Selalu waktu anak batuk kita tak bagi dia berlari dan melompat. Sebenarnya menurut Pakar Fisioterapi, aktiviti tersebut bagus untuk bantu keluarkan kahak anak.

Bila dengar sahaja si kecil mula terbatuk-batuk, mulalah kita rasa susah hati. “Hmm, batuk lagi si Adam ni. Harap tak melarat samapi kena ambik neb sudah.”

Selalunya kalau anak dah mula batuk, macam-macam pantang larang yang kita kenakan pada mereka termasuk tidak membenarkan mereka bermain, berlari atau melompat kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan batuk.

Walhal sudah sifat semula jadi kanak-kanak, walaupun tak sihat tetap aktif bergerak dan bermain.

Tetapi sebenarnya menurut perkongsian info daripada Pakar Fisioterapi Sharfiza Binti Abdul Aziz dalam facebook beliau, tak salah rupanya membiarkan si kecil tetapi aktif bermain ketika dia batuk.

IKLAN

Sekarang musim anak batuk-batuk..selesema.. so saya nak share tips on what can be done to maximize lung function and bantu anak-anak keluarkan kahak tu dari bersarang dalam paru-paru.

And seterusnya jadi lung infection yang lebih teruk. Macam biasa saya tak nak explain scientific sangat. Just cukup untuk u all faham.

1. Biar anak active

Biasa dengar tak? “Jangan lari-lari… awak tu batuk!” Hakikat sebenar, itula yang baik. Batuk itu baik supaya kahak dapat dikeluarkan dari paru-paru. Bila anak berlari, berlompat, actif la.. paru-paru akan mengembang..means more air inside to regulate so dpt push keluar kahak bawa ke tekak. So kalau anak ada kahak..selsema galakkan anak batuk and active. Saya selalu suruh dia orang lompat-lompat.. lepas tu suruh tiup-tiup..then batuk..as much as i can..

* kalau dia orang dah tak sedap badan sangat lembik jangan la paksa sangat ok.

Pakar Fisioterapi Cakap Berlari Dan Melompat Masa Anak Batuk Bagus Untuk Keluarkan Kahak

IKLAN

2. Salah satu cara lagi adalah untuk maximize lung function untuk kanak-kanak adalah boleh beli bubble, party blower atau yang tiup pusing-pusing. Bila dia orang nak tiup, untuk tiup kuat dia orang akan tarik nafas dalam so this way jumlah air yang masuk akan bertambah and paru-paru juga akan kembang. Blowing/meniup juga dapat relax kan saluran and kurangkan spasm (saluran sempit) and dapat bantu pengaliran kahak ke tekak untuk dibatukkan keluar.

For younger babies… kalau hidung tersumbat.. boleh gunakan beberapa technique. Satu boleh gelikan/tickle guna tissue yg dimuncungkan masuk dalam hidung supaya dia bersin.

Boleh jugak guna teknik steam. On water heater dalam bilik air. Tutup pintu. Dalam 10 minit pastu masuk sama dengan baby dalam 5 minit. InshaAllah boleh bantu jugak. And sekarang ni dah ada sterimar, spray je sterimar boleh bantu.

Teknik tepuk boleh jugak guna kalau baby banyak kahak, sampai umur 2-3 tahun pun boleh. Yang besar pun boleh. Tapi for babies kena jaga jugak.

Tepuk mesti sebelum minum susu atau 2 jam lepas makan atau minum susu. And tak perlu tepuk kuat-kuat. Tujuan tepuk untuk produce continous vibrations yang akan assist pengaliran kahak.

IKLAN

Tepuk anak dalam posisi meniarap, mengiring. And most effective tepuk 5 mins each sides. InshaAllah akan dapat tengok kahak keluar ikut hidung atau mulut.

Otherwise u need physiotherapist assistance. Kalau dah teruk sangat baru kami akan proceed with suctioning but untuk baby less than 6 months je. Sebab gag reflex belum cukup matang. Tapi saya akan avoid. Bergantung pada hasil assessment therapist anda.

Yang terbaik bawak anak anda jumpa doctor (paediatrician) untuk check up and proper medication. Get their advice on your child’s condition sebelum proceed apa-apa ye.

For the love of our children
Sharfiza Binti Abdul Aziz
Physiotherapist

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI