Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Pakar Kongsikan 3 Jenis Sabar Ini Diperlukan Ibu Bapa Bila Dengan Anak...

Pakar Kongsikan 3 Jenis Sabar Ini Diperlukan Ibu Bapa Bila Dengan Anak Tanpa Tinggikan Suara

Ads

Bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini. Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.

Mempunyai kesabaran yang tinggi adalah idaman setiap ibu bapa, namun tak semua ibu bapa dapat bertahan dengan kesabaran yang mutlak.

Ada tiga jenis sabar yang diperlukan ibu bapa untuk memastikan kasih sayang, keharmonian dalam rumah tangga dan hubungan dengan anak sentiasa terpelihara seperti yang dikongsikan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar.

SABAR EMOSI
Sabar sebagai ibubapa selalu dikaitkan dengan keupayaan untuk menahan rasa marah.
Bersabar agar kita tidak mengamuk, tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak menghukum sehingga membawa kepada penderaan.

Anak meragam, anak menguji kesabaran, anak melawan, anak tidak mendengar kata, anak tidak hormat, anak meraung, anak sepahkan rumah, semua ini menjadi cabaran kepada emosi ibubapa. Sabar emosi ini penting untuk menjaga keharmonian dalam keluarga dan juga untuk memastikan kewarasan diri kita sendiri.

 

Ads

SABAR MENUNGGU HASIL
Walau apa saja yang kita usahakan dalam mendidik anak-anak ia tidak akan menunjukkan hasilnya dalam waktu yang singkat. Mendidik anak-anak adalah satu proses tarbiyah yang dimulai dengan asuhan, didikan dan bimbingan peringkat demi peringkat sehinggalah anak berupaya untuk melakukannya sendiri.

Didikan dan bimbingan ini jugalah yang akan menghasilkan ‘inner speech’ atau suara hati dalam diri anak yang akan menjadi motivasi dalaman supaya anak melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

Proses ini mengambil masa dan menuntut kesabaran ibubapa. Janganlah terlalu mengharapkan hasil yang tergesa-gesa sehingga memaksa anak di luar kemampuan dan kupayaan dirinya.

Ads

Pakar Kongsikan 3 Jenis Sabar Ini Diperlukan Ibu Bapa Bila Dengan Anak Tanpa Tinggikan Suara

SABAR BERUSAHA
Jika satu kaedah tidak bersesuaian dengan anak, berusahalah mencari dan mencuba kaedah yang lain pula. Jangan cepat berputus asa dan menyalahkan diri sendiri. Jangan juga menyalah anak semata-mata jika sesuatu usaha kita itu tidak berjaya. Setiap anak berbeza-beza sebagaimeana setiap keluarga berbeza-beza.

Ads

Bersabarlah dalam berusaha mencari jalan penyelesaian kepada apa saja cabaran yang kita hadapi dengan anak-anak.

Bersabar bukanlah bermaksud kita hanya berdiam diri menunggu keajaiban berlaku tanpa usaha.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI