Uncategorized

Paling Mudah, Bakar Dalam Air Fryer Je. Wajib Cuba Resipi Murtabak Mi Segera Ni, Memang Terlajak Sedap!

Share

Makanan yang ringkas pun sebenarnya mengenyangkan. Nak dibuat pun mudah, rasa pun sedap. Murtabak mi segera juga sesuai dibuat untuk seisi keluarga. Anak-anak juga pasti akan sukakan rasanya.

Eniza M.Salim telah berkongsi resipi mudah untuk membuat murtabak mi segera dan boleh dimasak di dalam air fryer sahaja.

Murtabak Maggi.. bakar guna AF.
Mudah dan cepat

RESEPI MURTABAK MAGGI (Airfryer)
👇
Bahan-bahan:
1 paket maggi perisa kari
4 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang sosej (rebus skejap)
1 keping daging burger(rebus)
Sedikit hirisan kobis
Sedikit hirisan cili
Sedikit potongan daun bawang
Garam jika perlu/maggi secukup rasa
2 keping keju

Sumber foto: Facebook Erniza M.Salim

Baca Juga:

Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!

Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!

Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!

Cara penyediaan:
1. Pecahkan 4 biji telur kedalam besen. Masukkan perencah maggi kari dan sedikit air, kacau sebati. Masukkan hirisan sosej, daging burger (yang telah direbus terlebih dahulu dan dicincang kecil), kobis, bawang, daun bawang dan cili. Perasakan dengan secubit garam.
2. Rebus mee maggi sampai lembut (toskan airnya).
3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan-bahan tadi, kacau sampai sebati.
4. Sediakan cup acuan dan masukkan bancuhan maggi tadi ke dalam cup acuan. Ambil 2 keping keju dan dipotong kecil dan letak di atasnya. Kemudian masukkan ke dalam airfryer.
5.Bakar suhu 180 darjah selsius, selama 10 minit atau sehingga masak sekata. **(Bergantung pada airfryer masing-masing).

**Bila dah masak,keluarkan dari acuan,sedia utk dihidang.makan bersama sos cili atau bersama bawang jeruk. Resepi ni boleh buat 8-9 bekas. Kalau nak buat banyak, gandakan.

Selamat mencuba 👌

Selain menggunakan sosej, boleh digantikan dengan isi ayam yang telah dicincang. Untuk bayi pula, boleh gantikan mi segera dengan makaroni dan perasakan dengan serbuk cendawan. Resipi ini biarpun ringkas, ia tetap mengenyangkan. Bukan saja sedap dimakan dengan jeruk bawang, boleh juga dinikmati dengan sos cili.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H