Kenapa susu saya sikit? Bila tengok orang lain dapat hasil yang banyak rasa kecewa. Dah cuba macam-macam cara tapi rasa cukup-cukup je untuk anak.

Kaunselor Laktasi, Nad Masrom pernah kongsikan pengalamannya sendiri yang pam hari ini untuk bekalan esok, tapi tetap mencukupi untuk anaknya.

Berikut perkongsiannya

Kenapa susu saya sikit? Saya perah cuma dapat 7-8oz je untuk satu sesi, tapi orang lain boleh dapat sampai 10-12oz,” luahan seorang mommies yang sangat kecewa dengan perahannnya.

“Pam Hari Ini Stok Untuk Esok. Kenapa Susu Saya Sikit?” Kaunselor Laktasi Beri PenjelasanJawapan saya kepada mommies yang kecewa tu :

Banyak tu sis 7-8oz untuk 1 sesi. Sebenarnya kalau sis nak tahu, saya sendiri nak dapat 5oz pun susah. Selalu 2-3oz je. Tapi ajaibnya, susu saya sentiasa mencukupi. Kadang-kadang oversupply lagi.”

IKLAN

KENAPA HAL INI BERLAKU? 

Kerana penghasilan susu kita tu Allah dah jadikan mencukupi untuk keperluan anak kita.

Pernah saya perah hari ni untuk bekalan esok, stok memang kering kontang. Tapi alhamdulillah tetap mencukupi.

IKLAN

Keywordnya: Keperluan setiap bayi berbeza, maka penghasilan susu juga akan berbeza. Mungkin yang dapat sampai 10-12oz tu anaknya minum sampai 6-8 botol sehari berbanding sis yang anak minum hanya 4 botol sahaja. Jadi supply dia adalah lebih tinggi seiring dgn demand anaknya yang tinggi.

Bila sis dah tahu tentang fakta ni, biasanya kita takkan terjejas dengan hasil yang org lain dapat. Jadi, jangan membandingkan hasil kita dengan orang lain kerana keperluan bayi kita adalah berbeza.

Ada mommies yang mengadu susu cuma 2oz setiap kali perah. Bila saya selidik, rupanya jadual pam tak jaga. 

 Bila breast dibiarkan penuh melebihi 3 jam, FIL hormone (Feedback Inhibitor Lactation) akan bertambah di breast. Senang cerita macam ni, bila FIL bertambah, otak akan trace yang demand semakin berkurang.

IKLAN

“Pam Hari Ini Stok Untuk Esok. Kenapa Susu Saya Sikit?” Kaunselor Laktasi Beri Penjelasan

Jadi, otak ‘tak nak’ hantar hormon prolaktin dan oksitosin (hormon susu) ke breast. Makanya, production akan berkurang dan itulah puncanya kenapa susu mommies drop.

Tapi saya bersyukur kesedaran mommies sangat tinggi. Bagus pada mommies yang tak segan untuk bertanya dan minta nasihat untuk atasi masalah ini. 

Alhamdulillah ramai yang dah berjaya semula untuk increase production. Just focus untuk maintain demand & supply.

Sumber: FEED by Ummi Najla

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI