Untuk musim ke-4 yang akan mula bersiaran pada 12 Mac 2019, Pa&Ma tampil dengan kupasan baru memfokuskan kepada perjalanan kehamilan seorang ibu.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kupasan Jurnal Kehamilan bermula daripada pasangan suami isteri merancang untuk hamil sehinggalah saat hendak melahirkan setiap hari Selasa di saluran Astro Prima dan Astro Prima HD jam 12 tengah hari.
Kalau tak sempat boleh tonton siaran ulangan pada hari yang sama jam 9 malam.
Pelbagai paparan kisah realiti topik-topik kehamilan dan permasalahan yang dihadapi oleh ibu hamil serta temubual dengan doktor pakar mesti ditonton oleh yang bakal bergelar ibu bapa!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Disunatkan Cukur Rambut Bayi Sampai Botak. Ada Rezeki Timbang & Sedekahkan
Ada segelintir ibu bapa apabila menimang cahaya mata rasa sayang nak cukur rambut anak yang lebat sampai botak. Alasannya nanti rambut anak lambat tumbuh.
Sebenarnya jika dikutkan ia sunnah dan seharusnya dicukur. Perkongsian dari Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh ini sangat bermanfaat.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut bayi pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira bayi lelaki atau bayi perempuan. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan ya.
Contoh rambut baby ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur:
1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampu rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan yang baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas 😉
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Kredit: Halimatulssaadiah Wan Jusoh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Keruan Kalau Anak Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Baru Mak Ayah Tak Panik!
Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar. kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku.
Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan. Tak tahu apa nak buat risau ada kecederaan yang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan panik dan ikut lima langkah penjagaan ini.
Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku.
Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.
Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.
Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.
Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.
Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.
Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
- Sukar dibangunkan selepas tidur
- Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga
- Muntah-muntah
- Menangis dengan kerapdan nyaring
- Kekejangan pada wajah
- Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka
- Pengsan
Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.
Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.
Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Tingkatkan langkah pencegahan
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan.
Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan.
Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil.
Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantikkan Dinding Rumah Kesan Conteng Anak, DIY ‘Wall Mirror’. Deko Mewah, Jimat Bajet!
Menggantung lukisan atau menampal wall paper antara salah satu cara untuk mencantikkan dinding rumah yang kosong. Namun bagi anda yang ingin nampakkan kelainan, apa kata cuba DIY wall mirror.
Kos untuk sediakan bahan tidaklah mahal dan cara nak membuatnya juga mudah. Mungkin dengan cara ini, boleh menutup kesan conteng anak-anak sebelum ini. Jadi rumah pun lebih nampak cantik dan naik serinya.
Hanya menggunakan kayu bingkai cermin dan dipotong ikut saiz yang dikehendaki, anda boleh realisasikannya untuk memberi aura baru dalam rumah anda. Selagi boleh jimat, kita jimat. Betul tak?
Berikut idea yang dikongsikan oleh Pembekal kayu wainscotinguntuk anda DIY sendiri. Nak buat di ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur semuanya terpulang pada anda dan pasangan.
DIY Wall Mirror
Bahan-bahan untuk projek wall mirror
1) kayu wainscoting (2 pattern. 1 untuk bingkai cermin dan 1 lagi untuk border). Bahagian border guna saiz besar untuk nampak lebih mewah
2) cermin bevel edge 12keping sz 10 x 16inci
3) gam kayu x-bond
4) latex sealant
5) masking tape
6) cat jotun majestic brown kod 1623
Langkah 1
Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai cermin) yang di perlukan
Langkah 2
Gap antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci shj. (Gap jangan lebih dari 5inci, tak cantik)
ARTIKEL MENARIK [Buat Sendiri Rak Serbaguna 3 Tingkat. Dapat Simpan Mainan Anak, Rumah Tak Bersepah]
Langkah 3
Pilih saiz kayu yang bersesuaian. Saya guna kayu untuk bingkai cermin saiz 20x33mm dan untuk border saiz 22x70mm
Langkah 4
Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar.. untuk mendapatkn sudut cantuman 45° yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian
Langkah 5
Cantumkan batang kayu menjadi bingkai dan tampal cermin dalam bingkai ( Atau nak tampal cermin dulu, kemudian buat bingkai pun boleh)
Langkah 6
Gam perlu dibuat dengan teliti (supaya tidak senget)
Langkah 7
Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul-betul melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering
Langkah 8
Kayu border perlu di potong dalam bentuk arrow. Contoh kayu yang siap di potong boleh rujuk dalam gambar di atas. Kemudian tampal (ulang langkah 6 dan 7)
LAGI ARTIKEL MENARIK [Pisahkan Ruang Tamu, Buat Ruang Anak Menonton TV Dengan Modal Tak Sampai RM100]
Langkah 9
Isi ruang kosong (rongga-rongga kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas
Langkah 10
Cat keseluruhan dinding & kayu, untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat jotun majestic sheen (kilat)
Dah siap! Semoga bermanfaat. Selamat mencuba. Hasilnya memang awesome
Kredit: Pembekal kayu wainscoting
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI