Percutian sekeluarga ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki 10 orang ahli keluarga hilang kawalan sebelum terbabas sehingga meragut n 7 nyawa. Hanya 3 orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Namun yang meruntun hati semua apabila anak sulung mangsa yang sedang di rawat di zon kuning bertanya tentang ibu bapanya.
Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
Mohd Zakri berkata, dia tidak tergamak untuk memberitahu apa yang berlaku kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang kehilangan ibu bapanya iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, selain adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
“Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, menceritakan keadaan anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tujuh sekeluarga maut di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, di samping ibunya, Fatimah Mat Isa, 68. Selain itu anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3, turut maut dalam nahas itu.
Mohd Zakri berkata, kira-kira 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri terjaga sambil bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.
“Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?” Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, hari ini.
Ads
Haziq bersama ayah dan adi
Katanya, kejadian berlaku ketika dua sekeluarga itu yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands. Dia berkata, dua keluarga itu sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong dan selain bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian, mereka sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu.
“Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang arwah Mohd Zairul dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
“Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa,” katanya.
Mohd Zakri berkata, sementara ibunya, Fatimah yang turut maut dalam kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh selain daripada sempat tidur bersama cucu-cucunya di rumahnya serta rumah abang ketika menyambut Aidiladha lalu.
“Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakangan ini. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.
Ads
Dia berkata, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan disemadikan dalam satu liang lahad.
Muhammad Haziq Zikri yang terselamat patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.
PUNCA KEMALANGAN
Mangsa sekeluarga yang menaiki Perodua Alza dipandu Mohd Zairul sebenarnya dalam perjalanan dari Cameron Highlands selepas pulang bercuti menghala ke Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.
Ads
Kereta berkenaan seterusnya memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan treler itu yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.
Perodua Alza terbabit kemudiannya terbalik yang menyebabkan kesemua tujuh mangsa maut serta tiga lagi yang cedera parah terperangkap di dalamnya.
Pemandu treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang kepada Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, ketika ditemui di Unit Forensik HRPB berkata, ketika kejadian berlaku ketika semua 10 mangsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.
Katanya, dia dengan Hazliza adalah sepupu yang mana semua mangsa yang menaiki Perodua Alza terbabit berasal dari Serdang, Kedah yang membabitkan dua kampung berbeza.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi, bila kahwin nanti duduk dapur juga. Ini antara ungkapan yang sering disebut oleh orang dulu-dulu dan sekarang pula apabila isteri duduk rumah ada yang bagi tanggapan negatif.
Wanita sekarang ni walaupun duduk rumah ada juga yang buat bisnes online sambil jaga anak. Tak semestinya yang bergelar suri rumah itu hanya goyang kaki saja di rumah. Kerja mereka pun tak pernah habis mula dari celik mata hinggalah nak tidur.
Sebuah perkongsian di Facebook tentang perkara ini yang dikongsikan oleh suami, Muhammad Hassan mengenai tanggapan orang bila isteri belajar tinggi tak kerja.
“Tak kerja ke? Rugi juga tu ada ijazah tak kerja” Inilah soalan yang selalu ditanya kepada isteri saya sekiranya saudara mara jauh datang singgah rumah kami.
Tadi pergi pasar kena lagi. Tiba tiba ada makcik saudara sebelah nenek isteri tanya soalan yang sama. Dahlah soalan pertama. Sepatutnya tanyalah khabar ke,berapa orang anak,mana suami. Ini soalan pertama pun dah macam nak perangkap.
Dan biasalah jika jawab tak kerja,nanti mereka akan bandingkan dengan anak anak perempuan mereka yang ada kerjaya.
Mujurlah isteri saya jawab soalan satu persatu dengan tenang.
Jawab isteri saya. Sekarang buat bisnes keropok,serunding dan perniagaan online. Jual kat facebook je makcik.
Tapi biasalah soalan demi soalan kau akan terima. Meniaga ni untung ke.. kenapa tak kerja pejabat je.. sayang la ijazah tu tak guna cari kerja.. ?. Soalan soalan ini jika tak sabar memang boleh jadi naga kat depan orang ramai ni. ?
Tapi isteri saya ni jenis perempuan melayu terakhir. Setiap soalan tu dijawab dengan baik dan lemah lembut.
Dan sangkaan saya tepat,makcik itu mula menceritakan tentang anak anaknya. Anak makcik kerja belaka. Sorang kat putrajaya,sorang kat HKL,sorang lagi kat sabah. Yang tak tahan tu berserta jawatan apa yang disandang oleh anak dia. Haaaa sangka buruk saya tepat walaupun saya membisu dari awal perbualan mereka tadi. Jahat juga saya ya. ?
Dan perbualan isteri berakhir apabila makcik tersebut berhasrat mahu datang ke rumah kami. Ah sudah… apa lagi dia nak sembang kat rumah kami nanti. ?.
Tapi belum selesai lagi babak ini. Isteri menunjukan wajah yang kecewa ketika dalam perjalanan pulang. Saya kata sabarlah,jawapan awak tu mantap dah.
Isteri membalas. Tapi awak. Kenapa ada je soalan begini dari makcik makcik terutama saudara mara kita sendiri. Saya jawab. Sebelum wujud makcik makcik bawang di media sosial,yang tanya awak tadi tu,itulah antara maha guru persatuan makcik makcik bawang semalaysia. ??. Saya melawak untuk hiburkan isteri.
Saya kata takpa jawab je baik baik jika ada yang bertanya,mungkin itu cara mereka untuk mulakan bicara. Dan mungkin juga ada diantara mereka ini tersepit dek kerana banyak keperluan dan nafkah mereka diabaikan oleh suamai yang tidak bertanggungjawab,sebab itu mereka taknak terjadi kepada para isteri sekarang.
Kerja atau tidak seseorang isteri itu bukan ukuran kemuliaan isteri disisi Allah. Mulianya seorang isteri ini apabila dia Taat Allah Taat Rasul dan Taat Suami dalam perkara hak. Dan Allah janji bagi isteri solehah pilihlah syurga yang mereka mahukan.
Para isteri diluar sana yang bergelar suri rumah,saya tahu anda mungkin rasa down apabila ada soalan bidaah ini dilontarkan.
Tapi saya ada satu idea ?. Jika makcik makcik bawang tanya balik raya nanti jawab begini.
Oh kerja,bahagian oil&gas ?, bahagian pengurusan dan juga perakaunan,kadang kadang terlibat juga dalam pengurusan kesihatan bahan bahan mentah. Penat jugalah kana stanby 24jam,maklumlah makcik staffnya tak duduk diam. Gaji tu bolehlah ribu ribu jugalah. Itu pun jika bos ok dapat juga la hadiah gelang emas hujung tahun.
Konpom lepas ini makcik bawang tak tanya lagi kau soalan bidaah . ???
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala. Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:
Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum. KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.
Kredit Foto: Bernama
Sekatan jalan raya mulai Rabu
Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.
Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.
Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
Kredit Foto: Bernama & Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.