Kehadiran ibu baru, Watie dalam kehidupan anak-anak penyampai radio dan pelawak, Shuib diterima baik anak-anak Shuib yang sememangnya sudah akrab bersama Watie sebelum ini.
Malah menerusi satu perkongsian, anak kedua Shuib, Dzahira Talita Zahra atau Talita menyifatkan ibu tirinya, Watie sebagai seorang ibu yang penyayang dan sering meluangkan masa bersamanya.
Malah Watie yang dipanggil ‘Mommy’ itu juga kata Talita suka memasak dan sering memenuhi permintaannya memasak lauk kegemarannya di rumah.
“Paling suka kalau Mommy buat daging masak kicap,” kongsinya ringkas.
Ketika ditanya perwatakan ibu barunya itu, anak kecil yang kini semakin meningkat remaja berkongsi Mommy paling suka ketawa dan baik hati dan sering meluangkan masa bersamanya untuk bermain sama-sama.
“Mommy baik selalu main dengan saya dan suka ketawa,” katanya berkongsi.
Bahkan Talita juga turut meluahkan hasrat untuk memiliki adik baru dalam keluarga mereka.
“Saya suka kalau dapat adik lagi. Kalau boleh ingin dua adik lelaki sebab saya mahu jadi satu-satunya princess (puteri),” katanya.
Pada 23 Jun lalu, Shuib, sah bergelar suami kepada Watie, 35, dengan hanya satu lafaz semasa majlis pernikahan di Putra Glass House, Putra Heights.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!