Perasan tak anak-anak kita bila hampir seharian ditinggalkan di rumah pengasuh atau pergi ke taska, tadika atau sekolah, saat nampak kita keterujaannya itu seolah-olah dia benar-benar rindu.
Ada juga anak-anak waktu petang dia seperti memahami tak lama lagi ibu ayahnya akan sampai dan sanggup menunggu depan pintu menantikan kita mengambilnya.
Menurut Perunding Keibubapaan, Puan Noor Afidah Abu Bakar, perasaan yang dialami oleh anak-anak kecil ini adalah normal. Berikut antara perkongsiannya.
Kenapa anak kecil gelisah ternanti-nantikan kepulangan atau kehadiran ayah ibu di muka pintu?
Kenapa anak kecil sangat teruja kala melihat kelibat ayah ibu yang ditunggu-tunggu?
Anak kecil bergantung sepenuhnya kepada ayah ibu. Ayah dan ibu adalah dunia mereka.
Ads
Tidak ada orang lain yang anak kecil percayai selain ayah dan ibu. Si kecil merasa lega apabila insan yang dipercayai muncul di depan mata. Kehadiran ayah dan ibu menjadikan dunia ini terasa selamat baginya.
Ayah dan ibu jugalah yang diharapkan untuk memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosinya. Tiada orang lain.
Jangan diabaikan kepercayaan si kecil yang baru hendak mengenali dunia dan seisinya.
Peluklah dia.
Senyumlah pada dia.
Sebutlah namanya.
Ads
Jadikanlah penantian itu berbaloi bagi si anak. Bukan gula-gula yang dinantikan. Apatah lagi mainan beratus harga.
Sekiranya penantian si kecil tidak diendahkan, apabila bertambah setahun dua dia tidak lagi teruja menanti kerana kekosongan itu telah terisi dengan orang atau benda lain yang lebih ‘menghargai’.
Pada asalnya tidak berniat untuk membuat tabungan anak, tetapi selepas beberapa ketika mengumpul timbul rasa untuk menyimpan duit buat anak mereka. Pasangan Raizuan Ibrahim dan Nurisha Anis Rosdi mula mengumpul not RM5 dan RM20 sejak tiga tahun yang lalu sebelum kelahiran anak lelaki mereka.
“Ketika itu matlamatnya berbeza. Kami fikirkan untuk kegunaan kami untuk bercuti dan sebagainya. Bila isteri disahkan hamil, terus terfikir untuk buat tabungan anak. Kebetulan waktu itu duit dah semakin banyak dan ditambah dengan pemberian orang untuk dia, jadi kami teruskan mengumpul duit itu, ” terang Raizuan apabila ditanyakan tentang permulaan mereka menabung untuk Muhammad Al-Fayyadh.
Pilih Not Duit Yang Jarang Digunakan
Menjawab persoalan mengapa not RM5 dan RM20 yang dijadikan pilihan, kata mereka kerana duit ini jarang digunakan. “Kalau berbelanja, kami banyak gunakan RM1 dan RM10, bila tengok selalunya berbaki not RM5 dan RM20 ni, itu yang menyebabkan kami selesa mengumpulnya. Kami kumpul bersama-sama. Tak ada tetapkan pun siapa yang simpan RM5 dan siapa kumpul RM20. Sama-sama simpan,” kata Raizuan lagi.
Tambah Anis pula, mereka berdua memilih nilai wang tersebut kerana ia sederhana dan tidak terlalu terbeban untuk mengumpulnya. Mereka akan masukkan duit-duit ini dalam dua tabung berbeza dan bila tiba hujung bulan akan dikira untuk melihat jumlahnya.
Pupuk Sikap Disiplin
Mereka berdua konsisten dan disiplin membuat tabungan ini apabila melihatkan jumlah simpanan yang banyak. Semakin lama, semakin banyak. “Itulah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus konsisten buat simpanan. Tak pernah terfikir pun untuk ambil dan gunakan wang itu. Kami komited untuk kumpul lebih banyak lagi,” cerita Raizuan.
Selama tiga tahun simpanan mereka berdua, not RM5 dapat dikumpul melebihi RM4000. Duit not RM20 pula berjaya dikumpul lebih kurang RM2000 dalam tempoh setahun. Apabila wang yang disimpan sudah mulai banyak, tidaklah disimpan bawah katil atau di celahan almari baju. Raizuan dan Anis akan masukkan wang tersebut dalam akaun Tabung Haji.
Bersaing Sesama Sendiri
“Biarpun ini simpanan bersama, tapi kami selalu bersaing. Siapa yang berjaya kumpul lebih banyak wang untuk bulan itu. Rasa nak menang tu buat kami komited untuk menyimpan,” cerita Raizuan lagi. Menurut Anis pula, untuk membuat simpanan harus ada target dan matlamat yang jelas. Kena ada disiplin dan asingkan wang itu sebelum dimasukkan ke dalam tabung khas.
“Nak habiskan duit tu cepat. Nak mengumpul tu yang makan masa. Sebab itulah kita kena berdisiplin dan jangan mengelat. Kita dan pasangan kena saling menyokong dan kuat semangat. Maklumlah bila hampir hujung bulan tu, tengok pula duit bertimbun dalam tabung. Perasaan untuk ‘mengambil’ hak anak itulah yang perlu kita elakkan. Sekali dah ambil, nanti kita akan terbiasa,” kata Anis apabila diajukan soalan bagaiman mereka begitu komited dengan simpanan begini.
Tidak Terlalu ‘Tekan’ Diri Sendiri
Kata pasangan ini, mereka tidak mahu terlalu membebankan diri. Bergantung kepada keberadaan wang, jika ada maka akan disimpan. Tetapi seandainya pada hari itu not duit untuk kedua-dua nilai itu tidak ada, maka tiadalah simpanan. Esok pula mereka akan gantikan.
“Sekarang ni anak kami dan berumur setahun lebih. Usaha menabung ni akan kami teruskan. Mana tahu suatu hari nanti kami mampu buat simpanan dengan nilai not yang lebih besar pula. Rasanya untuk jumlah simpanan RM5 tu lebih dari yang kami beritahu tadi. Sebab waktu itu kami memang bersungguh-sungguh membuat tabungan,” kata Raizuan.
Berkongsi harapan mereka berdua, Raizuan dan Anis memberitahu yang mereka berharap tabungan untuk anak mereka akan jadi lebih banyak untuk kegunaannya di masa hadapan. Juga menyimpan hasrat untuk mengumpul not nilai yang lain pula. “Jika ada anak yang seterusnya pun, kami akan teruskan cara tabungan begini. Harapan kami agar masa depan Fayyadh selesa dan mudah ketika dia dewasa nanti,” akhiri Raizuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ibu bapa yang berpendapat “skil ini semua tak jalan” yang ‘jalan’ hanyalah “ketam batu dan jeritan petir halilintar” barulah anak ‘behave’.
Ayah ibu sekalian, anak-anak kita akan membesar, masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, menyertai aktiviti sekolah, bersosial di luar, masuk kolej, masuk asrama, masuk universiti, melangkah ke alam pekerjaan, jadi anggota masyarakat, menjadi suami, menjadi isteri, menjadi ayah, menjadi ibu, dan menjadi datuk nenek satu hari nanti.
Anak kita tidak akan kecil selama-lamanya. Tidak akan berada di bawah ketiak kita sampai bila-bila. Kita tidak akan selalu dan selamanya berada di samping anak kita untuk beri penangan ‘ketam batu’ atau ‘jeritan petir halilintar’ apabila anak tidak ‘behave’ walaupun sekarang ia berguna dan berkesan untuk mengekalkan kewarasan kita di rumah.
Itu tidaklah dapat dinafikan. Skil yang disebut bukan sekadar untuk memudahkan kerja kita SEKARANG di rumah tetapi juga diharapkan agar sebati dan menjadi darah, daging, jiwa dan mentaliti anak yang akan dibawa sampai bila-bila.
Agar dia terus ‘behave’ sebagai pelajar, sebagai pekerja, sebagai anggota masyarakat, sebagai ibubapa dan sebagai datuk nenek. Insya Allah.
Saya banyak menggunakan perkataan ‘BELUM’ pada poster-poster tersebut kerana ia masih berkembang dalam diri kanak-kanak. Tetapi sekiranya kita mengambil ringan dan mengabaikan penerapan skil tersebut, sampai bila-bilalah ia TIDAK AKAN terbina waima dalam diri orang dewasa dan tua sekalipun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Achey menyanyi dalam nada suara yang perlahan dan bukannya kuat dan lantang seperti biasa.
Nampaknya bila sudah bergelar ayah, memang automatik boleh berubah menjadi insan yang lebih baik.
Semuanya demi ingin memastikan anak tersayang mendapat yang terbaik.
Ramai netizen rasa terhibur dengan gelagat Achey yang lucu menyanyi dalam nada suara perlahan sampaikan ada yang menyamakan suara Achey dah tak kuat macam speaker!
Netizen Cadangkan Susukan Baby
Sebagai tanda sokongan dan gembira melihat Achey dan isteri sudah mempunyai anak angkat, ramai netizen memberikan cadangan agar Tiara diberikan susu ibu oleh isteri Achey untuk menjaga hubungan mereka menjadi halal.
Pasangan ini telah mengambil anak angkat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan rezeki mempunyai anak sendiri.
Ternyata kehadiran bayi yang bernama Tiara ini benar-benar membuatkan Achey dan isteri bertambah bahagia.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.