Keibubapaan

Pakar Otak Listkan Khasiat Keledek Ungu, Rupanya Ramai Tak Tahu

Share

Biasa makan keledek tak? Tentu ada yang pernah menikmati makanan ini bersama nenek atau ibu ayah di kampung.

Sebenarnya keledek ini banyak khasiat yang ramai tak tahu. Bukan calang-calang makanan kampung ini.

Rupanya telah terbukti mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Patutlah orang dulu-dulu suka makan keledek.

Keledek ungu salah satu keledek yang mempunyai banyak khasiat. Ikuti perkongsian pakar otak, DrRizal Abu Bakar ini dengan menyatakan kajian yang telah dilakukan kepada makanan superfood ini.

Nak bagitau KELEDEK UNGU adalah SUPER FOOD.

Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.  Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.

Vitamin A untuk apa?

 

Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.

Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.

Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU.

Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.

Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

 

Published by
Nor Yusoff