“Pakai Apa Yang Ada, Baju Ni Beli Online RM30.” Fasha Kongsi Foto Raya Keluarganya

Share

Pelakon serba boleh, Fasha Sandha menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini dalam keadaan bersederhana bersama keluarga.

Berkongsi foto bersama suami dan anak-anak yang sedondon dalam rona biru, Fasha turut bersyukur atas rezeki yang dikurniakan sehingga ke hari ini.

Raya di rumah lagi. Rindu Family. Memandangkan tak boleh keluar ke mana-manapun, sarung je baju apa yang ada, ni baju ibu beli online kat lazada RM30.60.

“Kami bersyukur. Kami bahagia dalam berserderhana,” kongsi Fasha di instagramnya.

Bagaimanapun, cara bersederhana Fasha dan keluarganya itu mendapat reaksi positif dari peminatnya.

“Walau ibu pakai baju RM30.60, ibu tetap lawa ❤️❤️❤️..”

“Kak Fasha pakai la baju apa tetappp cantikk..”

“Cantik.. Sederhana itu indah sebenarnya..”

“Harga bukan pengukur. Yang penting nampak cantik dan selesa.”

Sebelum ini, Fasha Sandha pernah memberitahu, mereka sekeluarga selesa hidup bersederhana bagi mengajar anak-anak lebih berdikari.

Malah dia juga lebih gemar menggunakan cara lama untuk mendidik permata hatinya serta lebih selesa menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Kredit: IG Fasha Sandha

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy