“Pam Susu Sambil Drive, Habis Wad Pun Pam. Jangan Give Up!” Nurse Kongsi Pengalaman Penyusuan

Share

Perjalanan menyusukan anak banyak manis dan pahitnya. Walaupun banyak cabaran terpaksa ditempuhi namun bila melihat mata si kecil yang dahagakan susu ibu, pastinya membuatkan mama lebih bersemangat untuk terus berjuang memberikan susu terbaik buat si kecil.

Sama seperti Puan Noraqilah, walaupun tugasnya sebagai jururawat yang sentiasa sibuk namun bukan halangan untuk dia menyediakan susu perahan buat anak tercinta. Ikuti perkongsian ini.

JURURAWAT DAN PERJALANAN PENYUSUAN

Sungguh, perjalanan penyusuan ini bukan mudah. Tapi, saya yakin dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak yang terbaik untuk anak? Jangan mudah putus asa 😉

Nak banyakkan susu?

Jaga jadual pam. Rajin-rajin power pumping at least seminggu sekali untuk tingkatkan demand. Kalau rajin, buat 3 hari berturut-turut dalam seminggu. Don’t expect lepas power pumping, esoknya susu terus melimpah-ruah okey 🤷🏻‍♀️

Kalau masa kerja kena pump?

Mesti la kena pump. Ini jadual pump saya 👇🏻

AM shift

  • 6.30 am, pump semasa drive ke tempat kerja.
  • Before or after ward round, dalam pukul 9-10am.
  • Pump sebelum balik kerja atau on the way balik kerja. Kalau ward busy, sebelum nak pass over report, pump kejap then sambung kerja balik.

PM shift

  • 1.30pm, pump semasa drive ke tempat kerja.
  • 4-5pm, pump lepas habis serve medication+buat observation.
  • Pump sebelum pukul 9pm nak pass over report atau on the way balik kerja. Kalau ward busy, sebelum nak pass over report, pump kejap then sambung kerja balik.

ON shift

  • 8.30pm, pump semasa drive ke tempat kerja.
  • 12pm, pump lepas habis serve medication+buat observation.
  • 3am, pump lepas habis report.
  • 6am, pump lepas settle sponging.
  • 8am, pump on the way balik kerja.

*Kalau awak-awak kerja wad tak busy, pump la 2jam sekali. More demand, more supply tau.

Tanderm nursing perlu ke?

Kalau kat rumah, saya jarang pump susu. Tapi saya rajin tanderm nursing. Afifa Faaeqa df sebelah, sebelah lagi saya letak silicone pump atau handsfree. Jangan rasa down bila dapat 1-2 oz. Kumpul-kumpul akan jadi banyak kan? 🤗

Pump apa yang sesuai?

Saya guna heavy duty pump yang rechargeable. Youha essence duo. Pump ni serius 👍🏻 sebab ada 2 jenis suction dan tak menyakitkan. Sangat berbaloi! Thanks YOUHA Malaysia for being part of my breastfeeding joirney 😊 Then, corong guna cimilre handsfree. Senang, boleh pump masa drive. Ada orang suggest guna freemie tapi saya tak suka sebab nanti nak kena transfer ke botol pula susunya. Tapi, freemie also worth to buy tau. Cimilre terus masuk dalam botol je. Jimat masa 🤭

Berapa lama pump susu?

❤️ For me, 15-20minutes dah memadai. 15minutes double pumping then 5 minutes marmet. Make sure miss B betul-betul kosong ye 😉

Cara penyimpanan susu?

❤️ Untuk chiller, saya simpan dalam botol. Senang nak bawa ke rumah babysitter. Maximum susu di chiller saya 5 hari. Hari ke 5, saya akan pindahkan ke frozen.

❤️ Untuk frozen, saya pindahkan susu dari chiller yang dalam botol ke storage bag untuk jimatkan ruang. Maximum susu frozen saya 3bulan (fridge 2 pintu). Tapi till today, x pernah ada susu frozen saya yang lebih dari 2 bulan sebab sentiasa rotate. Bagi susu frozen, hanya boleh digunakan dalam masa 24jam bila diturunkan ke bahagian chiller.

❤️ Susu yang baru di pam (fresh), tak panaskan tahan 3-4jam bergantung pada suhu bilik. Susu chiller dan frozen dah panaskan tahan sejam. Sebolehnya, habiskan dalam masa sejam ye 😊

❤️ Tapi kedua-dua susu, once baby dah mula hisap, kena habiskan dalam masa sejam sebab dah bercampur dengan air liur baby.

❤️ Mummy boleh rasa dulu kalau tak yakin. Kalau masam, dah rosak la tu. Baby saya dah almost 9months, okey je 😊 kalau tak yakin, sila refer lactation counsellor ye 😉

❤️ Untuk memudahkan babysitter, susu dalam setiap botol memang disimpan mengikut amaun yang anak selalu minum, 3oz. Anak saya memang diberi 3oz setiap 2-3jam, mengikut demand dari 3months till today.

Berapa amaun susu yang dapat bila pump?

❤️ Selalunya saya akan dapat 5-8oz. Jarang dapat 9oz. Hey mummy! Jangan risau kalau awak pump dapat 2-3oz. Saya pun kadang-kadang mengalami benda yang sama. But, it’s okey. positive tau! As long as cukup untuk anak, itu dah memadai kan? Jangan letak target yang tinggi bila pump sebab bila dapat tak sama dengan yang awak target, awak akan rasa down. Bersyukur, walau banyak mana pun amaun yang awak dapat. Pump dengan tenang dan positive 😉

Milkbooster apa yang sesuai?

❤️ Cukup makan, banyak la susu. Saya x ambil apa-apa produk milkbooster. Hubby+anak milkbooster terbaik saya 😆

Makanan pekatkan dan banyakkan susu?

❤️ Nasi+sawi+carrot
❤️ Almond
❤️ Kurma, kismis
❤️ Susu
❤️ Minum air at least 3liter sehari

Jalan-jalan shopping mall kena bawa susu?

❤️ For me, yes. Standby la 1 botol 3oz, sebab anak saya kalau dah lapar tak kira dah kat mana pun. Nak cari nursing room, bukan semua mall ada kan 😂

Kena jaga emosi?

❤️ Sila control emosi dengan bijak. Bab ni, hubby memang memainkan peranan penting. Kalau saya moody, he’ll do anything to make me happy. Nak bagi yang elok untuk anak, emosi mummy pun kena la selalu positive 🤗 Paling best bila mood ke laut, hubby cakap nanti hubby cuti kita holiday ye 😱

With love,

Kredit: Noraqilah Johari

 

Published by
NuFa