Rindu pada yang tiada, adalah rindu yang paling sakit. Walaupun luaran nampak kuat, dalam hati hanya Allah yang tahu. Situasi ini juga dilalui oleh ahli keluarga arwah Siti Sarah.
View this post on Instagram
Walaupun pemergian Allahyarham Siti Sarah sudah lebih lima bulan, seolah-olah rasa masih baru lagi. Tambah pula apabila wajah anak-anak arwah yang merindukan ibu mereka walaupun tak diluahkan dengan kata-kata.
Terbaru, tindakan Shuib yang juga pelawak dan usahawan memujuk anak perempuannya Dzahira Talita Zahara ketika menziarahi pusara Allahyarham membuatkan ramai sebak.
Paling dirindu…
View this post on Instagram
Rakaman dikongsi di laman Instagram tersebut menunjukkan reaksi Talita atau mesra dipanggil Dekta yang berusia sembilan tahun itu menangis sambil mengesat air mata sebelum dipeluk oleh bapanya.
Video berdurasi 54 saat itu dihujani komen rakan artis dan pengikut Shuib dimana rata-rata turut bersedih apabila melihat kerinduan Dekta yang tiada penghujungnya. Mungkin juga sebab dia satu-satunya anak perempuan dan apabila ibu dah tiada, dirinya rasa kosong.
Mungkin juga ada sesuatu yang terpendam dalam hati Dekta yang tak semua orang tahu. Jadi apabila dia menangis, boleh buatkan dirinya sedikit tenang.
“Rindunya seorang anak terhadap ibu..”
Sementara itu, Shuib turut berkongsi InstaStory memaparkan perbualan bersama anak lelaki Ariq Matin dengan bertanya adakah kanak-kanak itu akan menziarahinya jika ditakdirkan ‘pergi’ satu hari nanti.
“Kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?”
“A’ah sebab Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.
Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan secara pembedahan dalam keadaan dijangkiti wabak Covid-19.
Kredit: Instagram Shuib
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI