Menyimpan darah tali pusat bayi bukan sahaja mampu merawat bayi itu sendiri, tetapi adik beradiknya. Perkongsian di Pa&Ma TV tentang keputusan menyimpan darah tali pusat oleh pasangan ini boleh dijadikan panduan. Anak pertama mereka yang mengalami talasemia major kini sembuh dengan rawatan transplan daripada sel stem darah tali pusat anak kedua.

Puan Zieti Atiyyah Zakaria dan suami, Mohd Hanis Hamdi berkongsi pengalaman merawat anak yang menghidap talasemia dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara 11 Disember 2018.

Perkongsian beliau boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa lain tentang kepentingan penyimpanan darah tali pusat dan kegunaannya untuk merawat anak yang mengalami talasemia.

Pa&Ma TV: Keputusan Simpan Darah Tali Pusat Tepat, Anak Hidap Talasemia Major Kini Pulih

PARAS HB 5 DAN DIMASUKKAN KE ICU

Anak pertama mereka, Puteri Lya Irdina, 8 disahkan mengalami talasemia major pada usia 1 tahun 2 tahun.

“Anak mula demam teruk hinggakan tidak bangun & enggan menyusu. Kami terus bawa ke hospital. Bila doktor check paras Hb hanya 5 dan terus masuk ICU. Dari situ doktor beritahu anak ada talasemia.

IKLAN

“Tapi beulm pasti lagi tahap maacm mana. Then anak perlu melalui proses transfusi darah setiap bulan. Kalau tidak anak jadi pucat dan lemah.

Pa&Ma TV: Keputusan Simpan Darah Tali Pusat Tepat, Anak Hidap Talasemia Major Kini Pulih

“Lepas tu saya ada terbaca story dalam majalah Pa&Ma. Saya terus contact Puan Yati dan ke CryoCord untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cord blood stem cell ni sebab masa tu saya sudah hamil anak kedua.

“So sebab amek pakej tu niat utk simpan cord blood si adik untuk selamatkan si kakak macam dlm story tu. Tu je cara terbaik ketika itu,” kata Puan Zieti.

Kelahiran anak kedua, Puteri Dya Eryna, 7 membolehkan sampel darah tali pusat yang mengandungi sel stem diambil.

IKLAN

SYUKUR KERANA KINI LYA SEMBUH

Mengimbau kembali setelah berjayanya transplan yang dilakukan kepada Lya, ibu ini memanjatkan kesyukuran sebanyak-banyaknya.

“Syukur alhamdulillah, gembira tidak terkata. Masa itu saya hanya fikir apa pun rawatan saya cuba cari untuk selamat kan Lya. Dan tak sangka Allah permudahkan satu demi satu pencarian saya. Stem cell inilah hanya satu-satunya rawatan untuk selamatkan dia. Lya juga melalui proses ini dengan sangat lancar sepanjang berada di dalam wad,” kata ibu Zieti.

IKLAN

CADANGKAN KEPADA IBU BAPA LAIN

Melalui pengalaman sukar apabila anaknya mengalami talasemia, ibu ini menggalakkan semua ibu bapa untuk menyimpan darah tali pusat bayi.

“Kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Contohnya seperti kami sendiri yang tidak tahu ada masalah talasemia. Sekurang-kurangnya Allah berikan satu kehidupan baru kepada yang memerlukan, Insya Allah,” ujar Zieti.

Pa&Ma TV: Keputusan Simpan Darah Tali Pusat Tepat, Anak Hidap Talasemia Major Kini Pulih

Anda yang nak tahu lanjut mengenai kegunaan stem cell dan penyimpanan stem cell, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga Episod 1 yang bertajuk “Kepentingan Stem Cell” yang ke udara pada Selasa, 11 Disember 2018, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di saluran Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135).

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI