Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018 yang bertemakan Asas Kepada Kehidupan telah berlangsung sepanjang minggu pertama Ogos 2018 iaitu daripada 1 hingga 7 Ogos 2018 yang lalu. Lantaran itu, Pa&Ma antara pihak yang tidak ketinggalan untuk turut sama terlibat dalam menyatakan sokongan terhadap amalan penyusuan susu ibu ini.

Pa&Ma dengan kerjasama pihak PruBSN dan tiga buah hospital swasta iaitu Hospital Pakar KPJ Selangor dan Hospital Pakar Avisena yang terletak di bandaraya Shah Alam serta Hospital Pakar KPJ Klang telah menjalankan program tanggung jawab sosial korporat dengan mengunjungi wad ibu bersalin dan Klinik Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di samping Klinik Pediatrik pada 2 Ogos 2018.

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!Menerusi kunjungan ini, pihak Pa&Ma dan PruBSN telah menyampaikan cenderamata iaitu pelapik payudara pakai buang daripada jenama Lunavie dan beberapa hadiah sampingan iaitu tungku bayi dan pes sup bertajaan tajaan daripada Mumdreams.

IKLAN

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!Dalam pada itu, orang ramai yang berada di ketiga-tiga berkenaan juga sudi bergambar dengan placard #pamasupportbf sebagai menyatakan sokongan masing-masing kepada amalan penyusuan susu ibu.

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!Sementara itu pada tarikh 8 Ogos 2018, sekali lagi Pa&Ma dan PruBSN bekerjasama dengan Jabatan Obsteterik dan Ginekologi Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan Pusat Kesihatan Universiti,  Universiti Putra Malaysia (UPM) di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultamn Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

IKLAN

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!Di majlis ini berlangsungnya pelbagai program yang disusun rapi. Antaranya ialah aktiviti senaman sebagai pembuka majlis, ucapan pembukaan oleh Pengarah Program, Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabtaan O&G, UPM, ucapan perasmian oleh Dato’ Hajah Mariam Mas Yaacob iaitu Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), slot daripada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra, PruBSN, sembang santai tentang pengalaman beberapa ibu mengenai perjalanan dan cabaran amalan penyususan masing-masing dan ucapan penutup oleh Dr Hajah Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan  Kesihatan UPM.

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!Terdapat juga reruai yang menempatkan pelbagai produk penyusuan susu ibu. Antaranya ialah Lunatots Putrajaya, Mamayazone, ArRaudhah Moms dan banyak lagi.

IKLAN

Pa&Ma Dan PruBSN Sokong Minggu Penyusuan Susu Ibu 2018!

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI