Keibubapaan

Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa, Kalau Marah Anak, Ada Pantang Larang Elak Buat

Share

Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa, Kalau Marah Anak, Ada Pantang Larang Elak Buat

Ada masanya ibu bapa tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak-anak. Sesetengah ibu bapa ada yang suka pendekatan bertegas, santai, tinggi disiplin atau terbiasa guna kata-kata kasar.

Mungkin dari sudut pandangan peribadi ibu bapa, mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa didikan sedemikian dipilih untuk membesarkan anak-anak. Walaupun banyak perkongsian daripada pakar keibubapaan dan psikologi yang boleh dijadikan iktibar, namun berapa ramai di antara kita yang mampu mengambilnya secara positif?

Kredit foto: Pexels

Apapun, dalam mendidik, masih ada garis panduan yang perlu ibu bapa ambil kira. Ia perlu dijadikan asas supaya didikan yang diterap tidak merosakkan masa depan anak-anak. Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria, ada pantang larang yang perlu dielakkan bila berdepan emosi marah dengan anak agar tak meninggalkan ‘parut’ dalam diri mereka.

10 Pantang Larang Bila Marah Anak

Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ini:

1. Pukul sampai berbekas
2. Kurung dalam bilik
3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain
4. Banding dengan kawan baik dia
5. Silent treatment tanpa explain/closure
6. Ugut sayang anak lain sahaja
7. Tinggal di tempat gelap
8. Rekod anak menangis dan malukan dia
9. Kata anak ni “menyusahkan”
10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat

Kredit foto: Pexels

Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma sebegini.

Kebanyakan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak itu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:

*trauma sendiri yang tak selesai
*penat
*burnout
*projection (marah pada orang lain tapi project pada anak)

Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.

Kredit: Dr Rozanizam Zakaria

Kredit top image: master1305 by Freepik

 

 

 

 

 

Published by
Has