Sebut sahaja nasi ayam, anak-anak pastinya akan melompat keriangan. Menu nasi dengan ayam sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Apa lagi kala disediakan dengan sup ayam yang membuatkan mereka makan bertambah. Bosan dengan nasi ayam biasa, apa kata cuti hujung minggu ini kita sediakan Nasi Ayam Hainan pula untuk anak-anak dan suami.
Menariknya resipi Nasi Ayam Hainan ini dihasilkan oleh seorang superdaddy, Khairul Abdullah yang cukup gemar memasak buat ketiga-tiga anaknya. Resipinya cukup mudah, hanya satukan semua bahan di dalam periuk dan biarkan dimasak. Paling menarik, kulit ayam dijadikan tumisan untuk meninggalkan rasa dan nasi yang teksturnya lebih lembut. Rasanya cukup padu. Tak percaya anda wajib cuba!
Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh. Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.
Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.
So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah. Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.
Bahan-bahan yang diperlukan:
3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.
Ads
Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.
Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.
Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.
Ads
Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa. Siap dah nasi. Mudah jer.
Untuk sos thai lagilah senang yakmat. Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.
Ads
Siap. Senang dan cepat oih.
Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.
Tidak dinafikan, roti bukanlah makanan utama yang kita boleh habiskan dengan pantas. Ada masanya, roti terbiar begitu sahaja hingga habis tamat tempohnya. Jangan dibiarkan membazir. Jika menghampiri waktu tamatnya, apa kata anda cuba buatkan biskut kering ringkas ini.
Resipi mudah lagi suberb yang dikongsikan oleh Raja Ema ini wajib dicuba dari terus dibiarkan membazir. Cukup mudah, tiga bahan sahaja dan bakar. Siap!
Roti gardenia beli sebungkus je untuk 4 hari. Family kecik ku kurang makan roti ni jadi esok nak expired hari ni kawan bagi idea buat roti jadi biskut kering. Tak ada lah membazir. Jadi biskut ni makan gitu dan boleh cicah air milo.
Susun dalam tray..ambil gula tabur secubit secubit atas roti yang di salut majerin@planta.
Susun la macam dalam gambar ye dan bakar la dalam suhu 180°. Api atas bawah dalam 20 minit. Nak bagi garing tambah la minit, korang ikut oven masing-masing.
Bagi yang pernah mencuba gabungan kek pisang coklat pasti amat merindukan rasanya yang cukup enak. Gabungan yang cukup sebati. Terasa-rasa coklat dan kemanisan pisang yang membuatkan rasa kek lebih bangkit. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas.
Kek Pisang Dua Benua ini juga nampak cukup sedap. Masih digabungkan tetapi dipisahkan di dalam satu acuan. Cukup unik tapi rasanya cukup enak. Nak cuba? Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Pn Afieyza Isahak ini. Terbaik!
Alhamdulillah. Sedap makan panas-panas. Sebelum ni biasa buat yang original dan nestum. Belum pernah campur serbuk koko. Bagi Cik Fieyza, rasanya lebih sedap. Untuk permukaan atas, memang tambah masa untuk bagi lebih garing. Suka. Cik Fieyza kongsi resipi di bawah andai ada yang belum pernah cuba buat.
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang berangan yg telah dilecek
Bahan C:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder Ayak dulu.
Pukul hingga kembang bahan A.
Sebatikan bahan B dan kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A. Kacau sebati.
Ayak bahan C dan kaup balikkan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan plain, 1 bahagian lagi campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan biskut oreo yang telah dihancurkan.
Loyang 8″X8″ alas dengan baking paper. Tuang adunan dalam loyang. Hias ikut suka.
Bakar suhu 180 api atas bawah 45 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Bulan puasa ni salah satu lauk yang jadi kegemaran untuk bersahur adalah sambal sardin. Kadang-kadang bila makan, masih ada yang tinggal. Dari membazir atau dipanaskan semula, boleh juga dipelbagaikan resipi yang menggunakan sardin.
Salah satu hidangan yang boleh dibuat menggunakan lebihan sardin tadi adalah Sardine Roll. Resipi mudah untuk membuatnya dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah via Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Ada lauk sardin tak laku. Ingat nak buat karipap sardin. Tapi malas nak kelim bagai.. Maka terjadilah SARDIN ROLL di petang hari.. Alhamdulillah, buat macam ni baru laku sardin kat umah ni 😆😆
Korang suka tak #SardinRoll? 😁
Buat inti sardin macam biasa. Nak tambah ubi kentang pun ikut suka. Ketepikan, sementara tu kita sediakan bahan buat kulit sardin roll.
Bahan untuk kulit : 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung beras (optional) 2 sudu besar marjerin Sedikit garam Air sejuk dari penapis air
Satukan tepung dan garam kemudian gaul dengan marjerin sampai jadi macam serbuk roti.
Kemudian masukkan air sejuk sikit sikit ye. Sampai adunan tak melekat kat tangan.
Rehatkan doh 15 minit. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
Roll nipis nipis memanjang, hujungnya toreh toreh sikit. Lihat pada gambar.
Isi inti dan gulungkan sampai habis. Goreng sardin roll dan sedia dihidangkan panas panas.
Dengan resipi ini, kulitnya lebih rangup berbanding membuatnya menggunakan roti. Cara pembuatan kulitnya juga tidak terlalu sukar dan boleh dibuat walaupun pertama kali mencubanya. Bolehlah dibuat untuk berbuka atau dimakan selepas selesai solat terawih ketika masih panas. Pasti berebut. Resipi ini berbaloi untuk dicuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.