Musim peperiksaan, terutama SPM, adalah masa yang penuh cabaran bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga ibu bapa.
Sebagai mak ayah, kita pasti risau tentang kesihatan dan prestasi anak-anak semasa menjawab soalan exam. Salah satu cara kita boleh membantu ialah dengan memastikan anak-anak mendapat pemakanan yang betul untuk menyokong kesihatan otak mereka.
Sama ada semasa peperiksaan biasa, SPM, A-Level, atau universiti, sekurang-kurangnya ada jenis makanan ini wajib ada dalam menu harian mereka. Makanan ini bukan sahaja membantu fungsi otak, malah mampu mengurangkan stres dan meningkatkan fokus mereka sepanjang tempoh persediaan dan menjawab peperiksaan.
Nak tahu apa menu yang wajib ada untuk anak semasa musim peperiksan, ikuti perkongsian Pakar Otak ini, DrRizal Abu Bakar
Musim exam dan SPM ni ada makanan yang sesuai untuk exam. Wajib mak ayah bagi kat anak.
Saya sendiri kalau anak anak ada exam sekurang kurangnya 5 makanan ni wajib dimakan.
Dia orang akan ambil sebelum dan selepas musim exam. Dari periksa biasa, SPM, A Level sampailah univ semua dah merasa.
Ada 5 makanan ni yang wajib mak ayah bagi untuk bantu otak anak.
1. Dark chocolate. Yang ni mesti 70% ke atas. Dark chocolate ada kandungan anti oksida tinggi. Flavonols dalamnya bantu tumbuhkan sel otak dalam hippocampus atau pusat memori.
Memori yang bagus bantu kemampuan beri jawapan lebih baik.
Flavonols juga naikkan aliran darah ke otak, level oksigen, dan fungsi saraf.
Dark chocolate juga keluarkan feel good hormon nama endorfin. Masa exam kan berdebar semacam. Siap jadi anxious dan stress. Jadi endorfin bantu redakan perasaan berdebar, takut dan risau tu.
Seperkara lagi yang bagus ialah dark chocolate ada tryptophan. Neurohormon penting untuk lahirkan serotonin – yang stabilkan mood kita.
Untuk mood yang lebih positif, dark chocolate juga keluarkan dopamine, hormon bahagia yang ramai dambakan.
Ramai tak tahu hormon stress macam kortisol ganggu proses berfikir. Kalau pelajar tengok soalan yang jawapannya dia tak belajar mesti gabra. Mesti cuak.
Dua rasa ni ganggu bahagian otak yang kita guna untuk fikir, belajar dan memori. Iaitu Prefrontal Cortex, Left Temporal Lobe dan Hippocampus iaitu pusat memori.
Kacaulah kan kalau jadi macam tu. Mujur dah ambil dark chocolate. Boleh kembali kawal emosi dan fikir.
2. Omega 3
Omega 3 dari sumber ikan dengan kandungan DHA dan EPA tinggi sangat penting. Lebih lebih lagi untuk otak. Cari yang minimum EPA 600mg ke atas dan DHA 250mg ke atas.
3. Buah atau sayur warna gelap kulit ata daunnya. Contohnya macam plum. Warnanya ungu pekat. Atau sayur brokoli, hijaunya lebih pekat.
Cara masak terserah ikut tekak dan selera anak anak. Bukan ikut tekak dan selera kita.
4. Kompleks Karbohidrat
Makanan tinggi karbo kompleks sangat baik untuk otak. Terutama dalam bantu proses berfikir. Nak kreatif, nak hasilkan idea, nak ketengahkan hujah perlukan kompleks karbo ni.
Ada orang ambil oat sebagai kompleks karbo. Tapi antara oat dan barley flakes, barley flakes lebih tinggi fibre.
Buah, beans macam kacang kuda adalah kompleks karbo. Sangat membantu. Masa rehat tunggu exam berikutnya, makanlah buah potong yang pelbagai warna.
Makan kacang kuda atau kekacang. Lebih baik makanan begini dari makan nasi. Ambil capati dari tepung Atta lebih baik dari roti canai yang dibuat dari tepung putih.
5. Protein
Protein paling murah dan senang ialah telur. Telur pun ada L Tyrosine yang bantu otak bahagian prefrontal cortex untuk fokus.
Telur pun ada choline. Choline akan tukar kepada acetylcholine ialah neurotransmitter penting untuk belajar dan memori. Dua perkara penting untuk pelajar.
Inilah 5 makanan yang saya bagi anak anak saya makan. Ada lagi yang lain. Yang ini pun cukup powerful untuk bantu anak anak.
Sebagai mak ayah yang risau anak tengah SPM, cuba bagi 5 makanan ni. Ini sumbangan anda di minit minit terakhir.
Cubalah ye. Selamat berjaya.
Sumber: DrRizal Abu Bakar