Wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lambat bercakap.

Tidak hairanlah kita sering mendengar dialog seperti kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap. Namun adakah tanggapan ini benar? Sebenarnya jika diikutkan tidak semua budak lelaki dalam kategori tersebut.

Kebolehan anak bercakap mengikut usia bergantung kepada rangsangan yang diterima anak-anak sama ada daripada ibu bapa atau keadaan sekelilingnya. Inilah faktor utama.

Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.

Berdasarkan perkongsian dari Terapis Pertuturan, Nor Azizah Nordin dia ada memberi contoh mudah untuk tahu perkembangan anak sama ada lambat cakap atau tak.Terapis Kongsikan Cara Mudah Nak Tahu Anak Lambat Cakap Atau Tak. Ada Ciri Ini Kira Ok!

Mari kita tengok di mana anak-anak kita. Saya mudahkan untuk ibu bapa senang ingat
– ketika anak sambut birthday 1 tahun…. anak sepatutnya dah mula menyebut satu satu patah perkataan (nak, mama, ayah)
– sambut birthday 2 tahun – dua patah perkataan (nak kek)
– sambut birthday 3 tahun – tiga patah perkataan (nak makan kek)

Jadi kalau anak dah 2 tahun tapi masih tak ada perkataan atau baru sebut sepatah sepatah, kita sebagai ibu bapa kena lah alert…. ADAKAH ANAKKU LAMBAT BERCAKAP?

IKLAN

Jangan buat tak tahu dan kenalah mulakan “terapi” (pengajaran) untuk pastikan anak akan berkembang mengikut umurnya.

Terapis Kongsikan Cara Mudah Nak Tahu Anak Lambat Cakap Atau Tak. Ada Ciri Ini Kira Ok!

Macamana??? Ingat satu perkara “BELAJAR bagi kanak-kanak adalah BERMAIN”. Jadi, mainlah dengan anak-anak sambil bercakap.

Nak main apa???
Apa-apa permainan atau aktiviti yang disukai anak boleh dijadikan sesi pengajaran bahasa.

Terapis Kongsikan Cara Mudah Nak Tahu Anak Lambat Cakap Atau Tak. Ada Ciri Ini Kira Ok!

IKLAN

Apa yang saya nak “cakap” masa main tu??
1. komen tentang mainan (Wah, adik ada kereta merah. Kereta adik cantik)
2. komen tentang aktiviti (Adik letak kereta atas trek. Mak nak jalankan kereta)
3. buat ayat yang pendek dan mudah
4. berdrama sikit (dengan sound effect, nada suara tinggi rendah)
** elakkan tanya soalan

Terapis Kongsikan Cara Mudah Nak Tahu Anak Lambat Cakap Atau Tak. Ada Ciri Ini Kira Ok!

Saya sibuk… tak sempat main dengan anak. Macamana?? Aktiviti harian juga sesuai untuk mengajar anak bercakap. Masa mandi, masa makan, masa bawa anak shopping. Contohnya masa mandikan anak, ibu boleh cakap “adik mandi, seronoknya adik mandi. adik nak sabun tangan, sabun badan”

Sebenarnya, tiada alasan jika kita ingin berjaya. Kalau betul-betul buat, masalah yang susah boleh jadi senang dan mudah mendapat penyelesaiannya.

IKLAN

Sumber: Nor Azizah Nordin

Gambar Hiasan: instagram mawar karim

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI