Acapkali mencuba resipi yang sama, apa kata kita cuba kelainan dengan rendang special dari Negeri Sembilan ini pula sebagai santapan juadah pagi raya tahun ini. Menariknya rendang pedas yang cukup dikenali ini rupanya amat mudah untuk disediakan. Walaupun mudah namun rasanya cukup hebat.
Resipi yang dikongsikan oleh Zalina Yahya ini wajib anda cuba. Cukup mudah dan ringkas.
Seperti biasa, saya suka masak guna bahan-bahan yang senang dan cara yang mudah. Resepi rendang ayam nogori ni sangat lah senang dan insyallah sedap. Sangat sesuai untuk adik-adik manis yang baru-baru up nak belajar buat rendang di Hari Raya ni. Buat pagi raya pun sempat siap sebab mudah sangat.
Tanpa bawang/rempah ratus/cili kering mesin/kerisik atau tumis menumis. Simple proses. Dapur pun bersih.
Bahan yang digunakan hanyalah:
Cili api
Kunyit hidup
Serai
Lengkuas
Santan
Campurkan semua dalam kuali, kecuali santan dan kacang panjang.
Proses mengecut, letak air setengah cawan ja.
Biar masak setengah jam.
Letak santan.
Asam keping jangan lupa.
Masak dengan api slow selama 1 jam lebih kurang. Ayam dah masak baru masukkan kacang panjang.
Anda boleh gunakan sama ada Ayam Kampung atau ayam pencen. Ayam biasa ok, tetapi tak best. Daging hancur. Ayam kampung best sebab liat-liat. Saya suka sebab bila gigit/kunyah-kunyah tu terasa kuah rendang melekat di daging sebab kita masak lama. Mesra orang Kedah kata.
Ni resepi ori arwah MIL yang berasal dari Kampung Tongah, Pilah. Saya follow saja. Kacang panjang tu husband yang buat special request sebab dia kata arwah selalu letak kacang panjang.
Selamat menchuba. Semoga menjadi.
Resipi wajib cuba: Mudahnya Buat Kek Planta Rainbow Ni Wangi Gebu Terlajak Moist!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI