Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas, Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat, Beri Anak Masa!

Share

Mendidik anak kecil berpuasa sememangnya perlu namun berikanlah anak kita masa untuk mereka benar-benar bersedia. Ada kalanya, dek kerana rasa takut, anak mula bersetuju untuk berpuasa walhal anak masih belum bersedia.

Jangan biarkan anak kecil kita dilanda perasaan semacam ini. Jangan paksa anak puasa jika anak belum benar-benar bersedia. Percayalah sampai waktunya mereka akan berpuasa dengan bimbingan kita tetapi bukan paksaan.

Perkongsian Doktor Khairul Faizie ini banyak benarnya. Anak lemah dan mengadu sakit perut sehingga terpaksa di bawa ke klinik sepatutnya tidak patut berlaku. Kasihankanlah mereka. Kita yang dewasa pun dibolehkan berbuka jika sakit, inikan pula anak-anak kecil kita.


Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2, 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5 (aku lupa ). Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah ( itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik, dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.

Beginilah..
Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini:

“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure. Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.

 

Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?

Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat.

Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul ( DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat. “

Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH. Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?

Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.

Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat.

Datuk Seri Hassan Din berkata juga:

” Kalau anak kita dah biasa dengan solat ( jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya”

Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.

Artikel berkaitan: Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa, Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM