Sebelum nak bagi anak-anak makan atau minum, paling penting kena ketahui ia selamat atau tidak. Ini untuk mengelakkan ibu bapa tersilap beri sehingga boleh membahayakan nyawa.
Menurut Pakar Kanak-kanak, Dr Salehuddin Sulaiman, ramai ibu bapa yang tertanya-tanya adakah susu kambing boleh diberikan pada bayi.
Antara jawapan dari saya ialah:
Usually saya jawab ‘no comment’. Sebab banyak sangat mitos berlegar di halaman FB mahupun di rumah abang Google.
Kali ni nak sentuh pasal susu kambing FRESH. Yes, ada yang beri susu kambing FRESH kepada bayi bawah setahun.
Kajian dan kes yang dilaporkan di dalam jurnal perubatan menunjukkan praktis ini membahayakan nyawa bayi.
Susu kambing fresh mengandungi kandungan garam Natrium (Sodium) yang tinggi (3x ganda susu ibu). Kandungan garam yang tinggi ni boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, darah jadi berasid (metabolic acidosis) dan juga sawan.
Kandungan folate (salah satu bahan untuk membuat sel darah merah) juga sangat rendah. So bayi berisiko tinggi untuk mendapat megaloblastic anaemia (kurang sel darah merah).
Susu kambing yang tak diproses juga mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan kuman seperti Toxoplasmosis dan brucellosis.
Oh, ada yang counter claim. Minum susu kambing fresh ni, sunnah Nabi.
Meh aku nak bagi kau faham sikit. Aku dah tanya ustaz-ustaz yang mengaji hadis, ada tak hadis yang menceritakan Nabi minum susu kambing masa kecik, atau ada tak hadis yang menunjukkan Nabi bagi anak dia, atau anak-anak sahabat yang masih bayi, minum susu kambing.
TIADA. Nil. Zilch. Nada. Yillek.
Kalau kau ingat lagi sejarah yang orang baca masa Maulud Nabi, masa kecil, Nabi diletakkan bersama keluarga Halimah dari Bani Sa’ad. (Halimatussaadiah). Baginda diberikan SUSU IBU. Bukan susu kambing!
So, sunnah yang sebenarnya ialah Susu Ibu. Jangan dok putar alam pulak neh.
Kalau susu formula yang diperbuat daripada susu kambing, ini consider grey area.
Kenapa? Trend susu kambing ni masih baru. So formula berasaskan susu kambing juga masih baru di pasaran. Tak banyak kajian dibuat menggunakan susu ini.
Cuma, antara ‘claim’ oleh orang yang promote susu ni ialah
1. Susu kambing kurang allergic berbanding susu lembu.
2. Susu kambing lebih mudah hadam dan lebih mirip dengan susu ibu.
Kajian menunjukkan bayi yang allergic dengan susu lembu juga, akan mendapat reaksi yang sama dengan susu kambing, malah maybe lebih teruk.
Dan, takde kajian yang menyokong bahawa susu kambing lebih mudah hadam atau mirip susu ibu. Yang pasti, kandungan protein dalam susu kambing lebih tinggi, so risiko allergy lebih tinggi, dan sangat berbeza dengan susu ibu.
Whatever it is, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.
Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman