Pakej FPP, Layanan ‘First Class’ Bersalin Pada Harga Murah, Setanding Hospital Swasta

Share

Pasti ada ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin teringin untuk melahirkan anak dalam keadaan selesa. Yelah dalam tempoh ini, ibaratnya ibu sedang bertarung nyawa. Cuma untuk bersalin di hospital swasta kosnya agak tinggi. Bergantung juga kepada kes ibu itu sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan.

Bagi anda yang belum tahu lagi kewujudan Pakej Full Paying Patient (FPP) di hospital kerajaan, ia adalah perkhidmatan yang setaraf seperti di hospital swasta ketika anda ingin melalui proses bersalin ini.

Bagaimanapun, bagi ibu yang berminat dengan pakej ini, anda perlu membuat pemeriksaan di hospital yang anda pilih untuk pastikan ada rekod awal. Selepas itu, boleh pilih doktor pakar untuk menyambut bayi anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini, pengalaman Puan Azwa Ahmad yang bersalin menggunakan pakej ini dikongsikan dengan cukup lengkap.

REVIEW PAKEJ FPP 

Alhamdulillah, telah selamat bersalin baby ke-3. Ada sedikit kelapangan untuk saya share dengan rakan-rakan semua tentang pakej bersalin Full Paying Patient (FPP) yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Bacalah dengan lapang dada kerana niat saya hanya untuk berkongsi memandangkan ramai di kalangan rakan2 saya tidak tahu tentang kewujudan pakej ini. Dan rasanya posting kali ini agak panjang kerana saya akan ceritakan dengan detail sebagai rujukan untuk ibu2 yang bakal bersalin nanti.

Bilik yang menjadi tempat menginap selama 4 hari 3 malam

Ok, ceritanya begini. Dua anak sebelum ini saya bersalin di hospital swasta memandangkan pihak syarikat saya bekerja dulu menanggung sebahagian kos hospital. Jadi kali ini bilamana saya sudah tidak bekerja dan semuanya sendiri, maka saya mula survey kos bersalin di hospital swasta dan harga boleh cecah antra 5k-7k walaupun bersalin normal.

Jadi saya decide untuk bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP. Kenapa saya pilih FPP? Di bawah adalah jawapannya.

1. Doktor pakar boleh pilih

Ini yang menjadi keutamaan saya dan suami apabila kami decide untuk pilih pakej FPP. Saya lebih selesa untuk bersalin dengan doctor wanita. Betul, jika direzekikan dapat doctor wanita, tak ambil pakej pun boleh. Tapi ini adalah sebahagian drpd ikhtiar kami untuk bersalin dgn doctor wanita dan beliau adalah pakar. Jika bersalin bukan FPP, doctor yang sambut adalah doctor biasa dan bukan pakar. Jadi nilai yang kita bayar adalah nilai kepakaran yang beliau miliki. Alhamdulillah Putrajaya mempunyai doctor pakar wanita. Jadi sepanjang check up dan bersalin, saya di bawah pemantauan Dr Hamidah ( tak semua hospital yang ada FPP ada doctor pakar wanita ya)

2. Suami boleh teman

Ini juga yang menjadi impian setiap wanita yang bersalin. Suami boleh teman sepanjang di wad dan LR. Memandangkan saya bersalin secara induce, ( 2 malam bermalam sebelum bersalin) jadi suami sentiasa menemani saya. Untuk pakej FPP, bilik yang disediakan adalah single dan double. Alhamdulillah direzekikan bilik single, ianya sgt memberi privacy sepanjang berada di ward.

ARTIKEL MENARIK [Bersalin Ni Ada Fasa-Fasa Sakit Yang Suami Tak Tahu, Fasa 4 Tu Ibarat Hidup & Mati]

3. Kemudahan yang selesa

Untuk pakej FPP, semua pesakit ditempatkan di ward 5A. Keadaan ward ini amat tenang, tidak ramai pesakit dan suasananya berlainan sekali dengan ward biasa. Untuk info, Putrajaya hanya mempunyai kelas pertama sahaja bagi ward biasa, cuma keadaan di 5A lebih selesa.

Bilik pula disediakan TV , peti sejuk, sofa/katil untuk peneman, dan nurse yang sgt2 membantu sepanjang saya berada di sana.

Dan daripada pemerhatian saya, tiada doktor pelatih atau nurse pelatih yang akan mengendalikan kita sepanjang di ward tersebut. Kesemua nurse adalah berpengalaman dan doktor yang melawat setiap pagi juga adalah doctor pakar.

Keadaan bilik yang luas dan selesa

4. Kos lebih murah

Bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP kosnya 50% lebih murah berbanding di swasta. Sewaktu pendaftaran masuk ke hospital untuk bersalin, pesakit dikenakan deposit RM3000. Jika bil hospital kurang daripada 3k, pihak hospital akan refund semula semasa discharge nanti.

Jika lebih, pesakit perlu tambah bayaran Sebagai cth, jika pesakit warded selama 6 hari, pada hari ke4 bil hospital mencecah 3k, pesakit perlu membuat pembayaran segera jika masih ingin menikmati semua kemudahan pakej FPP.

Dan bagi kes saya, walaupun anak& mak ditahan satu hari akibat kuning, kosnya masih tidak melebihi nilai deposit dan dapat refund sewaktu discaj.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Amalkan Makan Bayam & Buah Oren Dalam Pantang, Antara Tip Kempiskan Perut Lepas Bersalin Mama Boleh Cuba]

Ok, bagaimana jika anda berminat dengan pakej ini?

Buat temujanji awal. saya cadangkan, pada usia kandungan 3-4 bulan anda boleh walk in ke hospital. bagitahu nak booking utk pakej FPP. Macam di Putrajaya, doctor yang sy pilih ini jadualnya telah penuh drpd feb- jun 2020. Jadi kalau nk pakej FPP, perlu booking awal dan sekurang-kurangnya 3x check up di hospital tersebut. Dan setiap kali check up kos di antara RM100-200…

Dan untuk info, tidak semua hospital mempunyai pakej FPP. Antara hospital yang ada

Hospital Selayang
Hospital Sg Buloh
Hospital Ampang
Hospital Serdang
Hospital Pulau Pinang
Hospital Sultanah Aminah
Hospital Sultan Ismail

Tapi kena tanya juga ya sebab tak semua hospital ada doctor pakar wanita..

Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya pada sesiapa yang sedang survey hospital untuk bersalin nanti.

Kredit: Azwa Ahmad

BACA ARTIKEL NI [Anak Lelaki Kita, Dah Besar Tetap Nak Manja, Layanlah. Itu Buat Dia Makin Rapat]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy