Ibu mana yang tidak mahu menyediakan kelengkapan terbaik buat anak-anaknya. Cuba merealisasikan impian ibu untuk melengkap keperluan anak-anak menjadi sasaran utama Majalah Pa&Ma, Majalah No 1 Panduan Lengkap Keibubapaan dan Pra Sekolah untuk menganjurkan satu ekspo fiesta yang gilang gemilang, Pa &Ma Baby Fiesta 2019 pada Ogos nanti.

Ekspo yang bakal berlangsung pada 2,3 & 4 Ogos 2019 di Shah Alam Convention Centre, SACC ini bakal menjadi ekspo fiesta pilihan utama ibu bapa disamping menawarkan produk dan barangan terbaik.

Pa&Ma Baby Fiesta Raikan Pengunjung, Tawar Ruang Niaga Dengan Keuntungan Berganda!

Dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv, Pa&Ma Baby Fiesta 2019  menganggarkan lebih 100 000 pengunjung, menerusi promosi besar-besaran. Malah Pa&Ma sendiri, jenama yang diyakini di kalangan pembaca, majalah yang penuh dengan informasi mengenai keibubapaan, pakar perubatan, syarikat penawaran servis dan pengeluar produk berkaitan dengan 3 juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook.

Tidak hanya menerusi 15 IP ini bahkan promosi turut sama dijalankan melalui papan iklan billboard, Sinar Harian serta radio.

Pa&Ma Baby Fiesta Raikan Pengunjung, Tawar Ruang Niaga Dengan Keuntungan Berganda!

Peluang Promosikan Barangan

Menariknya penganjuran Pa&Ma Baby Fiesta yang julung kali diadakan ini bukan hanya memberi kelebihan pada pengunjung bahkan peniaga juga turut menerima pelbagai manfaat dan kelebihan lain sebagai peniaga.

Ads
Pa&Ma Baby Fiesta Raikan Pengunjung, Tawar Ruang Niaga Dengan Keuntungan Berganda!
Pengurus Acara, Puan Emma Masri

Menurut Puan Emma Masri, selaku Pengurus Acara, sebanyak 114 ruang niaga ditawarkan buat vendor yang berminat untuk menyertainya. Paling menarik tawaran diskaun sebanyak 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini.

Rebut tawaran diskaun sebanyak 10% menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini

Malah pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze sebagai pilihan. Ketiga-tiga pilihan ini ditawarkan pada harga berbeza namun punya banyak kelebihan untuk mengaut keuntungan berganda. Antara nama-nama besar yang bakal turut serta adalah seperti Hospital Pakar Avisena, Coway serta Tateh.

Kepada yang berminat, hubungi 019 675 3057 atau ikuti kami di Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau boleh juga melayari www.majalahpama.my.

Pa&Ma Baby Fiesta Raikan Pengunjung, Tawar Ruang Niaga Dengan Keuntungan Berganda!

Ads

Tawaran Harga Serendah RM1

Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa. Malah terdapat pelbagai aktiviti untuk anak-anak sepanjang fiesta ini berlangsung.

Fiesta sarat dengan informasi di samping keseronokan membeli belah menerusi tawaran diskaun sehingga 90% ini turut menawarkan hadiah-hadiah lucky draw dengan nilai keseluruhan RM18,000. Paling menarik tawaran harga serendah RM1 turut diberikan untuk pembeli terawal. Bukan itu sahaja malah banyak lagi tawaran yang menjanjikan kepuasan buat pengunjung.

Pa&Ma Baby Fiesta Raikan Pengunjung, Tawar Ruang Niaga Dengan Keuntungan Berganda!

Ads

Antara tawaran dan aktiviti menarik sepanjang Pa&Ma Baby Fiesta yang bakal berlangsung nanti adalah seperti berikut:

  • Hadiah Lucky Draw Bernilai RM18,000 Keseluruhan
  • Fashion Show Ibu Hamil Anggun
  • Pertandingan Baby Merangkak Race
  • Super Hero Junior Party
  • Pertandingan Mewarna 4, 5 & 6 Tahun
  • Demo: Yoga Mama, Penyediaan Makanan Berpantang Ibu & Bayi
  • Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato’ Dr.Hamid Arshat
  • Pelancaran Pa&Ma Community
  • Meet & Greet Hos PA&Ma TV
  • PERCUMA Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Pakar Avisena

Jangan lepaskan peluang anda untuk turut sama merebut keuntungan berganda di sini!

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI