Semua ibu ayah mahukan anak-anak yang cerdas. Jika anak lambat berfikir; tidak cekap menduga atau tidak cergas melakukan aktiviti tentu risau kan.

Untuk merangsang minda dan mengasah kecerdasan si kecil, ibu ayah perlu mengambil kesempatan untuk bertanya dan mengasah kecerdasan si kecil!

Apa lagi, jom lakukan pelbagai aktiviti sehari untuk rangsang kecerdasan anak.

Aktiviti 1: Bermain bersama-sama

Pakar Kanak-Kanak Ini Kongsi Tip Aktiviti Setiap Hari Supaya Rangsang Minda Anak Jadi Cerdas. Ibu Ayah Boleh Cuba!

Si kecil mana yang tidak suka bermain? Luangkanlah masa setiap hari walaupun sebentar untuk bermain bersama-sama dengan anak anda, sesibuk mana pun anda dengan aktiviti harian lain. Ketika bermain bersama-sama, tanyalah soalan kepada si kecil.

Minta anak kecil anda terangkan apa yang dia sedang lakukan, tanya kepadanya tentang objektif permainan itu, kaitkan aktiviti itu dengan kemahiran mengira atau menulis, malah apa-apa sahaja yang menjadikan aktiviti bermain itu lebih ‘bererti’ boleh anda lakukan.

Bermain bersama-sama sambil berfikir dan bersembang bukan sekadar mengasah kecerdasan tetapi mama dan papa akan meningkatkan tahap ikatan (bonding) antara orang tua dan anak yang mengeratkan hubungan famili dan rasa sayang antara satu sama lain.

Aktiviti 2: Membuat kerja-kerja di dalam rumah bersama-sama!

IKLAN

Pakar Kanak-Kanak Ini Kongsi Tip Aktiviti Setiap Hari Supaya Rangsang Minda Anak Jadi Cerdas. Ibu Ayah Boleh Cuba!

Memberi anak kecil anda tugas-tugas di dalam dan di sekitar rumah bukan sahaja memberikan rasa tanggungjawab. Malah ia akan dapat membantunya menguasai beberapa kemahiran hidup dan kemahiran asas lain.

Memang benar, ada kalanya si kecil sekadar ‘mengganggu’ ketika anda sedang menyapu lantai, melipat pakaian atau mencuci pinggan mangkuk. Akan tetapi, mama dan papa perlu mengubah persepsi dan memberi peluang kepada si kecil untuk membantu mereka.

‘Membantu’ dalam konteks ini, biarlah berpadanan dengan usia si kecil manja itu. Yang paling utama, jangan sia-siakan peluang untuk menjana minda si kecil yang cerdas melalui aktiviti-aktiviti rutin di dalam rumah dan di sekitar kediaman anda.

Aktiviti 3: Makan dan minum bersama-sama!

IKLAN

Pakar Kanak-Kanak Ini Kongsi Tip Aktiviti Setiap Hari Supaya Rangsang Minda Anak Jadi Cerdas. Ibu Ayah Boleh Cuba!

Dalam kesibukan sehari-hari, papa dan mama kadang-kadang tidak dapat makan bersama tetapi waktu makan juga boleh menjadi masa untuk merangsang kecerdasan minda si kecil secara tidak langsung.

Kemahiran mengira boleh diasah dengan mengira berapa suap yang si kecil sudah makan, konsep warna boleh diasah dengan membandingkan warna makanan dengan krayon, asas pemakanan dan nutrisi pula boleh disampaikan kepada si kecil berusia antara 5-6 tahun.

Rutin sebelum makan seperti membaca doa makan dan melafaz ertinya juga jangan kita lupakan. Sambil mama atau papa menyuap makanan ke dalam mulut si kecil, suapkan juga asas-asas ilmu yang baik ke dalam minda aktif si kecil manja itu.

Aktiviti-aktiviti lain, bagaimana pula?

IKLAN

Kalau diikutkan, semua aktiviti seharian si kecil boleh menjadi aktiviti yang merangsang mindanya dengan syarat papa dan mama sama-sama ‘menyertai’ aktiviti berkenaan dan tidak mensia-siakan segala peluang yang ada untuk mengasah kecerdasan minda.

Berjalan bersama-sama di taman permainan, membeli barang rumah bersama-sama di pasar raya, melihat flora dan fauna yang ada di sekeliling kita, melihat dunia di luar kerana sedang menaiki kenderaan, termasuk juga bersedia untuk tidur.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti rutin yang biasa anda lakukan, semuanya boleh dimanfaatkan ke arah kecerdasan. Cuma harus ditekankan di sini, biarlah aktiviti untuk mengasah minda itu sesuai dengan peringkat usia dan kecenderungan serta minat si kecil juga. Jangan terlalu ‘memaksa’ anak anda hingga aktiviti bermain berubah menjadi seakan-akan kuliah pelajar universiti pula!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI