
Trend pemakaian kasut hari ini bermacam ragam. Jika kasut jenis getah tular dan sesuai untuk kegunaan kita setiap hari namun bukan untuk anak kecil kita.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, satu pesanan untuk ibu bapa di luar sana agar sentiasa berhati-hati sekiranya anak kecil memakai kasut getah.
Penggunaan kasut getah boleh meningkatkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi apabila menaiki tangga bergerak (eskalator). Hal ini kerana kasut tersebut mudah terperangkap sekaligus membahayakan kanak-kanak.
Struktur dan reka bentuk kasut getah itu adalah lembut. Jadi, ia boleh menyebabkan kasut tersebut ‘dicengkam’ oleh eskaltor.
Berhati hati jika anak kecil menggunakan kasut getah lembut dan menaiki tangga bergerak.
Struktur kasut yang lembut dan mencengkam menyebabkan ia mudah terperangkap di bahagian sisi tangga bergerak (eskalator) dan menyebabkan kaki anak terperangkap masuk.
Dalam kes yang serius, kaki anak boleh mengalami kecederaan teruk termasuk bahagian jari patah.
Cara terbaik untuk mengelakkan kasut dan kaki terperangkap adalah
✅ Pastikan kaki anak berada di tengah tangga
✅ Jauhkan kaki dari sisi tangga bergerak
✅ Pastikan anak melangkah setelah sampai di tangga bergerak
Apapun keadaan dan situasinya, pastinya anda sentiasa memegang anak ketika menaiki eskalator bergerak. Pastikan juga posisinya tepat dan jangan terlalu rapat dengan bahagian tepi.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Bonding time istimewa bersama anak-anak di Legoland, JB! Banyak hadiah best menanti tau.
Klik sini untuk DAFTAR 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guru Tampil Nafi Kanak-kanak 6 Tahun Acah Anjing Liar, Alami Luka Dalam Kesan Gigitan Teruk

Isi Kandungan
ToggleMinggu lepas tular dengan sebuah video yang memaparkan seorang murid lelaki berusia 6 tahun dikejar dan digigit oleh beberapa ekor anjing liar di sebuah sekolah yang terletak di Port Dickson.
Timbul pelbagai spekulasi berkaitan insiden tersebut sehingga mendapat perhatian salah seorang guru di sekolah terbabit.
Norzuliana Zakaria yang juga guru di Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin, Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan tampil menjelaskan situasi sebenar menimpa Mohd Adib Asyraf atau Adib.
Adib tak acah-acah anjing liar
Menurut guru berusia 35 tahun itu, dakwaan bahawa Mohd Adib mengacah-acah anjing tersebut sebelum dia digigit tidak benar sama sekali.
“Saya geram bila ramai kata budak tu dok acah-acah anjing tu. Dia tak buat. bagi saya komen itu tak adik, sebab tu saya post video rakaman CCTV sekolah kami.
“Budak enam tahun nak acah apa…lagipun waktu tu dia sorang-sorang. Kalau tengok video tu Adib tu duduk elok je, anjing tu yang kejar dia,” lapor sebuah akbar.
Adib sampai sekolah awal dan pintu kelas masih berkunci
Jelas Norjuliana lagi, sewaktu kejadian Adib tiba awal di sekolah tetapi kelas berkunci.
“Kalau tengok CCTV dia sampai dalam pukul 2.10 petang. Dia tunggu depan kelas dan waktu tu memang semua kelas berkunci sebenarnya. Jadi dia memang tak masuk dalam kelas.
“Pintu bilik kelas berkunci sebab tak nak anjing-anjing liar itu masuk. Laluan seperti dalam video tu memang laluan haiwan tu. Kadang tu tengah mengajar nampaklah anjing-anjing lalu,”katanya.
Hampir diserang anjing liar tapi sempat masuk ke kereta
Malah guru berasal dari Kelantan itu turut mendedahkan dia nyaris diserang anjing liar yang sama dua minggu lalu.
“Saya sendiri pun pernah kena kejar. Waktu tu nak balik sekolah. Nasib baik kunci kereta dah ada di tangan. Huh takut…kalau tak, tak tahulah apa jadi.
“Murid lain pun ada yang pernah kena kejar tapi mereka sempat melarikan diri dan masuk ke dalam kelas. Boleh kata sekolah tu tempat tidur anjing-anjing tu.
“Kalau saya lalu Kawasan sekolah waktu malam, memang penuh anjing. Nampaklah dalam tujuh lapan ekor sebab biasanya waktu malam lampu sekolah akan dipasang,” katanya lagi.
Luka gigitan anjing pada Adib agak dalam
Bercerita lanjut mengenai keadaan Adib, Norzuliana berkata kanak-kanak itu baru selesai menjalani pembedahan malam jumaat dan masih dalam pemantauan doktor.
“Dia mengalami luka yang agak teruk di bahagian tengkuk, telinga, lengan, ketiak dan celah peha. Doktor beritahu kesan gigitan agak dalam.
“Waktu saya melawat dia Jumaat tempoh hari, dia baru lepas X-ray tapi darah masih meleleh. Kesian tengok keadaan dia. Malam tu dalam pukul 10 Adib jalani pembedahan.
“Dia sedar semula sekita jam 9.30 pagi Sabtu dan boleh makan serta ajak sembang. Tapi dia masih lagi dalam pemantauan doktor sebab takut kesan gigitan ada virus,” jelas guru berkenaan.
Malah Norzuliana turut berkongsi momen sedih Adib sewaktu menerima rawatan di Hospital Port Dickson pada Jumaat petang.
“Bila saya sampai hospital, guard cerita gelagat Adib. Guard beritahu waktu sampai bahagian kecemasan Adib menangis. Adib kata kat doktor, “Doktor cepatlah cuci luka saya ni.”
“Tapi sambil dia menangis tu dia berdoa, Dia kata “Ya Allah ampunkan dosa mak ayah aku, ampunkan dosa abang aku”. Dia memang budak baik,” katanya.

Harap pihak PBT ambil tindakan segera
Dalam pada itu, Norzuliana berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berwajib mengambil tindakan segera ke atas anjing-anjing liar itu.
“Saya tak nak insiden sama berlaku dekat orang lain. Memandangkan ini kes pertama, ambil lah tindkan segera. Jangan sampai berlaku kes kedua pula baru nak bertindak,” katanya.
Sumber/gambar: Mstar Online & Norzuliana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengusaha Tadika Swasta Bersyukur Kerajaan Bagi Geran RM5,000. Ringankan Beban Mereka

Selepas hampir empat bulan tadika di seluruh negara ditutup ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 dan dibuka kembali ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Para pengusaha tadika swasta yang sebelum ini keluh kesah memikirkan bebanan kos operasi mereka boleh menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan tentang pemberian geran sekali bayar.
Memetik berita ditulis Bernama, pengusaha tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menerima geran secara sekali bayar sebanyak RM5,000.
KPM dalam kenyataan media berkata, pemberian geran di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) itu adalah inisiatif meringankan beban pengusaha taska swasta dalam membuka semula operasi mereka.
“Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju meluluskan pemberian geran secara one-off melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).

“Bagi pengusaha tadika yang tidak berdaftar dengan KPM akan menerima geran one-off sebanyak RM3,000 jika pendaftaran tadika mereka dibuat sebelum 31 Oktober 2020.
“KPM yakin geran yang disediakan oleh kerajaan akan dapat membantu pengusaha tadika swasta meneruskan agenda pendidikan prasekolah serta menggalakkan tadika swasta yang belum berdaftar untuk berdaftar dengan KPM sebelum 31 Oktober 2020
Artikel menarik: Jangan Hantar Anak Ke Tadika Jika Tak Sihat. Ini Pesanan Datuk Dr Noor Hisham Untuk Parents!
Mengulas lanjut pemberian daripada kerajaan tersebut, pengusaha tadika, Puan Zaharah Awang yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga dengan berita tersebut.

“Saya bersyukur atas rezeki yang Allah sampaikan melalui KPM untuk pengusaha-pengusaha tadika yang amat terkesan sepanjang kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 17 Mac lalu.
Menurutnya, pengumuman ini merupakan berita gembira bagi semua pengusaha tadika swasta. “Saya selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Tadika Islam malaysia ingin mengajak para pengusaha untuk melesenkan tadika masing-masing. Yang mana yang masih belum berdaftar mohon segeralah daftar.
“Bantuan geran ini sebagai salah satu peluang dan insentif yang diberikan kepada tadika-tadika yang berdaftar sebagai penyedia bidang perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
“Jelas menunjukkan kerajaan mengiktiraf pengusaha tadika ini sebagai satu kelompok yang perlu dibantu untuk meningkatkan semula kualtiti pendidikan di tadika.

Zaharah turut berharap geran yang diperoleh akan digunakan untuk kegunaan anak-anak di tadika terutama bagi penyediaan proses sanitasi tadikaa, beli peralatan yang sesuai untuk digunakan semula oleh kanak-kanak tadika.
Artikel menarik lain: Lepas Adik-Adik Tadika Bersekolah, Abang Kakak Kembali Ke Sekolah 15 & 22 Julai
“Jadi kita nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin kerana memberikan geran ini dan melihat kami pengusaha tadika ini. Kiranya dapat perhatian daripada kerajaan,” akhiri beliau penuh kesyukuran mewakili suara semua pengusaha tadika swasta di seluruh Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Pahala ‘Free’? Rajin-Rajinlah Cium Pasangan. Dahi & Kening Point Terbaik!

Jadikan tabiat apabila suami mahu keluar bekerja, isteri perlu ‘claim’ ciuman di dahi dan kening. Besar manfaatnya kepada emosi suami dan isteri pada hari itu. Ciuman hangat dari suami buat isteri dapat mewujudkan perasaan bahagia kepada si isteri dan membuatkannya tidak sabar menanti si suami pulang. Bukan itu sahaja, tabiat mencium anak-anak juga akan menjadikan mereka anak yang positif dan menghormati ayah mereka.
Artikel Menarik: [Jaga Anak Lelaki Kena Sabar, Maklumlah Hero. Geram Tapi Sayang!]

Ciuman ini boleh menjadi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara suami, isteri serta anak-anak dan membuatkan perasaan rindu sentiasa kuat di antaranya. Ya, perkara ini kecil sahaja tetapi impaknya besar dan meninggalkan pengaruh yang positif dalam kebahagiaan rumah tangga.
Amalan mencium pasangan dan anak-anak akan menggandakan rasa kasih sayang dan cinta dalam keluarga.
Saranan daripada Ustaz Sayuthi yang merupakan guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah, ini sewajarnya anda jadikan panduan untuk menyemarakkan kebahagiaan sesama ahli keluarga.
Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA***
i) Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan “aku syg anak aku” akan tersemat terus ke dlm jiwa.
Artikel Menarik: [Cari Donat, Jumpa Abie. Pertemuan Lepas 4 tahun Berjauhan, Sedih!]
ii) Fadhilat Cium Suami
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Mencium Isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Kesimpulannya:Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI