Setelah hampir 20 tahun di pasaran, Pa&Ma media komprehensif KeibuBapaan No.1 Malaysia terus memperkukuhkan jenama dengan penganjuran ekspo jualan barangan bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung dikenali sebagai Pa&Ma Baby Fiesta pada 2-4 Ogos lalu.
Penganjuran program berkonsepkan jualan dan informatif ini, menawarkan kadar tawaran harga berpatutan selain sarat dengan aktiviti berinformasi bagi memberi ilmu berguna kepada ibu bapa tentang penjagaan sewaktu hamil, selepas bersalin dan bayi.
Sepanjang tiga hari Pa&Ma Baby Fiesta ini berlangsung, pelbagai program telah dianjurkan antaranya Bengkel Penyusuan: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu! dengan menampilkan barisan panel seperti Pakar Perbidanan Sakit Puan, Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan Sakit Puan, Hospital UPM, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Kanak-Kanak, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.
Pada hari terakhir fiesta dan sebagai tanda sokongan penggunaan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian, Pa&Ma juga telah melancarkan kempen Buckle Up untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa.