Keibubapaan

Paksa Bayi 3 Bulan Duduk Terlalu Awal, Ini Bahayanya Yang Mak Ayah Kena Tahu!

Share

Seronoknya melihat anak kecil kita semakin cepat membesar. Namun memaksa bayi berusia tiga bulan untuk berada dalam posisi duduk sebenarnya tidak wajar dilakukan.

Pun begitu, semuanya bergantung kepada bayi itu sendiri. Kebiasaannya pada sekitar usia 3-5 bulan, bayi mungkin sudah dapat duduk dengan bantuan dan akan jatuh jika tiada sokongan sekitarnya seperti bantal atau tangan.

Pada usia empat bulan, bayi akan mula menunjukkan minat untuk duduk sambil mengangkat kepala dan bahu ketika dibaringkan secara terlentang.

Menjelang usia 5 bulan, kebanyakan bayi belajar cara meletakkan tangan ke hadapan dengan menghulurkan lengan untuk menahan diri – seperti kedudukan ‘tripod’.

Bayi biasanya dapat duduk dengan sendiri pada lingkungan usia 6-7 bulan. Sebelum itu, mereka perlu mempunyai kemahiran untuk menyokong bahagian kepala bagi mengelakkan daripada tergolek.

Ganggu perkembangan semula jadi bayi

Bayi duduk terlalu awal mungkin akan mengganggu proses perkembangan semula jadi kemahiran mereka – yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan pada kemudian hari nanti.

Sebagai contoh, bayi yang dapat duduk lebih awal biasanya akan kurang melakukan tummy time.

Keadaan ini sekali gus bermakna mereka akan jarang melakukan pergerakan dan latihan pengukuhan.

Ini juga menyebabkan mereka kurang peluang untuk membangunkan refleks penting bagi membolehkan bayi merangkak, merayap dan duduk dengan selamat serta mengekalkan postur tegak yang kuat tanpa terjatuh atau terhantuk kepala.

Bolehkah bayi 3 bulan didudukkan? Sebenarnya seperti yang dinyatakan pada awal tadi, si kecil harus dan mesti dapat menguasai kawalan kepala. Mereka juga harus boleh melaraskan kedudukan kepala secara automatik sebagai tindak balas kepada pergerakan yang dilakukan.

Ini penting dalam menggalakkan perkembangan keseimbangan yang sihat, kawalan otot mata lancar dan perkembangan persepsi visual.

Seperkara yang perlu anda ketahui, kawalan kepala akan dapat diperolehi dengan lebih cepat ketika bayi dalam kedudukan perut (tummy time) berbanding kedudukan lain.

Penggunaan kerusi bayi seperti Bumbo seat atau walker harus dielakkan kerana ia memaksa bayi di bawah usia 6 bulan untuk berada dalam posisi duduk serta menjejaskan peluang mengembangkan otot yang diperlukan untuk merangkak.

Jadi bolehkah bayi 3 bulan didudukkan? Sebaiknya anda tunggu sehingga si kecil berusia 4 bulan sebelum cuba mendudukkan mereka kerana bayi biasanya akan mula duduk dengan bantuan sekitar usia 4-6 bulan.

Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Hellodoktor. com

Published by
SRM