Apa menu yang ada pilih untuk anak-anak ke sekolah setiap pagi? Masak nasi lemak, pasta atau roti dan bijiran sahaja untuk anak?
Semua ini selalu buat ibu buntu memikirkan yang terbaik untuk anak. Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sarapan waktu pagi anak perlulah berkhasiat dan kaya nutrisi supaya anak tidak mengantuk dan boleh fokus belajar.
Apa resipi dan menu-menunya? Jom ikuti perkongsian beliau.
Kita ibu ni, kadang buntu nak fikir makanan apa lagi nak bagi pada anak waktu pagi. Ada 5 contoh breakfast ni, korang boleh cuba buat. Mana tahu anak suka.
Masalah kita mak-mak, penat fikir menu apa nak masak kan. Nak bagi yang berkhasiat, yang sihat, yang padat dengan nutrisi, nak cari yang kena dengan selera anak lagi.
5 resepi yang saya share ni, semua yang padat dengan protein dan lemak baik. Sesuai ambil waktu pagi sebelum anak ke sekolah, supaya anak tak mengantuk dan boleh fokus masa belajar.
Ads
1. Scrambled eggs
Masak dengan minyak sapi, tambah secubit lada hitam dan secubit garam.
Nak tambah daging cincang atau ayam cincang pun sedap, letak sedikit capsicum.
2. Bergedil ayam
Kisar isi ayam, sedikit carrot, sedikit keledek atau nasi. Tambah lada hitam, garam dan daun sup cincang.
Bulatkan, salut dengan telur dan terus goreng.
3. Keropok lekor homemade
Kisar isi ikan dengan garam dan ais, tambah sedikit tepung ubi.
Gaul sebati, bentukkan dan kukus sekejap. Kemudian terus goreng.
4. Sosej daging homemade
Daging kisar, bawang putih, bawang merah, lada putih, garam dan herbs.
Bentukkan atau letak dalam sosej mould, dan kukus sekejap. Kemudian masak atas pan.
Ads
5. Cucur daging brokoli
Daging kisar dicampur dengan cheese, telur dan brokoli hiris. Leperkan dan masak atas pan.
Semua resepi ni, resepi padat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh anak. Anak perlukan protein dan lemak yang tinggi, untuk pertumbuhan badan yang sihat dan fungsi sel yang lebih teratur.
Buat sendiri di rumah, masak sendiri di rumah, dengan bahan ramuan yang lebih baik. Tambah sekali buah-buahan untuk anak makan waktu breakfast.
Sebelum ke sekolah, bagi juga minyak zaitun dan minyak kelapa, bantu anak fokus masa belajar.
Kita usaha sama-sama ya.
Ads
Jadi ibu versi lebih baik setiap hari buat anak dan keluarga.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Uyaina Arshad abadikan ‘baby hand-foot print’ untuk anak kedua, “saya dapat simpan memori ini sepanjang hayat.” Berbagai-bagai cara untuk kita mencipta kenangan bersama insan tersayang agar dapat dikenang sepanjang hayat.
Uyaina Arshad Abadikan ‘Baby Hand-Foot Print’ Untuk Anak Kedua
“Saya Dapat Simpan Memori Ini Sepanjang Hayat”
Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Uyaina di laman Instagramnya, ternyata Uyaina begitu teruja dengan ‘aktiviti’ pertama buat anak keduanya.
“Kerana anak-anak terlalu cepat membesar..
Membuat cetakan kaki tangan ini sangat menyeronokkan (walaupun tidak kemas)
Dan bahagian yang terbaik? Saya dapat menyimpan memori ini sepanjang hayat.
Kenangan untuk hari tua,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.
Perkongsian Uyaina mendapat banyak reaksi daripada rakan artis dan juga warga maya. Ramai yang meninggalkan komen bahawa turut teruja dengan apa yang dilakukan oleh Uyaina sebagai cara untuk mencipta kenangan bersama anak tersayang.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Mia Ahmad kongsi wajah anak ke empat, Sayf Ibrahim nama diberi. Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keempat yang merupakan bayi lelaki pada Mei lalu.
Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi merupakan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi.
Mia Ahmad Kongsi Wajah Anak Ke Empat, Sayf Ibrahim Nama Diberi
Dalam satu hantaran dilaman Instagramnya, Mia Ahmad berkongsi wajah anak ke empatnya itu.
“Dengan izin Allah SWT, kami teruja untuk mengumumkan bayi ke-4 kami, Sayf Ibrahim Bin Mohd Izham Tarmizi,” – tulis Mia di ruangan kapsyen.
Perkongsian Mia mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen warga maya:
Untuk rekod Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Sebelum ini Mia dan suami telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.
Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak-anak tidak menjadi. Dek kerana sikap ibu bapa maka anak-anak tidak mahu mendengar kata, degil dan sebagainya.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi
Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh tauladan dari ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak Bagaimanapun setelah ada usaha bimbingan dari ibu bapa tetapi anak-anak masih berkelakuan tidak baik maka ia merupakan ujian terhadap ibu bapa atau Allah SWT ingin memberi kebaikan dan ganjaran pahala kepada mereka.
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” Surah Luqman (17)
Benar Atau Sekadar ‘Cakap Kosong’
Dalam ayat ini Allah SWT menceritakan perihal Luqman seorang hamba Allah yang soleh yang menasihatkan anaknya, agar menjauhi perbuatan syirik, mengerjakan amal-amal soleh serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Allah SWT memberi peringatan dengan jelas kepada orang-orang beriman agar memelihara diri mereka dan keluarga dengan membimbing ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.” Riwayat Muslim(4805)
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan mematuhi segala ajaran agama dan ini sudah tentu akan mempengaruhi anak-anak dalam proses pendidikan tersebut.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami ada menyebutkan jika ibu bapa bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan dan mempermudahkan segala urusan zuriat mereka dengan memberi keberkatan serta petunjuk dalam kehidupan zuriat-zuriatnya.
Namun sebaliknya, jika ibu bapa mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan melanggar larangan Allah, nescaya anak-anak mereka akan berkelakuan sebagaimana kelakuan ibu bapa mereka.
Jika sekiranya ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam pendidikan agama anak-anak tetapi anak-anak masih tidak berakhlak dengan akhlak yang baik maka itu adalah satu ujian bagi ibu bapa. Mereka perlu bersabar atas ujian itu dan ia menjadi sebab kepada ganjaran pahala di sisi Allah kepada ibu bapa.
Kesimpulannya tidak ada nas yang jelas yang menujukkan bahawa akhlak tidak baik anak-anak adalah disebabkan dosa ibu bapa. Nas-nas yang ada ialah tentang kewajipan ibu bapa memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak dari sudut pemantapan iman diikuti ibadah dan hubungan yang baik sesama manusia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.