Anak yang sakit kerap demam, selsema dan batuk mungkin berpunca daripada gaya hidup sejak kecil. Tidak didedahkan dengan aktiviti luar rumah dan aktiviti fizikal membuatkan anak kecil kita lebih rendah imun tubuhnya. Dan inilah yang membuatkan anak lebih mudah sakit.

Membiarkan anak-anak bermain di luar rumah sebenarnya banyak manfaatnya kepada perkembangan mereka. Disebabkan itulah perlu membiasakan diri dan memperkenalkan mereka kepada dunia luar. Belajarlah untuk mendedahkan anak dengan alam dan persekitarannya agar lebih tinggi imun mereka.

Melihat dari segi perkembangan anak-anak, aktiviti luar sebenarnya luar dapat memberi pelbagai manfaat kepada anak-anak kita.

Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah, Baru Imun Makin Kuat!

* Mendukung pertumbuhan tulang yang sihat di mana sinaran matahari membantu meningkatkan vitamin D pada tubuh yang baik untuk pertumbuhan tulang anak-anak. Selama 10 hingga 15 minit sudah mencukupi anak-anak menerima vitamin D untuk pertumbuhan tulang mereka.

*Menguatkan otot dan tubuh anak-anak selain dapat belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru.

*Dapat melihat alam semulajadi malah meneroka flora dan fauna di sekeliling mereka dan memberikan pengalaman baru yang bermakna buat mereka.

IKLAN

* Aktiviti bermain di luar adalah bebas dan tidak berstruktur, minda mereka akan lebih berkembang kerana mereka perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan – berbanding sekadar menatap skrin televisyen atau gajet. Melalui proses ini, anak-anak belajar untuk membuat keputusan, tindakan, dan menguruskan emosi. Semua ini membantu mereka berasa lebih konfiden.

Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah, Baru Imun Makin Kuat!

* Menggalakkan interaksi dan ekspresi emosi yang sihat. Ini disokong oleh pelbagai pemerhatian yang mendapati bahawa anak kecil akan menggunakan 5 kali ganda lebih banyak perkataan semasa bermain di luar rumah berbanding di dalam.

* Aktiviti luar bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga boleh membantu anak untuk menyalurkan tenaga mereka yang ‘tak pernah habis’. Bila tenaga ini dapat disalurkan dengan betul, mereka sebenarnya dapat tidur lebih awal. Sikap agresif dan tantrum merupakan salah satu tindakbalas untuk anak mengeluarkan tenaga dan mengekspresikan perasaan mereka.

* Anak bergerak lebih aktif berbanding duduk diam sahaja dan membantu langkah awal untuk mengelakkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, rabun jauh, dan sebagainya.

IKLAN

Kesan Kurang Diberi Pendedahan Bermain di Luar

Ramai antara ibu bapa yang tidak sedar bahawa kekangan pergerakan yang diberikan kepada anak-anak, walaupun atas apa sebab sekali pun, boleh membawa banyak keburukan kepada perkembangan minda dan fizikal anak-anak.

Ini kerana kanak-kanak yang tidak atau kurang terdedah kepada aktiviti outdoor akan menjadi lebih lemah dari segi emosi dan fizikal.
Antara kesan yang berlaku kepada anak-anak ini apabila tidak diberi peluang untuk bermain aktiviti luar adalah:

* Tidak dapat membina otot
* Kurang membakar kalori
* Kurang kemahiran mengawal emosi
* Kurang membina kreativiti
* Kurang kemahiran penggunaan minda dan sekaligus, melemahkan kemahiran akademik (kesan jangka panjang)

IKLAN

Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah, Baru Imun Makin Kuat!

Mungkin kita tidak menyedari bahawa anak kita selama ini ‘terasing’ daripada alam semulajadi seperti tumbuhan, haiwan, batu-batuan, awan, dan langit. Mereka sepatutnya mampu melempar bola, melompat, berlari, meneroka, menyentuh, dan menikmati masa di luar. Semua ini adalah manfaat bermain di luar yang merangsang perkembangan saraf motorik.

Tak perlu jauh, bermain di halaman rumah atau taman permainan awam pun dah cukup bagi mereka. Walaupun nampak kecil, ia adalah dunia yang serba gergasi untuk mereka terokai.

Artikel berkaitan: Nakal & Suka Bereksplorasi Tu Mungkin Tanda Otak Anak Tengah Berkembang, 5 Aktiviti Ini Pakar Saran Boleh Bantu Proses Belajar Anak-Anak!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI