Pengalaman pertama kali anak melalui penerbangan yang lama memang mencabar. Disebabkan terlebih teruja dan aktif, anak mula tak duduk diam. Seronok tapi mencabar.
Inilah yang dilalui oleh pelakon, Ika Nabella bersama anak dan suaminya yang bercuti ke Bali. Pengalaman pertama kali yang cukup menyeronokkan namun mencabar kata Ika.
“Travel dengan anak kecil boleh jadi sangat mencabar kan? Tapi kami sahut cabaran & Alhamdulillah Allah permudahkan walaupun penerbangan delay dan penuh serta tiada makanan yang sesuai di atas kapal.
“I’m starving Mommy, I wanna go homeee” banyak akai budak ni cari idea dia suruh patah balik,” kongsi Ika.
Latih anak awal
Tambah menyukarkan kata Ika, anak kecilnya itu hanya makan makanan dari rumah sahaja dan ini agak menyukarkan untuk mereka bercuti.
Namun sebagai persediaan untuk bercuti, Ika dan suami telah melatih awal pelbagai aktiviti luar bersama anaknya, Noah Zayn serta mencuba pelbagai makanan di restoran berbeza saban minggu. Semuanya bagi mempersiapkan Noah untuk perjalanan itu.
Ads
“Nasib baik kami dah latih dia dah seminggu lagu tu tukar-tukar waktu makan & bagi biasa makan luar dekat different cafe & restaurant. Dia pulak jenis makan home-cooked food.
“Saya fikir perkara yang paling penting anak kenyang, bawa favourite toys dia & buku untuk isi masa, dalam flight tu bosan yakmat. Noah pulak pi bantai lena lepas makan kat airport tu so dalam flight he was fully charged,” kongsinya lagi.
Tidak hanya aktif bahkan anaknya yang gemar bercakap itu begitu ramah menyapa penumpang lain sepanjang perjalanan. Memang menghiburkan.
Ads
“Satu flight dia nak tegoq tanya “are you excited?” “are you ready to fly?” “We’re up in the sky Mommy. We’re flying” MashaAllah. Ikut ayah la banyak cakap tu mommy pendiam.
“Ayah memang chill sikit, Mommy dah macam guru taska explain itu ini, melayan dia hanya untuk pastikan dia enjoying his first flight & of course this will be one of his good memories. InsyaAllah.
“It was a short one, 3 hours bagi panaih engine so far so smooth. Kita tengok return flight nanti lagu mana I believe it’ll be good juga. Lepas tuuu boleh la plannnn pi jauh sikit kot naaaa @zaidbowie,” kongsinya.
Ibu bapa mana yang tidak teruja apabila anak sudah memperlihatkan minat membaca dan menulis, bukan? Pasti ramai parents, terutamanya ibu bapa baharu mencari cara ajar anak menulis. Mari kita lihat perkongsian Puan Mastura Abd Halim ini berkenaan cara mengajar anak menulis dengan berkesan.
Nur Medina Khalishah, anak kecil yang manja dan lemah lembut
Puan Mastura Abd Halim dan suaminya, Encik Jasmil Kamal telah dikurniakan dua orang cahaya mata sepanjang perkongsian hidup mereka.
Anak sulungnya, Nur Medina Khalishah lebih mesra dipanggil dengan nama manja Kakak Asha di rumah, kini berusia 5 tahun.
Menurut Puan Mastura, Khalishah merupakan seorang kanak-kanak yang ceria, manja dan juga lemah lembut.
Seperti kebanyakan ibu bapa baharu yang lain, membesarkan anak pertama bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak perkara yang perlu dipelajari sepanjang proses membesarkannya.
Hal ini juga yang dilalui oleh Puan Mastura terutamanya dalam penyediaan proses pembelajaran untuk anaknya, Khalishah.
Sebelum ajar menulis, biasakan anak dengan aktiviti melibatkan motor halus
Puan Mastura mula tergerak hati untuk mencari cara ajar anak menulis setelah banyak melihat ibu-ibu yang berkongsi pengalaman tersebut seawal usia tiga tahun.
Disebabkan itu, dia juga mula mengambil pendekatan untuk mengajar anaknya menulis sejak awal usia.
Namun, sebelum mula mengajar anaknya menulis, Puan Mastura telah memperkenalkan beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus terlebih dahulu.
Antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan otot dan jari serta koordinasi mata serta tangan.
Tidak dinafikan bahawa proses mengajar Khalishah ini ada kalanya mempunyai masa-masa sukar dan senang.
Namun, Khalishah mudah faham dengan apa yang diajarkan ibunya itu, selain dia sendiri suka dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Ini 5 cara ajar anak menulis yang dikongsikan Puan Mastura!
Setelah melihat pelbagai tip dan cara ajar anak menulis yang dikongsikan di media sosial, Puan Mastura menggabungkan teknik-teknik ini dan mengaplikasikannya semula kepada si anak.
Berikut adalah 5 cara mengajar anak menulis yang telah Puan Mastura gunakan:
#1. Kenalkan aktiviti pratulis
Sebelum mengajar menulis dengan betul, Puan Mastura memperkenalkan aktiviti pratulis terlebih dahulu kepada anaknya seawal umur 2 tahun.
Aktiviti seperti ini banyak melibatkan penggunaan motor halus otak dan ia memerlukan lebih banyak kawalan dan pergerakan otot.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mengoyakkan kertas, menampal kertas, mengepit penyepit pakaian, menyusun blok, menulis di atas pasir dan sebagainya.
#2. Buat aktiviti sambungkan garisan
Selain itu, Puan Mastura juga memberikan latihan menyambung garisan putus-putus kepada anaknya, Khalishah.
Latihan ini bertujuan untuk memudahkan anaknya menulis mengikut garisan atau corak yang akan diberikan kelak.
Selain itu, latihan ini juga boleh membiasakan kanak-kanak untuk memegang pensil dengan betul.
#3. Biarkan anak melukis atau menconteng
Ada kalanya, Puan Mastura akan memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menulis, menconteng atau melukis.
Namun bukanlah di merata-rata tempat, tetapi pada kertas A4 yang telah diberikannya itu.
Cara ini juga boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berkarya dan menulis apa sahaja mengikut imaginasinya.
Pendekatan secara kreatif seperti ini juga merupakan antara cara ajar anak menulis.
#4. Mula ajar huruf dan nombor ketika 4 tahun
Apabila Khalishah sudah mula memasuki umur 4 tahun, barulah Puan Mastura mula mengajarkannya menulis huruf, nombor dan lain-lain lagi.
Ini kerana pada ketika ini, anaknya itu telah faham dan tahu memegang pensil dengan baik.
#5. Belikan buku atau hadiah
Apabila anaknya sudah mula pandai menulis, Puan Mastura mula membelikan buku yang sesuai dengan peringkat umur anaknya bagi merangsang kemahiran motor halus dan juga berfikir.
Selain itu, jika Khalishah selalu membuat latihan menulis dan pandai menulis dengan baik, Puan Mastura juga memberikan hadiah dan ucapan penghargaan kepada anaknya sebagai ganjaran dan galakan.
Khalishah mula pandai susun suku kata, hantar surat selepas guna cara ajar anak menulis di atas
Apakah kelebihan amalkan cara ajar anak menulis sejak awal usia? Menurut ibu ini, dia dapat melihat tulisan anaknya itu menjadi lebih baik dan kemas berbanding hari-hari sebelumnya.
Selain itu, anaknya juga sudah mula pandai menyusun huruf menjadi suku kata, perkataan dan juga ayat pendek.
Bukan itu sahaja, apabila Khalishah sudah mula pandai menulis, anaknya itu juga kerap memberikan surat kepada Puan Mastura dan suami walaupun belum benar-benar pandai menyusun ayat dengan baik.
Ia merupakan satu perkembangan yang baik dan amat menarik bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia lima tahun.
Cara ajar anak menulis: Ibu bapa perlu bijak tangani emosi anak sewaktu latihan menulis
Sewaktu Khalishah berumur antara 2 hingga 5 tahun, ia merupakan fasa yang agak sukar untuk mengajar anak menulis.
Ini kerana pada waktu itu, kanak-kanak lebih gemar bermain dan kurang fokus dalam proses pembelajaran.
Jadi, Puan Mastura sentiasa berfikir berkenaan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur anaknya bagi merangsang perkembangan daripada pelbagai sudut.
Menurut Puan Mastura,
“Kita perlu lihat emosi anak. Ada waktu anak menjadi rajin dan ada waktunya anak menjadi letih dan kita tidak boleh memaksa anak membuat aktiviti atau latihan menulis pada waktu tersebut. Untuk bagi anak seronok membuat aktiviti menulis, berikan ganjaran selepas anak selesai menyiapkan latihan menulis. Antaranya seperti keluar membeli alat permainan atau dibenarkan untuk menonton televisyen”.
Cabaran pada mak ayah bila anak sudah mula ‘dapat kaki’. Ada sahaja aktivitinya yang tidak mampu dikawal oleh kita. Bagi pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson, keduanya turut berdepan hal yang sama bila mana si comel, Isaac Raees mula terlebih lasak.
Namun apa yang membuatkan keletah Isaac semakin comel bila mana aktiviti Isaac yang gemar membuka pintu kabinet dapur setiap masa.
Mencari idea bagi mengelakkan Isaac membuka pintu kabinet, Aiman dan Zahirah rupanya membuat trik comel untuk anak kesayangan mereka. Memang tak bukak dah!
“Ijack ni dalam phase nak explore semua benda. His favourite is kitchen.
“Dah pasang safety dekat pintu cabinet pun somehow he manage untuk bukak.
“As a parents his safety is our priority. Nak tahan and control memang susah,” tulis Aiman berkongsi.
Menerusi Instagramnya, Aiman berkongsi video trik comel yang dilakukan pasangan ini. Rupanya patung watak Chewbacca dalam filem Starwars yang diletakkan pasangan ini buat Isaac takut. Memang terbaik!
“Tapi sekarang kitaorang dah ada trick 😝. Dah tak mau bukak dah. Thank you chewbacca,” kongsi Aiman lagi.
Selamat melahirkan bayi sulungnya pada Selasa lalu, penyanyi Ernie Zakri yang kini sedang berpantang turut berkongsi kisahnya yang mula tidak cukup tidur dek menjaga cinta hatinya itu.
Kata pelantun lagu Boneka ini lagi, dia kini tidak sabar untuk memulakan perjalanan pantangnya dan berehat sebaik mungkin untuk cepat-cepat sihat.
Malah menurut Insta Storynya, kata isteri kesayangan Syamel ini, dia mengakui tidak cukup tidur namun begitu seronok melalui detik-detik bahagia itu bersama bayinya.
“Day 3. Subhaallah. Can’t wait to start my pantang journey. Waiting for CL to come tomorrow.
“Moga Allah permudahkan. In the mean time, anak syurga Ibu jaga sendiri dulu eh.
“Kepala ibu pening tak cukup tidur. Hai nasib baik comel wahai anak,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi Instagramnya, Ernie yang bakal melancarkan single Korban ini turut berkongsi cerita pengorbanannya dan suami melalui lagu yang ditulisnya.
“Korban, perkataan yang paling tepat ketika ini, ketika anak kami berusia 3 hari.
“Subhanallah, begitu besar pengorbanan ibu bapa kita membesarkan. Melalui detik detik sukar & gembira untuk kita, ANAK.
“Untuk suamiku, sememangnya tepat untuk ku tulis lagu ini untuk mu. Pengorbanan mu sepanjang perkahwinan hingga ke hari ini tak dapat ku bayangkan.
“Terima kasih untuk segalanya. We can do this, Daddy. Sayang sampai syurga. ❤,” tulisnya lagi.
Menerusi perkongsian Ernie dan Syamel di Insta Story mereka setiap hari jelas kedua-duanya begitu teruja namun cukup bahagia melalui detik-detik indah dalam hidup mereka.
Kerap kali Syamel di lihat ‘melekat’ bersama bayinya dan mahu sentiasa menemani Ernie untuk turut membantu isterinya itu.
Terdahulu, Ernie Zakri dan Syamel mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan kini pasangan ini meniti bahagia menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!