Sempena ulang tahun kelahirannya yang kedua, si comel Nur Aiswara Naelofa, anak kepada pempengaruh terkenal MUA Bellaz, Pa&Ma berbesar hati meraikan hari penuh makna itu.
Majlis yang dianjurkan Pa&Ma di GSC IOI City Mall 2 (East), Putrajaya pada Sabtu lalu berlangsung cukup ringkas dan santai.
Kemunculan Wara bersama ibunya, Bellaz serta bapa dan adik beradiknya yang lain serta ahli keluarga terdekat menggamatkan suasana.
Majlis santai itu dimulai dengan kemunculan mascot Jesse GSC berupa popcorn yang comel. Wara yang mula nampak mascot berwarna kuning ini terus melekat sambil menari bersamanya.
Wara kemudiannya diiringi untuk memotong kek tajaan Chadell The Baker bersama ahli keluarga yang telah sedia menunggu.
Ads
Mua Bellaz turut berterima kasih kepada Pa&Ma dan GSC atas perhargaan ini serta meraikan anak kesayangannya.
“Bellaz berbesar hati dan berterima kasih pada Pa&Ma atas perhargaan ini dan sama-sama menyambut birthday Wara.
“Perjalanan karier Bellaz banyak disokong oleh Pa&Ma sejak awal lagi. Bellaz sangat-sangat hargainya. Terima kasih Pa&Ma, semoga terus sukses lagi,” luahnya.
Paling menarik, MUA Bellaz dan keluarga serta tetamu yang lain turut sama di bawa menonton movie, Minion Despicable Me secara eksklusif selepas sesi bergambar bersama ahli keluarga.
Ads
GSC turut membuat persembahan bersama Wara serta mascot Jesse sebelum sesi tayangan bermula.
GSC Raikan Hari Lahir Anak, Tawar Pakej Paling Berbaloi!
Bagi mak ayah yang tercari-cari di mana lokasi untuk meraikan hari lahir anak, GSC adalah jawapannya. Mengapa? Di sini segalanya tersedia dengan pakej cukup lengkap tanpa mak ayah pening kepala memikirkan pelbagai perkara.
GSC melancarkan pakej “GSC Play Birthday & Movie Party”, yang kini tersedia di 14 pawagam terpilih di seluruh negara. Menerusi pakej menarik selama tiga jam ini, anda di tawarkan dengan satu jam untuk waktu bermain dan meraikan hari lahir dan seterusnya dengan sesi tayangan movie selama dua jam untuk 60 tetamu.
Hari lahir anak kesayangan anda turut diraikan dengan tema Jesse & Friends. Segenap ruang akan turun dihiasi dengan hiasan bertemakan Jesse & Friends Party Decor seperti ‘backdrop’, hiasan belon-belon serta e-kad undangan untuk tetamu yang pastinya menambahkan kemeriahan.
Ads
Tak lengkap menonton bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa snek ringan sepanjang movie berlangsung. Menerusi pakej yang sama GSC turut menyediakan 20 popcorn, 20 minuman ‘soft drink’, air mineral serta 20 pek nuget bersaiz besar untuk orang dewasa.
Manakala untuk kanak-kanak pula tersedia 1x Super Fries, 1x Mini sausage, 1x susu kotak Dutch Lady serta mainan pilihan untuk 40 orang kanak-kanak. Juga tidak ketinggalan Jesse and Friends Sticker sebanyak 60 sticker.
Si comel yang diraikan juga turut menerima hadiah istimewa dari GSC yang berupa Pop Pop Blanket. Kesemua tetamu juga tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut diberikan dengan stoking anti-gelincir bertemakan Jesse and Friends dan banyak lagi barangan dalam Pek ‘Take Home Play’ untuk tetamu bawa pulang!
Sebelum sesi tayangan bermula, kesemua tetamu juga akan turut dihiburkan dengan persembahan Hello Song Dance dari team GSC serta tidak ketinggalan penampilan mascot Jesse yang pastinya mencuit hati kanak-kanak. Jadi tunggu apa lagi, buatlah tempahan sekarang. Memang berbaloi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minat seorang isteri jangan dipandang ringan. Apabila mereka sukakan sesuatu, pasti mereka akan usahakan walau dengan cara bagaimana sekalipun. Begitu jugalah kegilaan para isteri dengan sebuah jenama bekas makan yang terkenal. Dek kerana kualitinya yang bagus, biarpun sedikit mahal para isteri sanggup ‘berhabis’ untuk melengkapkan koleksi mereka.
Para suami dan anak-anak pula cukup gerun jika dibekalkan makanan dalam bekas ini. Biarlah guna bekas biasa, janganlah yang jenama ini. Takut kalau hilang! Hilang bekas ini, umpama hilang nyawa. Begitulah yang dikongsikan oleh seorang suami, Mohd Fadli Salleh, melalui laman Facebooknya.
CERITA TERTINGGAL BOTOL AIR
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,
“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,
“Botol air pun tertinggal ayah.”
“Sreeettttt!”
Terus aku brek emergency.
“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,
“Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
“Kahkahkah.”
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. 😅
Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,
“Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.
#MFS – Wanita bukan makhluk bumi –
Lucu perkongsian dari suami ini, tapi tidak boleh dinafikan kebenarannya. Jangan dibuat main, kerana bekas makanan ini sangat penting buat pengumpulnya. Yang tahu, pasti tahu akan hakikat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Rita Rudaini, turut berkongsi pandangannya sebagai seorang ibu mengenai cadangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, untuk menghapuskan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan.
Jauh dari sudut hati, Rita menyuarakan pandangannya bahawa seorang menteri wajar mendengar suara rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang perubahan.
Sebagai seorang ibu, pelakon terkenal Rita Rudaini menyuarakan pandangannya mengenai cadangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memansuhkan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan.
Dalam coretan menerusi insta story meluahkan rasa tidak setuju, Rita berpendapat seorang menteri harus mendengar keluahan rakyat sebelum membuat sebarang perubahan.
Menurut Rita lagi, peperiksaan tidak seharusnya dimansuhkan, sebaliknya silibus yang perlu diperbaiki.
“Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama, dah tukar hat lain pula. Payah-payah mansuhkan sekali SPM untuk elak murid stres.”
Bagi Rita, peperiksaan bukanlah punca tekanan utama pelajar sebaliknya, silibus yang terlalu berat dan tidak relevan menjadi beban yang harus dipertimbangkan.
“Semua budak dulu jadi orang, siap ada yang jadi menteri lagi” – Rita Rudaini
Selebriti ini berkata, setiap pelajar pasti akan merasai tekanan apabila memasuki universiti atau alam pekerjaan kelak.
Pelakon itu juga sempat menyelitkan rutin harian anaknya yang dipenuhi dengan jadual pembelajaran untuk ‘mengejar’ silibus pendidikan yang semakin ‘advanced’.
Sumber: Instagram ridrud77
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19, dua golongan iaitu Warga emas dan mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harus diberikan perhatian oleh semua pihak. Ia penting bagi memastikan usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak ini berakhir dengan kejayaan.
Masyarakat perlu membantu petugas di barisan hadapan diketuai “Jeneral Perang” – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam mengurangkan risiko warga emas terdedah dengan pandemik COVID-19.
Semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan kebolehpulihan dan prognosis bagi sembuh jangkitan COVID-19 adalah lebih baik sekiranya rawatan dimulakan awal, justeru amat penting bagi kumpulan warga emas untuk mendapatkan rawatan segera walaupun hanya mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.
Kita perlu menimbulkan rasa tanggungjawab ahli keluarga, misalnya, anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas supaya memastikan golongan itu mendapatkan rawatan segera jika tidak sihat, bekalan ubatan mencukupi dan patuhi janji temu rawatan.
Mana tidaknya, statistik kes kematian COVID-19 yang direkod setakat ini menunjukkan 62.6 peratus daripada kes kematian adalah individu berumur 60 tahun ke atas dan golongan itu berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik.
Golongan kedua yang harus didekati pula adalah mereka yang masih ingkar dengan PKP hingga berduyun-duyun memenuhi segenap ruang jalan raya di beberapa tempat utama di negara ini.
Justeru, warganet selaku hulubang di alam media sosial perlu menggembleng tenaga memenuhkan ruang Whatsapp, Facebook, Twitter dan Telegram berkaitan impak mengingkari PKP kepada sesetengah pihak yang masih lagi berdegil.
Semalam, pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati banyak kenderaan di jalan raya terutamanya kenderaan perkhidmatan bukan penting yang mengambil kesempatan memulakan operasi perniagaan walaupun belum mendapat kelulusan beroperasi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan semua industri perlu memohon kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan tidak dibenarkan beroperasi tanpa kelulusan MITI.
Justeru, kenapa perlu berada di jalan raya jika belum mendapat kebenaran?
Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, namun kerajaan semalam mengingatkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam tempoh PKP fasa tiga dilaksanakan selain e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘bungkus dan ambil’ makanan juga tidak dibenarkan.
Jika golongan warga emas dan mereka ingkar PKP ini tidak diberikan perhatian, maka segala usaha barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memerangi wabak COVID-19, bagai mencurah air ke daun keladi.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.