Nak tahu 5 teknik didik anak suka matematik sejak kecil? Ia bukan suatu perkara yang mudah kerana perlukan kemahiran dan kesabaran. Ramai dalam kalangan kita menekankan tentang kepentingan membaca. Kerapkali kita didedah dengan pelbagai panduan bagaimana membantu anak membaca atau menulis. Bagaimanapun agak kurang tips yang membincangkan bagaimana memupuk minat pada subjek matematik dalam kalangan awal kanak kanak.

Paling merisaukan, subjek matematik ini yang penting di sekolah rendah tidak disukai oleh sesetengah pelajar. Ramai yang tidak menyedari bahawa subjek ini boleh merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak jika didik dengan cara yang betul.

Antara tips yang disediakan oleh Kosultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:

Pakar Kanak-Kanak Ini Kongsi 5 Teknik Didik Anak Suka Matematik Sejak Kecil

  1. Intergrasikan matematik dalam aktiviti harian

Cuba kenal pasti apakan permainan atau aktiviti yang disukai oleh anak anak kita dan  masukkan elemen matematik dalam aktiviti atau permainan tersebut. Misalnya jika anak kecil suka membantu kita di dapur, minta dia membuat sukatan air atau gula atau tepung dalam sesuatu resepi. Selain itu, minta anak membilang cawan atau pinggan mengikut bilangan ahli keluarga. Aktiviti tambah dan tolak misalnya boleh berlaku dalam situasi membuat kek misalnya dengan bertanya kan soalan seperti “Ibu dah masukkan tiga biji telur ke dalam adunan, berapakah bilangan telur yang masih ada dalam mangkuk/bekas telur? Ibu boleh meminta si kecil mengelaskan baju mengikut saiz, warna dan sebagainya. Jangan jadikan matematik sesuatu yang terpisah dari aktiviti harian.

IKLAN

2.Jadikan matematik suatu permainan

Jadikan pengajaran matematik pada ada anak anak kecil sesuatu yang berlaku secara tidak langsung dan menyeronokkan. Biar anak rasakan bawa dia bermain dan bukannya sedang belajar matematik. Make math a game –jadi ibubapa boleh menggunakan pelbagai perlatan eletronok yang berbentuk mainan matematik atau juga boleh menggunakan  permainan digital dan juga boleh melayari pelbagai websites  sebagai satu permainan atau games. Terdapat juga pelbagai buku buku aktiviti yang menjadikan matematik sesuatu yang menyeronokkkan dan juga sesetengahnya boleh di muat turun secara percuma.

IKLAN

3.Jadikan pembelajaran awal matematik bermakna dan nyata

Jadikan aktiviti matematik sesuatu yang bermakna dalam dunia sebenar. Biasakan elemen matematik dalam kehidupan hariannya di mana sahaja dia berada. Misalnya apabila membawa anak anak ke kedai, minta dia membaca harga pada barang, minta dia buat perbandingan harga atau boleh juga minta dia membilang jumlah barangan ataubuah mislanya yang ingin di beli oleh ibubapa. Selain dari itu biasakan juga anak anak membaca resepi, mengira kupon/resit,dan sebagainya.

IKLAN

Bagi anak yang lebih besar mungkin ibubapa boleh meminta anak tersebut membuat anggaran jumlah harga barang sebelum membuat bayaran di kaunter pembayaran. Dalam perjalanan pula, minta anak anak kecil membaca papan tanda yang mempunyai angka yang menunjukkan jarak sesuatu tempat.

4.Bacakan buku buku cerita yang bertemakan Matematik

Cuba dapatkan buku buku cerita kanak kanak dipasaran yang mempunyai elemen matematik. Antara buku buku cerita dalam Bahasa Inggeris yang sangat bagus untuk memupuk minat pada matematik pada anak anak kecil adalah Big Fat Hen by K. Baker (Buku temtang membilang serta operasi tambah, serta membuat perbandingan dan pengkelasan) , How Many Bugs in a Box by D.A. Carter (Buku tentang bagaimana membuat ukuran) dan banyak lagi buku buku yang boleh di dapati dipasaran tempatan

5.Gunakan bahasa Matematik

Cuba gunakan bahasa matematik dalam perbualan harian dengan si kecil. Gunakan sebagai bahasa pertuturan harian apabila anda bertujuan untuk mengajarnya konsep matematik pada waktu tersebut. Adakalanya kanak-kanak tidak berminat dengan matematik kerana tidak faham bahasa yang di gunakan oleh guru atau ibubapa. Memahami dan menggunakan perkataan seperti (“atas”, “bawah”, “tepi”; “sebelah”, “luar”, “dalam”, “kiri”, “kanan”, tambah, kurang , lebih dan sebagainya lag.)Gunalah bahasa yang mudah dan guru atau ibubapa juga menggunakan gambar sebagai peralatan tambahan kepada penggunaan bahasa matematik yang betul.5

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI