Ibu bersalin C-Section tidak perlu berbengkung? Kenyataan ini sama sekali tidak berasas. Ibu yang bersalin melalui pembedahan digalakkan untuk berbengkung agar perut yang menggeleber dapat disokong dan melindungi luka pembedahan. Berikut perkongsian dari Pn. Foziah Mohd Foad, Pengasas Safah Herbs Spa tentang kepentingan berbengkung buat ibu bersalin secara pembedahan.
Jika ibu yang bersalin melalui pembedahan mahu mengenakan bengkung, ia sudah boleh dipakai selepas 12-24 jam selepas bersalin. Bengkung lilit atau bengkung barut boleh dipakai selepas enam ke 12 bulan selepas melahirkan anak dan luka pembedahan sudah pulih.
Bengkung berpelekat dari material kapas sesuai buat ibu yang bersalin secara pembedahan. Berbeza dengan bengkung lilit dan bengkung barut, penggunaannya adalah untuk menyokong perut gelebeh agar tidak menghempap luka pembedahan. Ia juga untuk mengelak pergerakan yang berlebihan pada perut serta mengurangkan kesakitan ketika ibu batuk atau terbersin.
Memakai bengkung ini juga bertujuan untuk memastikan otot perut kemas agar ia tidak bergoyang ketika ibu bergerak. Selain memudahkan proses menyusu ketika sedang duduk atau baring mengiring, penggunaan bengkung ini juga dapat mengelakkan ibu makan terlalu banyak.
Risiko Tidak Berbengkung:
Jika mahu memakai bengkung barut, tunggu sehingga enam hingga 12 bulan selepas melahirkan. Jangan pandang ringan kepentingan berbengkung kerana ia sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu kerana ia banyak memberi kebaikan kepada para ibu.