Pa&Ma Moms To Be 2019 Dilancarkan! Komuniti Atas Talian Ibu Hamil Pertama Di Malaysia

Share

Pa&Ma Moms To Be merupakan komuniti khusus untuk ibu dan bakal-bakal ibu. Dengan adanya portal yang bermanfaat ini, bakal-bakal ibu berpeluang mendapatkan pelbagai informasi berkaitan dengan kehamilan, kelahiran, penyusuan dan juga perkembangan bayi hanya di hujung jari.

Sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019, Pa&Ma melancarkan Pa&Ma Moms To Be 2019 pada 3 Ogos 2019, yang bertempat di Hall Utama, SACC.

Seramai 50 orang ibu hamil turut memeriahkan pelancaran Pa&Ma Moms To Be. Majlis pelancaran ini turut disempurnakan lagi dengan ucapan & kata-kata aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Mohamed Fahim.

Mengulas mengenai pelancangan komuniti dan portal Pa&Ma Moms To Be, Editor Pengurusan Kluster Family & Parenting, Wan Erni Liza Md Izatzi, menjelaskan komuniti khas ini diwujudkan untuk berkongsi informasi dan panduan yang diperlukan ibu hamil untuk menempuh fasa kehamilan, kelahiran dan dunia keibubapaan.

Selain daripada maklumat, pelbagai aktiviti telah disusun untuk bakal ibu yang menyertainya. Dunia keibubapaan tidak lagi sunyi dan ibu-ibu pasti tidak akan keseorangan menempuh cabarannya.

Menerusi portal Pa&Ma Moms To Be, pelbagai maklumat dikongsikan dan antara yang menarik ialah sesi Doktor Online secara eksklusif bersama doktor pakar kehamilan dan laktasi pada setiap hari kecuali Ahad dari jam 2 hingga 4 petang, hospital tour di hospital-hospital yang terpilih, bengkel laktasi, kelas antenatal, supermom workout dan banyak lagi.

Bagi mengetahui lebih banyak info kehamilan, kelahiran & tip keibubapaan maklumat terkini & promosi menarik dari Pa&Ma Moms To Be, boleh layarinya di https://momtobe.majalahpama.my

Pa&Ma berbesar hati merakamkan penghargaan kepada para penaja yang menjayakan majlis ini iaitu Glowing Party House Sdn Bhd yang memberikan tajaan belon serta Kedai Kek Shah Alam atas tajaan kek.

Published by
Azma ML