Keibubapaan

Pa&Ma Raikan Pengusaha Tadika & Taska, Hi Tea Edutainment Berlangsung Meriah!

Share

Sebagai persediaan untuk majlis terbesar tahun ini, Edutainment Fest 2024, Pa&Ma terlebih dahulu meraikan rakan-rakan kerjasama yang terdiri daripada pengusaha tadika dan taska seluruh Malaysia dalam satu majlis Hi Tea.

Majlis Hi Tea Edutainment ini diadakan bersempena Edutainment Fest 2024 yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Ogos ini.

Menariknya majlis ringkas dan santai itu diadakan di Dewan Temu Jelatek, Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur semalam dengan penyertaan lebih 50 buah tadika dan taska seluruh Lembah Klang.

Acara santai dan sederhana ini turut di hadiri oleh Dato’ Azli Halim, Projek Advisor Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC), Puan Hajah Suzana Zakaria, Projek Director Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC), Cik Aufa dari Malaysia Early Interventionist Association serta tidak ketinggalan Managing Editor Grup Family & Parenting, Pn Wan Erni Liza.

Kesemua lima puluh buah tadika dan taska ini turut diterangkan dengan terperinci perjalanan majlis dan perarakan yang bakal berlangsung nanti.

Tidak hanya penerangan mengenai perjalanan festival yang bakal berlangsung, perkongsian Cik Aufa dari Malaysia Early Interventionist Association turut berkongsi mengenai aplikasi menarik untuk mengesan lewat perkembangan kanak-kanak.

Tidak ketinggalan perkongsian dari Encik SchawaLL Fitri, Pengurus Projek Datum Cultural Centre (MDCC) yang turut berkongsi info menarik buat semua pengusaha taska.

Selain perkongsian ini, tambah menarik dengan slot kuiz dan game dan sesi cabutan bertuah yang memeriahkan dewan.

Edutainment Fest 2024 yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Ogos ini pastinya menjanjikan yang terbaik buat semua. Banyak acara menarik seperti Himpunan Perarakan Mega Merdeka, Pertandingan Mewarna Mega, Merdeka Kis Marathon Catwalk, Bayi Marathon, Konsert Meletop Bintang Kecil dan banyak lagi acara menarik menanti anda. Pastikan kunjungan anda ke sini nanti!

 

Published by
SRM