Kunci kepada rumah tangga adalah kesabaran yang tinggi. Bukan hanya isteri seorang bahkan suami turut sentiasa kuatkan kesabarab mendidik anak.

Namun dalam kuatnya seorang isteri usahlah isteri diduga dengan pelbagai perkara. Suami, fahamilah hati isteri.

Perkongsian Encik Firdaus Syakirin, yang sering berkongsi kisah kehidupan rumah tangga ini perlu kita jadikan ikhtibar. Paling penting fahamilah hati isteri, jangan duga kesabarannya.

Paling Sabar Besarkan Anak, Bertahan Walau Sakit, Suami, Bantu Isteri Kuatkan Dirinya!


Isteri kita manusia biasa, sabar dia ada batasnya.

Bila bercakap tentang had kesabaran seorang isteri, ianya bergantung kepada apa yang di laluinya setiap hari, apa beban yang ditanggungnya, apa tanggungjawab yang digalasnya.

Susah seorang isteri nak kekal bersabar untuk perkara yang sama, berulang kali. Susah seorang isteri nak kekal bersabar jika suami sendiri tak nak berubah.

Ads

Paling Sabar Besarkan Anak, Bertahan Walau Sakit, Suami, Bantu Isteri Kuatkan Dirinya!

Sebab lagi dia bersabar, lagi menjadi-jadi diri suami.

Kalau suami tu memahami, kalau suami tu menghargai, kalau suami tu sendiri sedar apa perbuatan yang isteri suka, apa perbuatan yang isteri tak suka, apa yang perlu seorang suami buat dalam rumahtangga, maka isteri tak perlu untuk bersabar dengan suaminya sebab tiada apa-apa yang menguji kesabaran isteri.d

Tak ada istilah “sabar ni tak ada had”…

Paling Sabar Besarkan Anak, Bertahan Walau Sakit, Suami, Bantu Isteri Kuatkan Dirinya!

Ads

Setiap dari kita, ada had sabar kita. Kita sendiri saja yang tahu smpai bila mampu bersabar, setakat mana mampu bersabar dan apa yang bleh membuatkan kita hilang sabar.a

Jadi seorang isteri memang perlu bersabar dengan suami, dengan anak-anak, dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga tapi itu bukan bermakna dia akan selamanya mampu untuk terus bersabar.

Hatinya tetap hati seorang wanita yang dicipta untuk disayangi, bukan disakiti ataupun diuji suami berkali-kali.

Menarik: Naik Ruam Merah Alahan Lepas Bagi Anak Makanan Pejal, Jangan Cemas, Ini Panduan Dietitian

Ads

Paling Sabar Besarkan Anak, Bertahan Walau Sakit, Suami, Bantu Isteri Kuatkan Dirinya!

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI