Demam suhu tinggi tak sembuh & badan lebam kebiruan rupanya tanda-tanda anak terkena influenza. Kalau tidak dirawat segera, boleh sebabkan jangkitan pada otak dan paru-paru pula.

Puan Nur Syahira Khairil Anwar berkongsi pengalamannya dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” di mana influenza telah menjangkiti kedua-dua anaknya. Tidak hanya anak-anak, dia dan suaminya juga turut mendapatkan jangkitan influenza.

Demam Suhu Tinggi On Off & Kulit Lebam Kebiru-Biruan, Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza Dalam Pa&Ma TV

DEMAM HARI KETUJUH TAK SURUT

Anaknya, Redza  mengalami demam suhu tinggi 39° hingga 40° Celcius yang berubah-ubah (on and off) tapi tidak surut-surut.

“Saya bawa anak jumpa doktor. Demam biasa kata doktor. Lepas tu demam tak surut walau pun dah 5 hari. Bawa lagi jumpa doktor. Ambik darah dan keputusan ujian darah negatif denggi.

Demam Suhu Tinggi On Off & Kulit Lebam Kebiru-Biruan, Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza Dalam Pa&Ma TV

“Saya mendapati badan anak pun tiada tanda-tanda campak atau Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD). Apabila tiba hari ketujuh still demam suhu tinggi. Saya terus bawa anak-anak terus hospital. Cek sampel hingus dan anak-anak disahkan positif influenza A,” kata Nur Syahira.

IKLAN

ANAK KEDUA PUN TURUT DIJANGKITI INFLUENZA A

Anak kedua beliau, Maya  yang belum pernah pernah demam, tiba-tiba demam. In menyebabkan ibu muda ini terus membawa si kecil ini ke hospital. Sahlah Maya alami influenza A.

Antara tanda-tanda yang dilihat pada anak-anaknya ialah demam tinggi, hingus pekat, batuk, hilang selera makan, badan lemau/lesu dan pening kepala. Syahira juga mendapati anaknya mengalami lebam-lebam pada badan pada keseluruhan badan.

IKLAN

Paling menakutkan ialah apabila doktor memberitahu, jika tidak dirawat dengan baik, influenza boleh mengakibatkan jangkitan kepada organ penting iaitu paru-paru dan otak yang sudah tentu menyebabkan fungsinya terjejas.

Demam Suhu Tinggi On Off & Kulit Lebam Kebiru-Biruan, Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza Dalam Pa&Ma TV

BADAN PANAS TAPI AKTIF

“Menjaga anak yang demam semasa kami ibubapa pun demam memang mencabar. Alhamdulillah dua-dua anak  walaupun badan panas tapi tetap aktif. Cuma tak nak makan. Tu yang buat kami risau.

AMBIL NEB 3 JAM SEKALI, BUAT FISIO, SEDUT HINGUS & MAKAN UBAT ANTIVIRAL

IKLAN

“Selepas masuk hospital, kami serahkan 100% penjagaan dan rawatan kepada doktor sebab rawatan mereka lebih kepada untuk hilangkan hingus dan kahak. Caranya ambik neb every 3hrs, buat fisio iaitu teknik percussion, sedut hingus, makan ubat antiviral TamiFlu,” kata ibu ini.

Demam Suhu Tinggi On Off & Kulit Lebam Kebiru-Biruan, Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza Dalam Pa&Ma TV

AMBIL KEPUTUSAN AMBIL VAKSIN INFLUENZA  UNTUK ANAK-ANAK

Sebagai langkah pencegahan,  selepas Redza dan Maya sihat sepenuhnya, Syahira dan suami membawa anak untuk mendapatkan vaksin influenza. “Alhamdulillah mereka dah disuntik vaksin. Vaksin ni kena ambik setiap tahun. Sebab virus influenza ni gen dia setiap tahun berbeza. Virus ini sentiasa bermutasi,” kata Syahira.

Anda nak tahu lanjut mengenai influenza, jenis-jenis influenza dan simptomnya, ikuti kupasannya dalam Pa&Ma pada 1 Januari 2019 yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza.” Pa&Ma Musim Ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob & Zahiril Adzim ini mengutarakan pengalaman ibu bapa, tips pencegahan daripada doktor dan sebagainya.

Demam Suhu Tinggi On Off & Kulit Lebam Kebiru-Biruan, Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza Dalam Pa&Ma TV

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI