Mungkin bagi orang lain, kegembiraan menyambut Aidilfitri tak lama lagi masa yang ditunggu-tunggu. Namun bagi pasangan suami isteri ini, mereka mengharapkan ada keajaiban buat anak sulung yang kini hanya mampu terlantar dalam keadaan lemah setelah disahkan mengalami kanser otak tahap 4.
Menerusi perkongsian Rashidee Abd Rashid, kesakitan anak sulungnya, Raudhah adalah ujian Allah untuk beri ganjaran lebih baik. Cukup sebak baca perkongsian bapa ini.
Doakan urusan kakak dipermudahkan
Harini kakak dipakaikan baju raya. Jika ditakdirkan kakak diambil Allah sebelum Raya sekurangnya ada gambar bersama adik-adiknya.
Mohon doa dari kenalan agar urusan Kakak dipermudahkan. Doakan Kami juga sebagai ibu bapanya kuat dan tabah dengan dugaan yang kami harungi.
Keadaan kakak agak lemah. Kakak hanya boleh angguk atau geleng sahaja tanpa suara. Kakak tidak boleh minum dengan sempurna seperti air tersangkut di kerongkong.
Alhamdulillah kami dikurniakan kejiranan yang sering membantu kami dan bersedia jika berlaku sesuatu musibah dan ujian.
“Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi]
Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya.
Dan janganlah dia menjadi ftnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.
Harap ada keajaiban
Sementara itu, menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, Puan Sabariyah Ismail, sebenarnya sel kanser kakak dah semakin merebak.
Kemungkinan besar sel kanser telah menyerang saraf tunjang Kakak dan telah menyebabkan kedua kaki lemah serta telah mengganggu bahagian pembuangan air kecil dan air besar.
Berat badan Kakak semakin menurun juga salah satu simptom sel kanser tu aktif. Masa ni berat badan Kakak 14.8 kg.
Sekiranya betul sel kanser tu dah merebak ke saraf tunjang, maka tiada lagi rawatan yang boleh dibuat keatas Kakak. Kini hanya mengharapkan ada keajaiban daripada Allah buat kakak walaupun harapannya sangat tipis.
Mama dan papa terima takdir Allah dengan ikhlas. Cuba ikhtiar cara lain selagi ada masa dan peluang. Di saat ini juga mama papa cuba tunaikan setiap permintaan kakak.
Sebelum ini, Puan Sabariyah ada beritahu permulaan dapat tahu Raudhah kanser adalah dia mengadu pening dan muntah. Selepas buat pemeriksaan lanjut setelah barulah semuanya terungkai.
Kredit: Rashidee Abd Rashid & Sabariyah Ismail
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)