Kehilangan anak remaja, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, terus meruntun hati masyarakat. Terbaru, hasil keterangan seorang pakar patologi dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner mengesahkan bahawa punca kematian arwah bukanlah kerana terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak ketika berdiri di lokasi kejadian.
Keterangan Pakar Buka Mata Ramai Pihak
Menurut laporan Harian Metro, Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu, menjelaskan bahawa selepas meneliti rekod perubatan, imbasan CT, CTA dan juga pemeriksaan lokasi di asrama arwah, kecederaan yang dialami Zara Qairina tidak konsisten dengan jatuh biasa.
Pada 2 Ogos lalu, beliau membuat pemeriksaan di tempat kejadian. Ukuran jarak dari lantai ke rel besi paling atas di tingkat tiga ialah 118 sentimeter, manakala ketinggian arwah ialah 154 sentimeter. Perbezaan 36 sentimeter itu meletakkan rel lebih tinggi daripada pusat graviti arwah.
DR Hiu (kanan) yang menjadi saksi pertama prosiding inkues kematian Zara Qairina. FOTO Mohd Adam Arinin
“Dengan ukuran sebegini, adalah mustahil seseorang jatuh secara tidak sengaja hanya dengan berdiri di tepi. Untuk berada di atas tembok itu, kemungkinan besar mangsa perlu memanjat tembok konkrit dan melepasi rel besi berkenaan,” jelasnya ketika membaca kenyataan bertulis setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Ads
Prosiding Inkues Diteruskan
Prosiding inkues kematian Zara Qairina bermula pada 2 dan 3 September, sebelum bersambung semula pada 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September ini. Inkues ini diadakan untuk mencari punca sebenar kejadian yang meragut nyawa pelajar tingkatan satu itu.
Ads
Dr Jessie yang berkhidmat sejak tahun 1998 turut memaklumkan bahawa beliau mengendalikan purata 100 hingga 150 bedah siasat setahun, serta sering dipanggil sebagai saksi pakar di mahkamah.
Ads
Keluarga Tuntut Keadilan
Di sebalik fakta perubatan yang dibentangkan, jiwa seorang ibu yang kehilangan anak tetap tidak akan terubat. Bagi keluarga Zara Qairina, apa yang mereka harapkan hanyalah kebenaran dan keadilan untuk anak syurga mereka.
Kisah ini menjadi peringatan besar buat semua ibu bapa bahawa keselamatan anak bukan sahaja perlu dipantau, tetapi juga wajar dipertahankan sekiranya sesuatu yang tidak adil menimpa mereka.
Semoga roh Allahyarhamah Zara Qairina ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga terus tabah menempuh ujian berat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Indahnya alam rumah tangga bila suami atau isteri, sama-sama berusaha untuk cuba menghargai dan membahagiakan pasangan. Bukan isteri sahaja bahkan suami pun perlu berusaha lebih untuk bahagiakan isteri.
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup berumah tangga. Katanya kekayaan yang kita miliki bukanlah kerana banyak duit atau harta dunia tetapi kaya sebenarnya bila melalui hidup ini dengan cinta pada pasangan. Cinta kerana Allah.
Jadi hargailah suami atau isteri yang sentiasa setia dengan kita. Bersyukurlah kerana kita diberikan Allah rasa cinta pada pasangan. Hargai dan tunjukkan rasa cinta dan sayang pada mereka sebaiknya kerana Allah SWT.
Bestnya nikmat Allah. Terima kasih Allah. Terima kaseh @paramountcoffeehouse hadiahkan saya honeymoon dengan bidadari dan juga anak-anak di bilik cantik ini. Hari-hari pengantin baru. Honeymoon sepanjang tahun. Menangis happy bidadari saya.
“Abang nanti dalam syurga dapat lagi ke bilik macam ni sebab dalam dunia dah dapat macam-macam nikmat.”
Syurga juta-juta kali lebih cantik dari ini semua bidadariku sayang. Tiadalah kecantikan sebenar melainkan kecantikan akhirat.
Bidadari abang juta kali lagi cantik dan indah dari semua ini. Sekali-sekala dalam hidup ini dapat melayan bidadari jadi bidadari.
Penat sangat kerja seorang isteri. Seorang mak. Mereka perlu masa nak berehat. Waktu nak solat.
Kaya bukanlah memiliki duit banyak atau harta sebanyak dunia. Tetapi kaya sebenarnya bila melalui hidup ini dengam cinta. Cinta kerana Allah. Bukan sahaja satu rumah. Satu katil. Satu keluarga. Tapi satu hati. Satu jiwa dan saling menghargai satu sama lain kerana Allah. Alang-alang bercinta biar sampai syurga.
Selepas viral gara-gara menumpahkan pewarna kuku di sebuah butik pakaian, anak perempuan Tomok, Khadijah mula mencuri tumpuan ramai.
Ada sahaja aksi comel Khadijah yang mesra dipanggil Dadija dikongsikan oleh ibu dan ayahnya di media sosial.
Terbaru aksi comel Khadijah yang turut muncul bersama video Tomok ketika sesi latihan di rumah menarik perhatian ramai.
“Dia pun nak practice dengan ayah,” tulis Tomok menerusi kapsyennya.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya Dadija yang begitu bersahaja namun cukup bersungguh ketika menyanyi bersama ayahnya.
Tidak mahu kalah, malah anak kecil yang menjadi penyeri keluarga Tomok itu turut menyanyi bersama ayahnya.
Walaupun hanya menyambung lirik di hujung-hujung nyanyian ayahnya, namun gaya Khadijah sememangnya mencuit hati ramai.
Bukan sahaja penuh perasaan namun Khadijah juga cukup berkeyakinan ketika turut menyanyi sehingga ada ketikanya menutup mata kerana terlalu menghayati. Memang terbaik!
Rata-rata peminat Tomok turut meninggalkan pelbagai komen melihat reaksi comel Khadijah. Ramai yang menyifatkan Khadijah anak yang cukup yakin dengan diri dan menjadi penghibur mereka sekeluarga. Memang comel.
Bayangkan… baru nak bancuh kopi pagi, tiba-tiba terbaca satu berita bilik guru dan pejabat sekolah terbakar! Hati ibu mana yang tak cuak bila dengar berita macam ni?
Bangunan yang menempatkan bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau di sini terbakar.
Itulah yang berlaku semalam dekat SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka. Awal pagi, sebelum loceng sekolah berbunyi, api dah ‘menjilat’ hampir 80% bangunan bilik guru. Nasib baik semua pelajar selamat. Kalau tidak… tak tergambar kita sebagai mak ayah ni.
😰 Tak Boleh Bayang Kalau Anak Ada Masa Tu…
Cuba tanya diri kita: Anak kita ni, tahu tak nak buat apa kalau tiba-tiba ada kebakaran? Tahu ke jalan keluar? Tahu ke mana nak lari? Atau panik, terus diam membatu?
Selama ni kita fikir sekolah tempat paling selamat. Tapi realitinya, kes kebakaran di sekolah makin kerap berlaku. Dan ya, bukan semua sekolah ada latihan kebakaran yang konsisten.
🔍 Tiga Soalan Ibu Bapa Patut Tanya Hari Ini:
Sekolah anak saya ada tak sistem keselamatan yang lengkap?
– Penggera asap? Alat pemadam api? CCTV?
Pihak sekolah buat latihan kecemasan tak?
– Anak tahu ke cara selamatkan diri?
Kalau jadi apa-apa, siapa akan hubungi saya dulu?
– Ada sistem kecemasan ke, atau ibu bapa dapat tahu dari media?
💡 Apa Kita Boleh Buat (Sebagai Mak Ayah yang Prihatin)
📞 Call sekolah tanya sendiri. Jangan malu. Kita bukan menyibuk, kita peduli.
👧 Ajar anak tentang keselamatan asas. Macam mana nak keluar bila ada asap. Apa nak buat kalau kawan panik.
🤝 Join PIBG & suarakan isu keselamatan. Kadang-kadang sekolah tak cukup bajet. Suara ibu bapa boleh bantu.
💬 Sebab Anak Kita Bukan Mainan. Nyawa Mereka Amanah.
Insiden SMK Dang Anum tu… mungkin boleh jadi penggera untuk kita. Bukan nak takutkan, tapi nak sedarkan.
Kita tak boleh tunggu sampai tragedi jadi depan mata. Sekaranglah masa paling tepat untuk kita ambil tahu, ambil berat, dan ambil tindakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.