Perasan tak anak-anak musim PKP ini anak jadi EXTRA aktif dan manja sangat? Bukannya kita tidak luangkan masa dengan dia. Malah boleh dikatakan hampir 24 jam depan mata dia.
Kenapa anak kita berkelakuan seperti ini, Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa ada jawapannya.
Tetap bergolek-golek dia. Tetap menangis-nangis dia. Sama jugalah dengan Maryam. Ada sekali tu merajuk dia bukan main. Saya sendiri terpinga-pinga. Kenapa anak saya makin manja ni?
Terus muhasabah diri mungkin aku yang tidak faham bahasa kasih sayang yang anak aku mahu. Saya pernah membaca buku Dr Gary Chapman “The Five Love Language”. Kita sebenarnya perlu tunjuk bahasa kasih sayang yang anak perlukan bukan sekadar beri perhatian dan cakap I Love You sahaja.
Ini adalah lima bahasa kasih sayang itu
1️⃣ Sentuhan Fizikal
Jika anak datang tiba-tiba itu mungkin anak hendakkan sentuhan kasih sayang yang warm dari ibunya. Tiba tiba datang nak sentuh muka ibu, nak baring di peha dan macam-macam ragam.
Itu tanda-tanda anak perlukan physical touch. Mereka ingin dipeluk dan dibelai juga. Tapi ingat ajar sekali kawasan tidak boleh disentuh jangan pula disentuh.
2️⃣ Memberi Hadiah
Ads
Ada anak sukakan suprised. Tidak semestinya benda itu perlu baru. Ada sekali itu saya goreng telur letak dalam wrapper pun Maryam happy sangat.
Masa itu mungkin dia mahu effort dia untuk tunggu mummy dia work from home dihargai.
Cuma hati-hati jangan galakkan atau janji hadiah yang kita tidak mampu beri pada anak kita.
3️⃣ Kata Kata Galakan
Ada anak suka sangat bila ibu ayah puji dia. Beri dia galakan dan motivasi dan pujian perlulah spesifik contohnya, ‘bagus abang sudah boleh buka botol sendiri’.
Elak beri kata-kata negatif pada effort anak. Selalu galakkan anak eksplorasi potensi diri mereka.
Ads
4️⃣ Khidmat Pertolongan
Anak bukan menyibuk kalau masa kita hendak mengemas. Masa itu juga dia nak buat sekali. Habis kadangkala bukan tolong tapi menyepah.
Ada anak mahukan perhatian dengan cara dia hendak buat sekali apa ibu ayah buat. Berilah anak peluang belajar untuk mereka juga sama-sama bantu kita!
5️⃣ Kualiti Masa bersama
Inilah paling sukar hendak diukur. Kita sudah luangkan 24 jam bersama. Sebenarnya anak tidak faham kenapa kita depan mata tidak luangkan masa dengan dia. Sibuk Work From Home.
Terangkan situasi secara konsisten dan masa bersama main nanti letak phone dan apa jua gajet tutup. Masa ini main betul-betul. Dapatkan eye Contact. Anak-anak ini rindu. Anak anak ini mahukan perhatian kita.
Ibu ayah kita perlu kenali bahasa kasih sayang mana yang anak paling kerap mahukan. Berikan pada mereka.
Ads
Pilihan bahasa kasih sayang ini berubah ikut keadaan. Musim PKP ini memang saya sendiri akui anak makin manja dan aktif. Boleh jadi juga pengalaman sensori yang selalu anak dapat di playschool tidak sama dengan di alam maya. Ibu ayah perlu banyakkan juga aktiviti bersifat sensori.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Kita sedia maklum semua kanak-kanak akan melalui satu fasa suka bertanya. Pelbagai pertanyaan boleh muncul sehingga boleh membuatkan kita sebagai ibu bapa hilang punca nak mencari jawapan.
Namun ada teknik untuk mengambil peluang dari sikap anak yang suka bertanya ini meneroka ilmu dengan lebih luas.
Semasa anak masih belum boleh bercakap
Teknik memupuk minat anak belajar semasa fasa ini ialah kita bertanya dan kita jawab sendiri soalan tu. Macam kita selalu cakap dengan peti ais tu kan.
Contohnya
“Tu apa ya?”
“Oo..ayam”
“Ayam makan apa tu”
“Ayam makan cacing”
Dari aktiviti santai ini sebenarnya anak akan banyak belajar kosa kata dan aktiviti yang berlalu di sekelilingnya.
Semasa anak sudah boleh bercakap
Pada masa ini anak mula suka bertanya apa sahaja yang dia nampak. Kita cuba layan pertanyaan anak sebaik mungkin. Jangan remehkan soalan anak dan menjawab dengan tidak acuh kerana kita sedang merugikan potensi anak yang sedang berkembang.
Cuba untuk ringkaskan jawapan kepada soalan anak dengan cara yang mudah difahami. Apabila kita sering memberi pelbagai input kepada anak, anak akan lebih mudah memahami pelbagai perkara yang berlaku di sekitar mereka.
Semasa anak sudah boleh berfikir
Hari demi hari, soalan anak akan semakin mencabar. Kita dapat merasakan anak sudah semakin mahir berfikir berdasarkan pengetahuan yang dia sudah ada. Jadi pada ketika ini kita boleh menukar teknik respon kepada soalan anak.
Setiap soalan anak yang sesuai untuk difikirkan jawapan, kita tanya kembali kepada anak.
Contoh
“Ibu, kenapa laut warna hitam waktu malam?”
“Adik rasa kenapa laut warna hitam waktu malam?”
“Sebab takda matahari kot”
Biasanya bila kita kembalikan soalan itu kepada anak, mereka sudah ada jawapan dalam kotak fikiran. Mereka bertanya sebab nak mengesahkan apa yang mereka tahu. Namun untuk melahirkan anak yang berfikiran kritis, kita perlu latih anak untuk mengeluarkan buah fikiran mereka.
Teknik ini sangat bagus kerana secara tidak langsung anak akan lebih seronok meneroka ilmu. Kita juga dapat menggunakan peluang itu untuk menambah pengetahuan anak dengan ilmu lain dan memuji kemampuan anak menjawab soalan.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan kelelahan ibubapa menjawab soalan demi soalan anak-anak yang berturut-turut hingga boleh membawa keputusan idea unutk memberi jawapan.
Walau peringkat mana pun anak kita, sentiasalah berusaha memberi respon yang terbaik kepada soalan anak. Kerana dengan respon yang baik akan menambahkan keseronokan anak mencari ilmu pengetahuan seterusnya membantu mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih baik.
Biasa kalau anak 1-3 tahun bila diberi pensel akan pegang sepenuhnya seperti tak mahu lepas. Apabila diberi kertas pasti anak mula menconteng tetapi teknik pegangannya tak macam kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas.
Jika anda perhatikan anak selesa pegang macam itu jangan risau. Selagi umur 3 tahun ke bawah ia masih dianggap normal. Cuma jika selepas 4 tahun anak masih tak boleh ubah kedudukan jarinya semasa memegang pensel, ibu bapa kena buat sesuatu.
Berikut antara perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol.
Palmar grip
Pegangan pensel yang biasa untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun. Ia normal.
Jika sudah lebih 3 tahun masih pegang begini, tandanya finger strength tidak mantap.
Finger strength tak kuat menyebabkan kanak-kanak menggunakan kekuatan tapak tangan (palm area) untuk memegang pensel.
Banyakkan aktiviti menggunakan jari-jemari seperti theraputty, play dough, main regang getah, tekan-tekan, gumpal-gumpal dan tenyeh-tenyeh untuk mantapkan finger strength.
Kalau anak sengaja buat perangai sebabnya dia nak perhatian. Lagi-lagi kalau umurnya masih kecil. Contohnya seperti ini:
“Perangai anak saya semakin menjadi-jadi bila dah ada adik”
“Semakin saya marah, semakin dia buat”
Kalau ada mak ayah yang ada masalah di atas, yang pertama perlu faham perkembangan emosi dan sosial anak yang sedang dalam fasa autonomi semasa umur 18 hingga 3 tahun. Semua benda nak buat sendiri, contohnya tengah makan bubur nak rampas sudu sebab nak makan sendiri.
Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi kalau kes diatas bukan dikira anak “buat perangai” ya tetapi anak “nak belajar” dan terpulang pada mak ayah nak mengatasinya macam mana mengikut kreativiti masing-masing.
“Anak buat perangai” ini adalah keadaan apabila:
Anak sengaja baling barang.
2. Tumpahkan air dengan sengaja.
3. Hantukkan kepala dekat dinding.
4. Koyakkan buku dengan sengaja.
Senang cerita, apa-apa perbuatan yang anak sengaja buat walaupun dah tau kesannya akan kena marah. Seolah-olah perbuatan anak mencabar mak ayah. Makin dimarah, makin seronok dia buat.
Kalau ada, maksudnya mak ayah kurang beri perhatian kepada anak sehinggakan anak “terpaksa” guna cara salah untuk menarik perhatian mak ayah. Anak rasa lebih disayangi dan diberi perhatian apabila buat jahat berbanding buat baik.
“Perhatian” yang dimaksudkan ini bukannya bermaksud jasad sahaja dengan anak tetapi mata dan otak dekat tempat lain seperti tv atau gadget. Beri perhatian adalah memberi sepenuh jasad, jiwa dan raga mak ayah kepada anak.
Anak buat perangai bukan salah anak, tapi salah mak ayah. Cuba tanya diri sendiri dan buat “Matematik Kasih Sayang” di bawah
Berapa jam sehari kita berikan anak perhatian dimana jasad, otak, jiwa dan raga 100% pada anak?
2. Kalau 10 kali tangan mak ayah ditarik oleh anak, berapa kali mak ayah menyahut panggilan anak untuk main sekali?
3. Berapa patah perkataan mak ayah cakap dengan anak dalam sehari?
4. Dalam sehari berapa kali anak diberi ciuman dan pelukan?
5. Cuba kira berapa lama dalam sehari mata mak ayah bertentang dengan anak?
6. Berapa kali mak ayah memuji/marah anak apabila anak berkelakuan baik/buruk?
Cuba kira kuantiti di atas tolak dengan kuantiti anak dapat perhatian bila “buat perangai”.
(Perhatian semasa anak berkelakuan baik) – (Perhatian semasa anak berkelakuan buruk) =? Kalau jawapan positif, tahniah.
Kalau negatif, maksudnya anak kurang perhatian dan mak ayah perlu perbaiki cara dan didikan dalam memberi kasih sayang kepada anak untuk mengelakkan masalah tingkah laku yang lebih serius di masa akan datang.
Manusia, tak kiralah dari bayi sampai dewasa memang memerlukan perhatian cuma keperluan perhatian kita lama-kelamaan akan bertukar ke perkara lain. Bagi anak bawah 3 tahun, sangat memerlukan perhatian mak ayah walaupun dah ada adik lain sewaktu ini.
Situasi anak buat perangai memang normal berlaku pada anak yang lewat bercakap juga kerana sukar meluahkan perasaan dan kemahuan. Hanya 1 sahaja tips saya untuk mengatasi masalah di atas:
Pulangkan 6 perkara yang sememangnya hak anak sejak dilahirkan ke dunia:
1. Komunikasi.
2. Pelukan dan ciuman.
3. Main bersama.
4. Bertentang mata.
5. Masa yang berkualiti.
6. Memuji apabila anak berkelakuan baik.
Saya pun tak terlepas dengan masalah di atas, tetapi setiap kali anak buat perangai saya akan tanya semula 6 soalan diatas serta muhasabah kesilapan sendiri dalam memberi perhatian kepada anak.
Semoga kita semua dapat menjadi mak ayah terbaik untuk anak-anak kita.
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...