk tahu masalah sebenar sebelum mencuba untuk menyelesaikannya.”
Pn. Nurul pula meminta semoga setiap pasangan untuk berkomunikasi dan cari penyelesaian terbaik untuk memastikan hubungan suami isteri sentiasa bahagia.
“Apa-apa pun, kena communicate. Kalau ada yang tak kena, cepat-cepat beritahu pasangan. Jangan pendam dan sakit seorang. Kehadiran saya hari ini sebenarnya lebih kepada usaha untuk membuka mata orang ramai tentang kepentingan komunikasi dan mencari solusi untuk masalah yang kita hadapi sebagai suami isteri. Jangan segan untuk dapatkan bantuan daripada pakar.”
Podcast What The Haze (WTH) sudah tiba ke episod terakhir untuk musim pertama dan setinggi-tinggi penghargaan buat penaja iaitu Durex yang menawarkan produk untuk kesihatan hubungan intim yang memberi tumpuan kepada keseronokan bersama antara pasangan tanpa mengabaikan keselamatan. Jadi, jangan risau – dengan Durex, perancangan keluarga jadi lebih mudah!
Tonton video podcast What The Haze di sini:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waktu Hamil Kena Minum Susu, Boleh Bantu Perkembangan Janin Lebih Baik!
Saat diri disahkan hamil, setiap wanita pasti merasa bahagia. Indahnya perasaan apabila mengetahui bakal mendapat cahaya mata. Tentunya kita mahukan yang terbaik sepanjang proses kehamilan ini. Sewaktu hamil, amat penting untuk ibu mendapat nutrisi secukupnya. Ini sangat penting bukan sahaja untuk perkembangan janin dalam kandungan tetapi juga untuk kesihatan ibu yang mengandung.
Ketika hamil, adalah normal untuk ibu merasa mual, kurang tenaga dan asyik letih. Sekiranya kesihatan ibu hamil tidak diberikan perhatian secukupnya, ia mungkin akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain. Salah satunya, osteoporosis!
Untuk ibu yang sedang hamil, sangat penting untuk menjaga pemakanan. Selain untuk khasiat buat si manja dalam kandungan, diet yang seimbang juga penting bagi memastikan ibu bebas dari gangguan kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi atau rendah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pengambilan makanan yang sihat juga dapat membekalkan tenaga kepada ibu memandangkan keperluan nutrisi yang meningkat secara drastik.
Kena Minum Susu
Selain pengambilan makanan yang sihat, sangat penting untuk ibu hamil mengamalkan susu sepanjang proses mengandung. Ada sesetengah ibu yang mungkin mengalami loya dan tidak berselera untuk minum susu. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk mengelak pengambilan susu kerana ia sangat penting untuk membekalkan pelbagai jenis nutrisi. Kebaikan nutrisi ini bukan sahaja penting untuk perkembangan sihat si manja dalam kandungan bahkan untuk kesihatan ibu juga.
Ibu harus bijak memilih susu yang terbaik untuk membantu perkembangan janin yang sihat. Bukan semua susu dapat membekalkan nutrisi lengkap untuk si ibu. Penting untuk para ibu mendapatkan susu yang diformulasi khas buat wanita hamil.
Pilihlah susu terbaik dan berkualiti ketika hamil. Pastikan anda mengamalkan susu sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari. Dengan pengambilan susu secara konsisten, ia dapat membekalkan protein, kalsium, zat besi, asid folat, vitamin, kolin dan DHA. Bagusnya! Tahukah anda, susu khas untuk ibu hamil dan menyusu yang mempunyai segala kebaikan nutrisi ini adalah Karihome Mama Milk?
Bagusnya Karihome Mama Milk Untuk Ibu Hamil & Menyusu Badan!
Karihome Mama Milk merupakan susu kambing yang pertama dan terbaik dengan formulasi istimewa, sesuai buat ibu hamil dan selepas bersalin. Ia membekalkan nutrisi yang cukup lengkap untuk para ibu dengan pengambilan dua gelas setiap hari secara konsisten.
Selain itu, Karihome Mama Milk juga mengandungi lapan jenis nutrien penting buat ibu hamil dan menyusukan badan. Bagi mengekalkan kualiti terbaik, Karihome Mama Milk hanya diperbuat daripada susu kambing dari New Zealand. Itulah sebabnya, Karihome Mama Milk merupakan susu kambing tepung formula khas untuk ibu mengandung dan menyusu badan yang terbaik sejak ia dihasilkan!
Karihome Mama Milk berperisa vanila yang sedap dan sangat sesuai bagi mengelakkan rasa mual ibu hamil. Ia juga sangat baik dalam membekalkan nutrisi yang lengkap untuk perkembangan sel, otot dan pertumbuhan tulang janin. Juga diperkaya dengan pelbagai nutrisi seperi protein, kalsium dan banyak jenis vitamin.
Seperti mana ia bagus untuk ibu hamil, Karihome Mama Milk juga bagus untuk ibu yang menyusu badan. Pengambilan susu ini secara konsisten dapat membantu penghasilan susu badan serta membekalkan tenaga buat ibu. Susu ini merupakan salah satu elemen penting yang diperlukan untuk membantu ibu kekal aktif dan tidak letih biarpun menyusukan si manja. Antara kebaikan lain yang terdapat di dalam susu ini adalah seperti asid folat, vitamin C, DHA dan banyak lagi.
Kebaikan Karihome Mama Milk
Susu ini juga mengandungi DHA yang sangat penting untuk membantu perkembangan otak janin serta anak yang menyusu badan.
Bagi ibu menyusu yang rungsing dengan susu badan yang kurang memberangsangkan, pengambilan Karihome Mama Milk dapat membantu. Selain itu, ibu menyusu perlu menjaga pemakanan untuk mengelak risiko simptom kekurangan nutrisi.
Salah satu kebaikan susu kambing ini adalah kerana ia lebih mudah dihadam berbanding susu lembu. Ini dapat membantu untuk mengelakkan masalah sembelit atau gangguan proses penghadaman. Dengan vitamin A dan E dalam susu kambing ini, ia dapat mengekalkan kecantikan kulit ibu. Mengamalkan susu kambing dapat menjadikan kulit lebih lembap dan sihat.
Ketika hamil dan menyusukan anak, wanita mudah mengalami masalah tulang rapuh kerana kekurangan kalsium. Karihome Mama Milk membekalkan kalsium untuk membantu masalah kehilangan kalsium ketika hamil atau menyusu badan.
Untuk maklumat lanjut tentang Karihome Mama Milk, klik https://bit.ly/2QXMeC6
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Karihome Mama Milk, sila layari : https://bit.ly/3fSgB7z
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Simpanan Biasa, Ganjaran Lebih Untuk Anak-Anak, PTPTN Umum Dividen SSPN 4 Peratus!
Bagi ibu bapa yang memiliki akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) buat anak-anak pastinya merasa lega dan gembira dengan pengumuman dividen akaun itu pada awal Februari lalu.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2019 untuk dua produknya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus sebanyak empat peratus.
Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM147.25 juta yang memberi manfaat kepada lebih 4.39 juta pendeposit SSPN seluruh negara.
Kadar dividen 4 peratus yang diberikan kepada pendeposit SSPN adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima oleh PTPTN.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan turut mengumumkan Ganjaran Kesetiaan tahun 2020 sebanyak 1 peratus sebagai penghargaan kepada kesetiaan pendeposit SSPN-i yang telah membuka akaun untuk jangka masa panjang iaitu sebelum tahun 2017 dan menambah simpanan mereka sepanjang tempoh promosi (5 Februari 2020 hingga 30 April 2020).
Keuntungan Dan Prestasi Tertinggi Dalam Sejarah PTPTN
Tahun 2019 merupakan tahun yang begitu membanggakan dalam sejarah PTPTN menguruskan instrumen simpanan pendidikan melalui produk penabungan SSPN. Malah PTPTN juga berjaya mencapai kutipan deposit SSPN bagi tahun 2019 berjumlah RM1.37 bilion.
“Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicapai oleh PTPTN semenjak produk SSPN diwujudkan pada tahun 2004.
Alhamdulillah, dengan kesungguhan dan hasil kecekapan pengurusan dan pegawai-pegawai menguruskan dana ini, PTPTN dapat memberikan kadar dividen SSPN sebanyak 4% walaupun dalam suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan.”
Katanya lagi, pada 2019, PTPTN berjaya mencapai peningkatan tertinggi jumlah simpanan SSPN dengan keuntungan pelaburan mampan hingga mampu memberikan dividen kompetitif kepada pendeposit SSPN.
“Bagi tahun 2019, SSPN memperoleh keuntungan pelaburan berjumlah RM205.27 juta. Ia menunjukkan peningkatan RM41.73 juta (25.52 peratus) berbanding RM163.54 juta pada tahun 2018, “katanya lagi.
Menariknya kesemua agihan keuntungan telah pun selesai dikreditkan ke akaun pendeposit pada Sabtu, 8 Februari yang lalu. Semak akaun anda dan nikmati hasilnya.
Bagi yang belum pernah membuka akaun ini buat anak-anak kecil anda, jadikan ia sebagai pemangkin dan semangat untuk menyimpan demi masa depan anak-anak dengan ganjaran hebat yang tidak pernah mengecewakan.
SSPN bukan sekadar simpanan biasa bahkan ia merupakan skim simpanan pendidikan yang wajar dimiliki oleh setiap isi rumah. SSPN turut menawarkan pelbagai keistimewaan serta manfaat yang baik dan menyeluruh. Masyarakat Malaysia perlu merebut peluang menyimpan di dalam SSPN kerana SSPN mampu merealisasikan impian dan harapan anak-anak ke menara gading kelak.
Jadilah ibu bapa yang bijak dalam merancang masa depan anak-anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI