Selepas hampir dua minggu melahirkan bayi, kesungguhan pelakon popular Mira Filzah ingin memberikan bayinya susu ibu sama seperti ibu-ibu lain juga.

Sejak bergelar ibu kepada Wan Khair Amir, Mira dilihat bersungguh-sungguh memberikan bayi sulungnya susu ibu kerana kerap berkongsi aktiviti menyusukan bayinya di Instastory.

Baru-baru ini pengacara berusia 29 tahun ini membuka ruang pertanyaan memohon perkongsian daripada pengikutnya mengenai tip penyusuan susu ibu di Instastory miliknya.

“Paling Penting Tak Nak Stres!” Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu
Tangkap layar dari Instastory Mira Filzah

Justeru selepas menerima banyak respon perkongsian tip penyusuan daripada pengikut Instagramnya, Mira mengakui dia belajar banyak ilmu menerusi perkongsian tersebut dan menegaskan apa yang penting dia tidak mahu stress.

Menyusu Terus Atau Guna Botol/Pam Susu?

“Paling Penting Tak Nak Stres!” Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

“Macam mana mommies balancekan direct feeding dengan bottle feeding/pump susu awal awal ni.”

Ads

“Banyak sangat response yang Mira dapat. Alhamdulillah thank you for sharing.
Lain orang lain cara, depends on mommies and babies juga, lifestyle, kerja dan sebagainya.

But dengan baca pengalaman orang lain, banyak yang Mira boleh belajar juga. Tak kisah macam mana pun, paling penting, tak nak stress!”

Menerusi paparan skrin tersebut, Mira turut berkongsi beberapa tip dan pengalaman pengikutnya yang menceritakan pengalaman masing-masing menyusukan anak dan ada di antaranya juga yang baharu melahirkan anak.

Tip Konsultan Laktasi

Sebenarnya ramai yang pertama kali bergelar ibu agak kurang pengetahuan mengenai ilmu penyusuan. Rata-rata ibu terutama yang bekerja akan bersungguh-sungguh mengepam susu untuk dijadikan stok susu sebaik sahaja melahirkan bayi.

Bagaimanapun mengikut perkongsian ramai konsultan laktasi bertauliah, mereka menggalakkkan ibu lebih kerap menyusukan bayi secara langsung (direct feeding) ketika awal-awal kelahiran bayi.

Ads

Ia bertujuan untuk mencipta bonding antara ibu dan bayi selain merangsang pengeluaran susu ibu menjadi lebih lancar apabila menyusukan anak secara terus berbanding memberi susu dalam botol semasa tempoh berpantang.

Mengikut info dalam Pa&Ma, ini yang patut ibu lakukan sepanjang cuti bersalin:

  • Fokus pada anak.
  • Offer anak menyusu sejam sekali dan 2 jam sekali waktu malam itu jauh lebih baik.

Untuk ibu yang cuti bersalin hanya 2 bulan:

  • Boleh mula memerah susu untuk stok lepas 2 minggu bersalin.
  • Cukup dengan perah sehari 1-2 kali sahaja iaitu awal subuh atau sebelum tidur.
  • Fokus menyusukan anak secara direct lebih kerap.
  • Dengan teknologi milk collector yang ada sekarang, ibu boleh tadah sebelah payudara semasa menyusukan anak daripada terbazir menitik hasil dari tadahan tersebut boleh disejukkan dan semua hasil tadahan dalam masa 24 jam boleh kumpul dan satukan dalam satu botol bila dah sama-sama sejuk untuk dijadikan stok.

Sumber: @mfmirafilzah 

Ads

“Paling Penting Tak Nak Stres!” Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Paling Penting Tak Nak Stres!” Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI