Setiap kehamilan pastinya ibu akan mengharapkan bayi yang dikandung sihat sempurna. Sebab itu, apabila melakukan scan untuk melihat keadaan bayi dalam kandungan ibu mengharapkan semuanya normal.
Namun ada ketikanya apabila diberitahu mengenai kelainan dengan bayi yang dikandung, terus perasaan ibu jadi tak tentu arah dan risau. Bagaimanapun bagi ibu yang tengah hamil, apabila dapat keputusan selepas melakukan scan jangan terus fikir negatif.
Pakar O&G, Dr Anna Liza Roslani berikan secara terperinci apa sepatutnya ibu perlu buat bila dapat tahu ada kelainan pada bayi yang dikandung.
Saya sering menerima kunjungan daripada wanita hamil dalam keadaan emosi tertekan. Mereka telah menjalani pemeriksaan ‘detailed scan’ di klinik biasa (GP) dan telah diberitahu ada sesuatu yang tidak normal pada janin.
Tetapi apabila ditanya dengan lebih lanjut kepada sonographer yang melakukan pemeriksaan tersebut, mereka hanya diberitahu ‘Lebih baik puan dirujuk kepada Pakar O&G’.
Antara ‘kelainan’ yang dikesan oleh sonographer pada janin ialah:
Ads
1. ‘Choroid plexus cyst’ atau cyst di otak janin
2. ‘Cardiac echogenic foci’ iaitu tompokan putih di jantung janin
3. ‘Echogenic bowel’ iaitu usus yang kelihatan agak cerah/putih daripada biasa.
4. ‘Single umbilical artery’ iaitu terdapat hanya 2 salur darah di dalam tali pusat sedangkan biasanya ada 3 salur darah.
5. ‘Thickened Nuchal Fold’ (bukan thickened nuchal translucency!)
‘Kelainan-kelainan’ ini jika dikesan bersendirian (in isolation – tiada kelainan yang lain), lazimnya tidak bermaksud apa-apa. Janin adalah normal dan ‘kelainan’ tersebut boleh hilang sepenuhnya.
Tetapi…… kalau normal, kenapa pula sonographer rujuk kepada Pakar O&G?? Jarang-jarang, apabila satu ‘kelainan’ dikesan, ia berlaku bersama ‘kelainan’ yang lain. Jika sesuatu janin memiliki lebih daripada satu ‘kelainan’, barulah ada kemungkinan janin itu bermasalah.
Contohnya, jika sesuatu janin mengalami choroid plexus cyst, echogenic bowel, single umbilical artery, masalah jantung dan bibir sumbing (3 ‘kelainan’ dan 2 ketidaknormalan), janin berkemungkinan tinggi mengalami Edwards Syndrome.
Ads
Oleh itu, jika sonographer hanya mengesan satu ‘kelainan’, anda tidak perlu panik, menangis atau tidak tidur malam. Kemungkinan besar tiada masalah pada janin anda. Tetapi anda perlu untuk berjumpa dengan Pakar O&G untuk mengesahkan tiada kelainan atau masalah sampingan.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui bahawa Izara Aishah, pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi. Baru-baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya.
Usia kandungannya kini sudah mencecah usia lebih tujuh bulan dan pastinya Izara sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu. Dalam foto-foto yang dimuat naik itu, Izara nampak berseri-seri dan semakin cantik. Perutnya juga sudah kelihatan membesar menandakan dirinya yang menghitung hari untuk melahirkan zuriat pertama.
Sebelum ini, sekitar Februari yang lalu Izara pernah memaklumkan bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan dalam sebuah majlis ‘Baby Shower’ yang diadakan untuknya.
Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.
Izara dan Adib telah berkahwin pada 17 November 2017.
Sejak umumkan dirinya hamil, jarang dilihat Mira Filzah, pelakon popular yang diminati ramai ini memuat naik gambar. Namun baru-baru ini, dia ada berkongsi beberapa gambar dirinya yang sudah nampak baby bump.
Menerusi hantaran yang dibuat itu, Pelakon Drama Adellea Sofea kelihatan berseri disamping suami, Wan Emir Wan Astar mengenakan pakaian rona sedondon di sebuah majlis perkahwinan.
Sebelum itu, Mira turut membuat posting tentang dirinya yang tidak suka bergambar sepanjang kehamilannya ini.
To be honest, Mira sekarang dalam fasa tidak suka bergambar. Saya pun tak tahu lah kenapa. Sudah berbulan bulan. Ambil gambar utk kerja sahaja. Photo shoot untuk kerja semua tu okay lah. Maksud Mira, gambar gambar harian.
Hari hari biasa kalau keluar, siap lah cantik cantik mcm mana pun tak teringin nak ootd/selfie. Gambar baru pun tak banyak sekarang. Gambar travel haritu pun tak banyak! Balik Malaysia baru perasan gambar dua tiga kerat je.
Kadang kadang pujuk hati ni juga suruh rajin bergambar, nak maintain insight Instagram! Tapi tak menjadi juga. Sob sob. Ini pun pergi majlis orang, ada orang ambilkan, haa ada lah juga gambar utk Mira upload.
Siapa masa pregnant, tak suka bergambar? Adakah selepas bersalin, kita akan suka bergambar semula? Atau ambil gambar anak je?, tulisnya.
Di ruangan komen, selain teruja dan tak sabar untuk menanti kelahiran Baby Emir Amirah Junior, rata-ratanya turut mendoakan agar pelakon ini dilindungi selalu dan akan dipermudahkan segala urusan menimang cahaya mata pertama kelak.
Untuk rekod, Mira dan suaminya Emir melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 September 2020.
Usia kandungan Mira kini sudahpun memasuki fasa trimester ketiga, semoga semuanya dipermudahkan buat Mira dan bayi dalam kandungannya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidur adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan manusia. Apatah lagi jika anda sedang hamil. Tidak cukup tidur semasa hamil bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan ibu, bahkan juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Meskipun anda tidak pernah mengalami masalah tidur sebelum ini, namun jangan terkejut jika anda akan mengalaminya semasa kehamilan. Ini kerana perubahan tubuh dan hormon semasa hamil akan membuatkan anda tidak dapat tidur lena. Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk menambah waktu tidur malam mereka pada siang hari. Meridap atau tidur siang penting untuk membantu ibu hamil cukup rehat dan cukup tidur.
Namun, bagaimana pula keadaannya jika ibu hamil terlebih tidur? Ketahui kesan jika ibu kurang tidur dan terlebih tidur semasa kehamilan.
Kesan jika ibu hamil kurang tidur
Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah tidur semasa hamil. Wanita hamil yang tidak mendapat tidur secukupnya adalah berisiko mengalami keadaan kesihatan serius, malahan juga boleh merumitkan proses kelahiran anda. Terdapat kajian yang menunjukkan wanita hamil yang tidur kurang daripada enam jam pada waktu malam mengalami masa bersalin yang panjang serta cenderung melahirkan secara pembedahan caesarean.
Berikut adalah antara impak yang akan terjadi jika ibu tidak cukup tidur semasa kehamilan.
Menjejaskan kesihatan ibu hamil dan boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti hipertensi dan kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi).
Ibu mengalami apnea tidur dan berdengkur semasa tidur, yang mana boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
Ibu boleh mendapat preeklampsia yang bukan sahaja membahayakan ibu, tetapi juga bayi.
Tidur yang tidak lena semasa hamil boleh mengurangkan jumlah hormon tumbesaran yang dilepaskan untuk bayi. Ini boleh menjurus kepada masalah tumbesaran atau perkembangan pada bayi dalam kandungan.
Terdapat juga kajian lain menunjukkan bahawa tidur yang anda alami semasa trimester pertama boleh memberi kesan kepada kesihatan anda semasa trimester ketiga. Ibu hamil yang tidak mendapat cukup tidur (kurang daripada lima jam pada waktu malam) semasa trimester pertama adalah hampir 10 kali lebih cenderung untuk mendapat preeklampsia pada hujung kehamilan.
Kesan jika ibu terlebih tidur
Bukan sahaja kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi, malahan, ibu yang terlebih tidur juga boleh memberi kesan kepada kehamilannya. Tidur berlebihan, iaitu tidur melebihi 10 jam pada waktu malam, semasa trimester pertama juga boleh meningkatkan risiko mendapat preeklampsia. Malahan, risikonya adalah dua kali ganda.
Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk mendapat tidur yang cukup (tidak lebih dan tidak kurang) bagi memelihara kesihatan tubuhnya dan kandungan. Ibu juga disarankan untuk mendapatkan tidur siang antara 30 minit hingga 60 minit bagi menggantikan tidur yang tidak cukup pada malam hari. Pakar juga menyarankan supaya ibu hamil meluangkan masa sekurang-kurangnya 8 jam di atas katil pada setiap malam, supaya mereka boleh dapat paling kurang 7 jam waktu tidur malam.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.