Rezeki sebenarnya ibu dapat menyusu anak. Selagi ada peluang itu, buatlah semaksimum mungkin kerana tak semua ibu berpeluang menyusukan bayi dalam tempoh masa sehingga 2 tahun.
Bagaimanapun yang menjadi persoalan ramai ibu menyusu adalah penyimpanan susu perahan tersebut. Ini kerana masih ramai yang ragu-ragu mengenai cara betul simpan susu dan risau akan memberi kesan pada anak apabila minum susu tersebut.
Bagi menjawab persoalan anda, Pembimbing Penyusuan, Puan Nor Azura Mohd Puad ada jawapannya.
5 soalan popular nak SIMPAN susu perahan
1.’Kalau saya pam susu ,kan ada susu kiri dan kanan, boleh campur tak?’
👉Sudah tentulah boleh ibu,tiada masalah susu payudara kanan dicampur dengan payudara kiri.
2.’Rumah saya ada satu peti je, macam mana nak simpan susu? Sebab ada makanan lain lagi macam ayam ikan?’
👉Boleh saja simpan dalam satu peti yang sama ibu..Jika risau akan bau makanan basah, boleh simpan makanan tersebut dalam bekas bertutup.
3.’Saya tengah kumpul stok susu. Tiap kali pam dapat dalam 1-2oz, macam mana nak simpan kuantiti macam ni ya? Sayang pula rasa.’
👉Ibu boleh campurkan susu tersebut bersama susu lain yang dalam tempoh 24 jam.
Maksudnya jika susu A diperah pada 1 Januari pada jam 10 pagi, dan susu B diperah pada 2 Januari jam 8 pagi, kedua susu ini boleh dicampurkan.
Syaratnya, kedua susu A dan B perlu disamakan suhu terlebih dahulu. Maksudnya selepas susu B dimasukkan beberapa jam ke dalam chiller dan mula sejuk, bolehlah dicampurkan keduanya.
*Tapi waktu perahan dan expired, perlu ikut waktu susu A.
4.’Susu yang dah pam betul ke perlu tunggu 3-5 hari baru pindah masuk freezer’
👉Lihat pada keperluan, jika ibu nak jadikan susu ini susu frozen, boleh saja terus masuk Freezer, tak perlu tunggu sampai 5 hari di chiller.
5.’Betul ke kena biar susu beberapa jam baru masukkan dalam chiller?’
👉Tak perlu, selesai sesi memerah boleh masukkan dalam chiller terus.
*kredit gambar: Google
Kredit: Nor Azura Mohd Puad
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)